Anda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6. Saya gemar menggunakan mata kail berparuh yang bertangkai pendek jenama Daichii (kelabu) dan Mustad Saltwater (hitam) kerana keloknya ditempa dengan baik sehingga dapat memberi kekuatan yang padu. Walaupun tersangkut, ia tidak akan lurus sebelum tali putus.
Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang panjang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di dasar sungai.
Taktik & Teknik
Anda perlu memastikan semua struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali.
Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik.
Ads
Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah.
Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 – 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik kili digunakan antara perambut dan tali utama.
Sebagai tambahan, saya sering meletakkan manik plastik lembut antara tali utama dan cili bagi melindungi ikatan.
Terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan batu dan kayu yang boleh menyebabkan tali perambut sering tersangkut setiap kali lontaran. Di sini, kita perlu mengubah taktik.
Jangan gunakan kili atau batu ladung bebas sebaliknya gunakan kepingan timah sepanjang 2 inci dan setebal 1/2 inci.
Ads
Lilitkan kepingan timah kepada tali utama dan ketatkan kedua-dua hujungnya menggunakan playar atau gigi anda.
Pelik bukan tetapi teknik ini memang berhasil. Apabila anda melontar biarkan ia tersangkut antara batu. Biarkan.
Apabila hendak mengarau tali, keluarkan tali sepanjang 30 meter dan biarkan air yang membawanya dan arahkan joran ke arah yang sama kemudian rembat joran ke atas melepasi kepala dan belakang anda.
Paksaan akan berlaku dari arah hilir yang kemudiannya akan membebaskan tali tersebut. Kemudian karaulah tali sekuat hati sebelum ia tersangkut lagi.
Kalau masih tersangkut, cuba tarik tali dengan tangan bukannya dengan joran. Batu ladung ini akan menjadi longgar lalu membebaskan tali.
Jika tak berjaya juga, memang tiada pihhan lain kecuali tarik saja sampai putus, jadi anda cuma kehilangan mata kail dan batu ladung buatan sendiri.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pada hujung minggu lalu, diberitakan dua penganjur pertandingan memancing terpaksa berhadapan dengan kemarahan peserta atau mungkin diambil tindakan berikutan kegagalan mereka menyediakan wang hadiah secukupnya kepada para pemenang.
Ia berpunca gara-gara pihak penganjur mengamalkan konsep kutipan yuran penyertaan sebagai hadiah kemenangan.
Apabila penyertaan berkurang maka wang hadiah pun tidak cukup untuk dibayar kepada para pemenang sebagaimana yang dijanjikan.
Fenomena pertandingan memancing di Malaysia sudah lama dan ia mulai berkembang sejak awal tahun 2000 lagi.
Di dada akhbar, banner, bunting digantung di tepi jalan hingga ke media sosial facebook dan blog, pasti terlihat iklan pertandingan memancing yang menawarkan pelbagai hadiah untuk pemenang.
Persepsi masyarakat pula bercampur baur mengenai pertandingan memancing. Bagi yang tidak meminatinya, mereka akan beranggapan ia suatu pelaburan yang belum tentu dapat membuahkan hasil.
Sudahlah begitu, modal sebelum menyertai pertandingan pun besar. Mana duit untuk beli peralatan memancing, umpan, yuran penyertaan, makan minum, tol dan minyak petrol kereta dan sebagainya.
Itu belum lagi beli rokok berbungkus-bungkus bagi kaki pancing yang merokok. Adalah lebih baik, duit tersebut digunakan untuk keperluan keluarga.
Namun, bagi ramai kaki pancing tegar lain pula ceritanya. Bagi mereka, mana tahu rezeki akan berpihak kepada mereka.
Kalau menang tempat pertama dah menang puluhan ribu ringgit. Dah tak perlu bersusah payah menabung.
Tambahan pula untuk pertandingan memancing sirkit, berpeluang menang hadiah utama sebuah kereta…uishh bukan kepalang lumayannya.
Melihat kepada situasi tersebut dapat kita lihat percanggahan pendapat mengenai perkara ini.
Adakah benar tohmahan sesetengah pihak mengenai pertandingan memancing ini sekadar membuang masa, wang dan tenaga atau adakah ia mampu memberi impak yang positif bukan sahaja kepada individu malahan kepada negara?
Impak positif
➡ silaturahim
Seperti yang diperkatakan awal tadi, terdapat beberapa elemen positif yang dapat dilahirkan melalui aktiviti pertandingan memancing ini:
Pertamanya mengenai silaturahim yang dapat dibina melalui program sebegini.
Jika dapat kita lihat senario ini, tidak kira di mana sahaja pertandingan memancing dianjurkan pasti akan mendapat sambutan menggalakkan dari kaki pancing yang datangnya dari seluruh pelosok negara.
