Sebaiknya jika anda dalam situasi boating, proses nak cabut mata kail daripada ikan dilakukan di dalam air. Tak perlu nak naikkan keluar daripada air nak timbang berat ke.
Ikan kecik memang tak berat pun. Disebabkan kecil maka ia tidak mempunyai ketahanan tinggi untuk berada di luar air walaupun bagi tempoh singkat.
Minimakan jangka masa ikan jika dikeluarkan dari kawasan air.
Bila situasi anda mancing tebing atau dalam bot tapi susah nak keluarkan mata kail, dibolehkan angkat naik ikan tu. Tapi jangan terlalu lama, segera lepaskan kembali. Tak perlu nak selfie dengan ikan tu.
Kendalikan ikan dengan tangan basah.
Semasa kendalikan ikan, pastikan tangan anda dibasahkan sebelum memegang ikan untuk mengekalkan lendir ikan pada sisik atau badannya yang merupakan antara sistem pertahanan diri bagi ikan. Jika risau tangan anda hanyir, boleh gunakan sarung tangan yang basah.
Tukar mata kail
Jika ikan bersaiz kecil kerap dinaikkan semasa anda memancing, tukar mata kail kepada saiz yang lebih besar. Selain mengurangkan peratus ikan kecil tercangkuk, langkah ini juga mampu kurangkan stres anda setelah asyik-asyik ikan kecik je naik.
Putuskan tali jika kail ditelan.
Jika mata kail ditelan, langkah terbaik ialah putuskan tali perambut anda. Jangan cuba cabut secara paksa ke, suruh ikan tu luah balik ke, malah jika anda seorang doktor bedah sekalipun, jangan cuba-cuba nak jalankan pembedahan ke atas ikan tersebut itu. Cukup dengan putuskan perambut, ikat mata kail baru.
Hati-hati ketika cabut mata kail
Proses nak cabut mata kail perlu dilakukan dengan cermat untuk elakkan ikan cedera teruk atau jari anda cedera akibat tercangkuk mata kail. Sebenarnya banyak kemalangan berlaku ketika mengendalikan ikan kecil berbanding ikan besar.
Tahniah kepada diri sendiri
Langkah terakhir paling senang. Anda hanya perlu lepaskan kembali ikan kecik tu untuk masa depan ikan tersebut dan masa depan kita. Ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri dan teruskan memancing sampai naik ikan besar sebesar toman 55kg.
Pertama, yang paling penting nak pancing udang galah adalah lokasi. Kena tahu tempat udang lepak. Terdapat dua tempat utama rumah udang galah iaitu kat hulu dan hilir sungai.
Lagi satu kat kolam pancing udang. Hee… Kalau pergi mancing kat tempat lain, memang tak ada. Selepas musim tengkujuh adalah masa terbaik nak pancing si jenggo.
Oh ya, nak mancing jenggo mesti ada peralatan yang sesuai dan lengkap. Tak semestinya peralatan yang mahal dan canggih. Guna batang buluh pun boleh.
Peralatan ringan (rod udang) sepanjang 4 hingga 5 kaki adalah disarankan untuk kepuasan melayan Henjutan lembut jenggo.
Gunakan mata kail saiz 1 hingga saiz 6. Tapi kalau nak bapak udang seberat lima kilo, kena la guna mata kail yang besar! Itu pun kalau ada jenggo saiz lebih dari sekilo la.
Gunakan batu hidup saiz 5 dan 6 kalau Memancing di sungai yang berarus dan perambut 10lb sepanjang sejengkal.
Yang dicadangkan adalah benang untuk mengelak putus digigit sang buntal yang biasanya berkongsi tempat dengan jenggo.
Umpan yang sesuai dan lazat sangat dicadangkan untuk hasil yang memuaskan. Jangan ingat tekak korang je nak makanan yang Lazat, udang pun nak gak! Umpun-umpun yang dipotong kecil, hirisan jantung ayam, anak ikan, cacing tanah, udang sungai (udang putih) adalah hidangan lazat yang disukai jenggo.
Masa yang sesuai mancing udang adalah pada masa air mati (tenang) antara 7 hingga 10 hari bulan dan 21 hingga 24 hari bulan dalam kalender Islam. Mancing udang tak perlu menyamar teruk-teruk macam nak mancing kelah. Karut semua tu!
Menggunakan sampan kecil untuk memancing Jenggo adalah sangat dicadangkan untuk memudahkan beralih tempat atau ke lubuk yang agak sukar dimasuki. Pastikan sentiasa memakai jaket keselamatan kerana malang tidak berbau.
