Penulis berpeluang menguji sendiri keberkesanan telur ikan tapah sebagai umpan apabila berkunjung ke Tasik Bakun tidak lama dahulu. Ia berlaku secara spontan apabila pekerja di sebuah rumah terapung atau jelatong yang menjadi kediaman penulis, menyiang ikan tapah untuk dijadikan hidangan kami pada malam tersebut.
Tindakan pekerja tersebut mengasingkan telur tapah di dalam bekas itu mendorong penulis untuk bertanya. Apabila dinyatakan telur tersebut bagus untuk dijadikan umpan memancing baung, penulis segera meminta izin untuk mengujinya.
Ads
Memandangkan kedatangan kami ke Tasik Bakun lebih kepada trip casting, maka kami tidak membawa peralatan untuk pancingan dasar. Jangankan batu ladung, mata kail pun tiada seorang pun yang membawanya. Sebagai alternatif, penulis cangkukkan sedikit telur tapah itu pada mata kail gewang sesudu. Sesudu seberat 7 gm yang bersifat tenggelam itu pastinya tiada masalah untuk menghantar umpan telur tapah ke dasar tasik.
Ads
Memandangkan tidak pasti bagaimana rupa permukaan dasar tasik, penulis tidak membiarkan sahaja sesudu berumpan telur tapah itu terendam di dasar. Sesekali penulis mengangkatnya beberapa inci dari dasar dengan cara mengujun. Tidak sampai lima minit mengunjun, penulis dapat rasakan ada sesuatu yang menyambar sesudu berumpankan telur ikan tapah berkenaan. Tidak sampai seminit kemudian, seekor baung anggaran berat hampir satu kilogram berjaya didaratkan!
Ads
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ketika Asian Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2016, yang berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu wakil dari Korea Sport Fishing Association (KSA), Kim Sunkyu dan Mr Kim Chanyong iaitu satu badan yang menganjurkan International Bass Fishing di Tasik Andong, Korea. Acara yang mendapat penyertaan pemancing profesional dari pelbagai negara termasuk Jepun, China, Australia,Thailand,Indonesia dan Amerika Syarikat. Hasil dari persetujuan bersama pihak KSA berminat menyediakan empat penyertaan (pada asalnya) dari program AMCT untuk menyertai acara di Tasik Andong pada 27 dan 28 May 2017.
Untuk mencari empat peserta yang layak pihak Sekretariat MCT telah melancarkan satu program yang di namakan Anglers Exchange Program di mana peserta perlu melalui beberapa ujian kelayakan termasuk mesti mempunyai enjin bot berjenama Mercury dan pernah menyertai program yang dianjurkan oleh Sekretariat Mct. Setelah tamat pencarian dan sedikit perubahan jumlah penyertaan Hafiz hussin, Kay Fairuz Kamaruddin, Samsu Bahri Ismail, Azri bin Ngah, Ahmad Zulfa Shafie, Vincent Gan, Chung fai Chan dan Chee Wooi Kang terpilih untuk mewakili Malaysia.
Menurut Azri Ngah, Pengerusi Sekretariat MCT yang turut menjadi peserta dalam kejohanan ini, konsep dan peraturan kejohanan tidak sulit atau terlalu komplikasi. Setiap peserta sama ada tempatan atau antarabangsa akan dipasangkan dengan seorang guide atau pemancing profesional dari KSA. Jumlah tangkapan yang diambil kira hanya 10 ekor untuk tempoh pertandingan selama dua hari. Antara peraturan lain pula, hanya tali tangsi atau mono filamen 4-8 lb dan umpan soft plastic 3-8 inci sahaja yang dibenarkan.
