Teknik, Peralatan & Umpan Mancing Pari Nyiru!!

Share

 

Jika dilihat saiz lazim yang ditangkap atau dipancing, kombinasi peralatan berkekuatan 20lb sesuai dan banyak digunakan. Tambahan pula tangsi halus atau tali sulam boleh membantu kita mengurangkan pemberat yang bakal digunakan. Malah peralatan yang sama seperti mana memancing ikan muara boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Sesuai dengan ini peralatan sederhana cukup memberi kepuasan dan kesempurnaan etika memancing supaya getaran di otot lengan dan perlawanan menjadi lebih seimbang. Usah khuatir ikan ini tidak bijak mencari perlindungan, ia gemar bertahan dengan bantuan badannya yang leper serta pecutan di awal larian.

 

Biasanya ia hanya dikesan meragut umpan sebaik sahaja kail di karau. Masa ini kita akan terasa objek berat, kemudian melayang-layang hingga permukaan. Joran kekuatan 20lb hingga 30lb memudahkan kita mengepam pari ini semasa ia cuba memekap di permukaan dasar.

 

 

Hanya ketika ini sahaja kekuatan joran perlu digunakan den selebihnya skill pemancing. Perambut 20lb hingga 30lb menjadi pilihan saya. Mata kail jangan terlalu besar memandangkan ikan ini bukanlah spesies yang bermulut luas.

 

Umpan untuk memancing pari nyiru tidaklah begitu sukar kerana sebagai pemangsa dasar ini gemarkan perumpun, udang, hirisan ‘kaki’ sotong kurita dan hirisan ikan memanjang sebesar jari kanak-kanak.

 

Udang yang dimaksudkan ialah bersaiz kecil dan kalau hidup lagi cepat sambaran. Udang terlalu besar seperti saiz kolam komersial tidak sesuai kerana kesukaran untuk pari menelan mangsa sekali gus.

 

 

Published by
Amang