Telah diketahui satu dunia, bila ada banyak sepit biru pasti ada pengawal peribadi yang sedia memberi perlindungan dan amaran keras pada pemancing yang terlalu rakus iaitu sang bedal.
Sila berhati-hati bila memancing jenggo kerana di situ pasti ada sang bedal. Jangan tamak dan ambillah sekadarnya.
Sekiranya anda belum pernah menyertai mana-mana pertandingan major memancing kolam air tawar, sebaiknya anda sertai dahulu pertandingan kecil.
Atau sekurang-kurangnya kerap turun memancing di kolam-kolam air tawar. Ia bagus untuk melatih teknik balingan dengan lebih lurus dan tepat.
Di samping itu ia juga bagus untuk melatih kekuatan mental. Untuk menyertai pertandingan memancing yang berstatus tinggi, ketahanan mental juga perlu kental.
Sekiranya anda sudah bersedia untuk menyertai pertandingan memancing tersebut, pastikan anda juga sudah bersedia dengan keperluan yang lengkap dan tepat.
Dan lebih penting lagi ia dibawa ke lokasi pertandingan.
SET PANCING
Set pancing yang dimaksudkan adalah padanan joran, kekili dan tali pancing yang berketepatan saiz ikan yang dipertandingkan. Joran berkekuatan 10-20lb atau sebaiknya 15-30lb.
Kekili siri 3000 hingga 5000. Dan tali tangsi berkekuatan 20-30lb. Joran dan kekili pastikan dalam keadaan sempurna dan sudah teruji keupayaannya.
Sementara tali tangsi (mono) yang akan digunakan juga dalam keadaan sempurna atau setidak-tidaknya masih dalam keadaan baik.
Jangan sesekali menggunakan tali tangsi yang sudah terlalu lama berada di dalam gelendong kekili kerana dikhuatiri akan reput dan mudah putus.
PERAMBUT MATA KAIL
Perambut mata kail yang dimaksudkan adalah gabungan tali pancing yang mengikat mata kail. Sama ada perambut mono filamen, fluorocarbon atau braided (tali sulam), pastikan ia berkeadaan baik.
Mata kail pula tajam dan saiz mata yang tepat. Sama ada perambut mata kail untuk teknik pancingan dasar, perambut teknik gantung atau perambut teknik apung, pastikan ia disiapkan terlebih awal dalam kuantiti yang secukupnya.
UMPAN
Sama ada anda lebih selesa menggunakan umpan organik seperti organ haiwan, umpan universal seperti cacing atau anak-anak ikan, umpan semasa (roti dan palet) berperisa, atau apa saja umpan yang dibenarkan penggunaannya, ia tidak mendatangkan sebarang makna sekiranya anda terlupa untuk membawanya bersama.
Apa saja umpan yang anda akan gunakan sebaiknya disiapkan terlebih dahulu. Dan pastikan juga bekas bancuhan dan menyimpan tidak ketinggalan.
TANGGUK
Boleh dikatakan semua pertandingan memancing air tawar sama ada di kolam atau tasik mewajibkan penggunaan tangguk.
Dan tugas untuk menangguk ikan tangkapan sebenarnya bukanlah semudah menyauk anak udang di tepi kolam.
Sama ada anda sertai pertandingan secara berkumpulan, apatah lagi jika secara solo, tangguk atau sauk adalah kelengkapan yang wajib dibawa. Jangan sesekali mengharapkan kawan atau rakan yang bawa.
PANCANG
Pancang atau alat yang digunakan untuk meletak set pancing merupakan kelengkapan yang sering terlepas pandang.
Walaupun seperti kurang penting namun pancang merupakan pelengkap kelengkapan untuk memancing.
Adalah satu perkara mustahil untuk anda memegang joran sepanjang waktu pertandingan tanpa meletakkannya pada pancang.
Justeru ada baiknya anda menyimpan satu pancang lipat yang boleh disimpan di dalam kotak peralatan memancing.
AKSESORI
Kerusi lipat atau bangku, topi, payung dan kain lap merupakan beberapa kelengkapan tambahan yang seharusnya tidak diabaikan demi keselesaan sepanjang waktu memancing.
Yang pasti sebelum anda bergerak ke lokasi pertandingan pastikan ada lima benda utama bersama anda. Set pancing, tong umpan berserta umpan, kotak pancing, pancang dan tangguk.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...