Memancing dengan menggunakan bass boat yang lengkap dengan sistem GPS, sonar dan fish finder sememangnya impian semua pemancing, namun memancing ketika hari pertama puasa di bumi Korea yang mana waktu siangnya lebih panjang berbanding malam (Subuh 3.25 pagi dan Maghrib 7.40 malam) merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Dan kejohanan ini, peserta dari Malaysia, Vincent Gan yang berpasangan dengan Kim Hyo-cheol berjaya berada di tangga keempat dari seratus pasangan yang bertanding.
Carta Top 10
1. Kim Doo-Rok / Crown – 10 ekor – 15.240 kg
2. Yong Hong Won / Park Sang Jo – 10 ekor – 14.130 kg
3. Yong Soon Park / Noh Jae-won – 10 ekor – 14.110 kg
4. Kim Hyo-cheol / Vincent Gan – 10 ekor – 13.970 kg
5. Kim Joon Mo / Kim Young-mo – 10 ekor – 13.460 kg
6. Kim Jong Hyeon / Warren Carter – 10 ekor – 13.370 kg
7. Coal Work / Kim Myung-ho – 10 ekor – 13.350 kg
8. Kim Si-ho / Kim Dong-yong – 10 ekor – 13.310 kg
9. Mourner / Lee So-la – 10 ekor – 10 ekor – 13.010 kg
Tanggal 1 hari bulan dipilih kerana dikatakan waktu air besar, iaitu masa terbaik memancing di Kelong Pozi. Tentu saja target spesies adalah jenahak atau jenak, yang sememangnya menjadi buruan utama setiap pemancing yang menyewa Kelong Pozi.
Tiba di kelong, air sudah pun bergerak pasang dan akan pasang penuh sekitar jam 8.00 malam. Jika menurut jadual penilaian pengalaman Cikgu Sabri, umpan hidup agak sukar diperoleh pada waktu petang dan ikan besar akan membedal umpan pada waktu air pasang penuh.
Terbukti aktiviti apollo mencari umpan tamban tidak banyak membuahkan hasil. Namun dalam proses mencari tamban dan selar ini, seekor sotong mengabang dan cumit menyerah diri. Tersangkut pada mata kail ketika cuba mencuri tamban.
Umpan bonus yang akan digunakan untuk memburu jenahak ketika air pasang penuh nanti. Sepanjang proses mencari umpan hidup hingga ke senja itu penulis masih ragu-ragu dengan cerita-cerita yang dicanang oleh Cikgu.
Ada ke jenahak atau ikan-ikan target di persekitaran kelong berair cetek. Malah henjut sikit saja pun dah kelihatan mata-mata apollo.
Cikgu mengambil inisiatif dengan menyediakan perambut bagi setiap joran yang ada dan melontar umpan ke spot-spot pilihannya. Ekoran semua joran digunakan untuk memburu ikan-ikan target menggunakan umpan hidup, timbul pulak rasa bosan duduk menunggu saja.
Nak layan ikan-ikan kecil seperti gelama atau gerut-gerut, menurut Cikgu gelama memang jarang sangat masuk ke kawasan kelong.
Akhirnya sekitar jam 8.00 lebih, secara diam-diam cikgu menaikkan seekor pari karang berskala lebih 1 kilogram. Sekaligus membuktikan teluk berair cetek dipenuhi karang itu masih didiami ikan-ikan karang yang perlu ke laut lepas jika untuk memburunya.
Sekitar jam 10.00 malam tatkala air pasang perlahan-lahan bergerak surut, joran sepanjang 17 kaki milik Cikgu yang terikat kemas pada pagar kelong, betul-betul di hadapan Faiz direntap kasar hingga terlambung dan menghentak lantai kelong.
Berumpankan seekor sotong mengabang hidup, memang tidak syak lagi target spesies sudah mengena!
Memang rezeki Faiz untuk merasa tarikan ganas sang jenahak. Dan sememangnya dapat merasakan tarikan sajalah kerana ia berakhir dengan rabut.
Arus yang sedikit laju pada awal pagi, penulis ambil kesempatan untuk mencuba drift selar hidup. Geram juga tengok alu-alu yang berlegar di keliling kelong. Sambil mengunjun apollo di bahagian belakang kelong, tiba-tiba alarm Penn 940 levelmatic yang dipacak di bahagian hadapan kelong menjerit panjang.
Hampir ¾ tali berjaya dibawa keluar oleh sang todak berskala lebih 2 kilogram yang pada awalnya penulis sangkakan alu-alu. Jenuh jugalah penulis mengarau multiplayer ratio rendah itu menarik sang todak hingga ke tangga kelong.
Pagi hari kedua ini juga Rahman dan 2 orang adiknya, yang merupakan regular anglers di Kelong Pozi dan gemar memancing todak, tiba untuk menyertai kami.
Tidak menunggu lama, Rahman memperbaharui lesen jenahaknya berumpankan tamban hidup. Sementara adik-adiknya pula mempamerkan skill dan teknik memancing ikan-ikan kecil seperti jenjulung, todak dan bebolos.
Menjelang tengah hari, ketika sedang asyik menghanyutkan tamban hidup melalui teknik drift, salah satu joran Faiz berumpankan selar hidup melendut dan tali ditarik keluar dengan laju. Pantas penulis sambar dan melayan hingga mangsa mendedahkan identitinya.
“Gubal!” Jerit Cikgu.
Namun dalam kekalutan mengheretnya ke dalam tangguk, senangin bersaiz besar itu berjaya meloloskan diri juga. Melihat senangin bersaiz besar atau gubal itu longkos hanya beberapa jengkal dari mulut tangguk, bukanlah satu insiden yang manis untuk dikenang.
Setelah sepi buat seketika dan air mula bergerak pasang, umpan udang hidup yang dihulurkan oleh Cikgu berhampiran tiang kelong, disambar sesuatu dan memecut laju menjauhi kelong.
Pengalaman Cikgu ditagih bagi mengendali larian ikan yang belum dikenal pasti jenisnya. Terutamanya apabila ikan itu cuba meloloskan diri dengan memasuki bahagian bawah kelong.
Apabila sang mangsa sekilas memperlihatkan belangnya di permukaan air, tekanan terus diberikan dari memasuki bawah kelong sehinggalah selamat masuk ke dalam tangguk. Gerong belang berskala 2.5 kilogram menjadi penyelamat trip ini.
Trip Repeat!
Kegagalan memperolehi lesen jenahak, mendesak penulis untuk buat come back. Hanya bertemankan rakan Fitri, dan Cikgu pula hanya dapat sertai pada lewat petang, trip kedua ini penulis sediakan sendiri segala kelengkapan termasuklah udang hidup dan sedikit cumit segar sebagai umpan tambahan.
Tepat jam 12.30 tengah hari penulis dan Fitri sudah terpacak di atas kelong yang kosong dan lapang. Mujur juga boatman, Jawe, yang sememangnya ringan tulang membantu itu dan ini.
Ternyata tamban sukar untuk diperoleh pada kali ini. Jenuh tangan menghenjut apollo namun seekor tamban pun tak lekat. Hanya selar kuning saja yang berjaya diperolehi. udahnya, semua pancing dilabuhkan menggunakan umpan udang hidup dan cumit segar ke spot yang berpotensi.
Tidak lama selepas itu, Fitri berjaya menaikkan seekor pari bintik berumpankan cumit segar berdekatan dengan tangga kelong. Kemudian seekor dengkis juga beliau berjaya naikkan berumpankan sotong hidup. Udang hidup dan selar kuning langsung tidak diusik.
Kehadiran Cikgu bersama 4 orang pemancing pada lewat senja, yang memperbanyakkan lagi umpan dihulurkan ke dalam air juga gagal mendaratkan ikan sasaran. Hanya ketika dinihari, menghampiri jam 2 pagi, tali pancing milik penulis kelihatan kendur dan hanyut menghampiri kelong.
Apabila digulung dan ditegangkan, jelas terasa ada sesuatu yang mengena dan memberikan tentangan kuat. Pecutannya ke arah kelong segera disekat dan akhirnya berjaya dinaikkan ke kelong. Lesen!
Akhirnya penulis berjaya juga memperolehi lesen jenahak di Kelong Pozi. Sebelum angin kencang dan hujan lebat turun, seekor jenahak berstatus ‘sunti’ di port yang sama berjaya penulis naikkan.
Siang hari pada hari kedua trip kedua, mungkin diperolehi ribut dan hujan lebat, suasana di kelong bertukar sepi ekoran tiada siapa yang berjaya menaikkan ikan.
Hanya menjelang tengah hari sebelum penulis mengambil keputusan untuk menamatkan trip, barulah ada yang berjaya menaikkan senangin dan baji. Yang pasti, Kelong Pozi telah didirikan untuk memperbaharui lesen jenahak yang lebih besar.
Selama 3 hari 2 malam para pengamal aktiviti memancing segmen mengilat atau casting berkampung di Mini Amazon Malaysia Kg. Beng yang terletak di Lenggong, Perak bagi menjayakan program MCT Lake Tour PB Challenge.
Acara yang berlangsung dari 14 hingga 16 September ini merupakan kejohanan kali ketiga yang dianjurkan oleh MCT Official.
Mengekalkan konsep yang sama sebagaimana kejohanan sebelumnya, menjadikan ikan peacock bass (PB) atau ikan raja menurut panggilan penduduk setempat sebagai spesies sasaran utama.
Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM250 seorang atau RM1,500 bagi satu kumpulan (6 peserta), para peserta akan layak untuk menyertai pertandingan dengan pakej penginapan
selama 3 hari dua malam, makan dan minum serta jersi event. Sementara bot memancing pula perlu diuruskan sendiri oleh peserta.
Walaupun tiada ganjaran tunai ditawarkan, sebaliknya hanya peralatan dan bot memancing yang disediakan oleh pihak penaja, kejohanan ini tetap menerima sambutan hangat para serta yang datang dari segenap negeri.
Memetik kata-kata Pengerusi MCT Official, saudara Azri Ngah atau lebih dikenali sebagai Bajeng, beliau amat bersyukur acara berlangsung dengan lancar dan tanpa sebarang halangan yang mampu menjejaskan kemeriahan.
“Alhamdulillah… program MCT Lake Tour PB Challenge Di Mini Amazon Malaysia Kg.Beng – Mini Amazon sudah selesai dengan pelbagai cerita dan pengalamannya yang tersendiri.
Terima kasih sekali lagi buat semua yang terlibat menjayakannya. Komuniti Pelancongan Kampung Beng Team Mini Amazon Kg Beng, Guide-Guide Teluk Intan, para penaja, para
peserta, orang-orang Kg. Beng, krew katering, krew MCT Official dan terutama tulang belakang kami iaitu Abang Roslan Abd Rahman, Mohd Elffizan Pyb Eizam Samsudin serta sahabat-sahabat yang bertindak memastikan program berjalan lancar.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
1.Kings Of MCTLT 2018
Gabungan Team Boytep Brother Malaysia
(Hafis Sudin, Mohd Hafedz Khairudin, Majid Faiqahdani, Mohd Fazlin Safwan, Azri Ismail, Ezham Gan)
2.King Of PB
Zakie Jacko
(Team Gigamate: Trojan Aluminium Boat, Explorer Fibre Boats, Bot Outboard Engines)
King Of Toman
Nik Jeremy Rizal
(Team Bangau)
King Of Sebarau
Saiful Nizam
(Team Bangau)
5.King Of Special
Hafiz Hussin
(Team MHMH Sport Fishing)
Tekong Terbaik
Khairudin Majid
(Team Boytep Brother Malaysia)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...