Jadi medium seperti inilah yang akan membantu para pemancing untuk mendapat lebih ramai rakan pancing yang datangnya dari daerah dan negeri yang berbeza.
Para pemancing pula dapat berkongsi idea dan teknik terbaru bila mereka dapat berkumpul seperti ini.
➡ sumber pendapatan
Pertandingan memancing sebagai satu sumber pendapatan? Mungkin kedengaran agak janggal mengenai perkara ini, namun kita harus memandangnya melalui aspek yang lebih meluas.
Sumber pendapatan di sini bukanlah hanya terhad kepada pemenang sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan industri ini.
Bagi pemancing yang berjaya menjadi juara di dalam sesebuah pertandingan memancing memanglah dianggap sebagai bonus untuk diri sendiri dan keluarga.
Justeru itu, ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan mereka.
Melalui pertandingan memancing ini jugalah dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang ada di Malaysia.
Apa tidaknya, bukan mudah untuk mereka mendapat peluang berniaga di dalam suasana meriah yang dapat mengumpulkan beribu-ribu orang di dalam satu masa.
Jadi aspek sebeginilah yang dapat diperkatakan bahawa pertandingan memancing boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.
➡ angling tourism
Pertandingan memancing juga boleh menyumbang sesuatu kepada industri pelancongan Malaysia.
Melalui pakej-pakej memancing tertentu yang lengkap dengan khidmat bot, guide, penginapan, makan minum misalnya, sesebuah spot memancing itu akan menjadi lebih terkenal di mata kaki-kaki pancing.
Tourism Malaysia kini dilihat aktif memajukan potensi angling tourism dengan meminta setiap negeri menonjolkan lokasi-lokasi memancing setiap menerusi pakej-pakej tertentu.
Beberapa spot memancing negara kini telah pun menarik kunjungan kaki-kaki pancing dalam dan luar negara datang untuk turut merasai pengalaman memancing selain penganjuran pertandingan memancing antarabangsa di beberapa lokasi.
Isu negatif
Sebagaimana yang kita tahu, pertandingan memancing juga tidak terlepas daripada dicemari dengan isu-isu atau insiden yang sedikit sebanyak dapat merencatkan industri ini.
➡ Halal ke haram?
Kini timbul perdebatan mengenai isu halal atau haram sesebuah pertandingan memancing itu. Ia telah pun menimbulkan kesan dan persoalan kepada ramai kaki-kaki pancing.
Terdapat beberapa ahli Ulama yang berasa terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini.
Berikut jawapan daripada Halaqah.net yang dapat menjelaskan mengenai isu halal dan haram pertandingan memancing.
“Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah daripada penganjur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.
Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil daripada sumber yang mana?
Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan daripada individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya HARAM. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.
Dua, keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini.
Pertamanya kerana menyertai pertaruhan dan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.
Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling
berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) daripada penganjur atau agensi yang menaja.”
PERSAINGAN PENGANJUR
Selain daripada isu halal dan haram, pertandingan memancing juga tidak terlepas daripada dicemari insiden persaingan yang kurang sihat di kalangan penganjur.
Ada penganjur yang berlumba-lumba untuk menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan sehingga sanggup menutup peluang penganjur-penganjur kecil yang lain.
Adalah lebih baik sekiranya penganjur di Malaysia duduk dan berbincang di antara satu sama lain bagi mengelakkan persaingan yang kurang sihat ini.
Selain itu, berilah juga peluang kepada penganjur-penganjur baru untuk bersama-sama memeriahkan industri ini selain tidak mengadakan tarikh yang sama dengan penganjur lain.
Jika kesefahaman antara para penganjur dapat dicapai, nescaya pertandingan memancing Malaysia akan dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.
HARAPAN
Oleh kerana trend pertandingan memancing ini berkembang pesat, diharapkan ada sebuah badan atau persatuan yang boleh memantau pertandingan memancing di Malaysia.
Ini bagi mengelakkan berlakunya lagi kes-kes yang tidak diingini sekali gus boleh menjatuhkan industri ini.
Persatuan ini juga harus ditubuhkan kerana ia boleh menjadi nadi penggerak untuk pertandingan memancing di Malaysia dan juga menjadi tempat rujukan kepada penganjur untuk menganjurkan pertandingan yang lebih berprestij di masa akan datang.
Melalui persatuan atau badan yang ditubuhkan nanti, penganjur-penganjur pertandingan memancing di Malaysia boleh duduk berbincang untuk menangani masalah pertandingan memancing dan bersatu untuk memajukan industri memancing yang ada di Malaysia.
KESIMPULAN
Pertandingan memancing tidak sepatutnya dilihat hanya sebagai satu aktiviti riadah kepada kaki pancing. Ia boleh dianggap sebagai satu industri yang lahir dari hobi memancing.
Di sini membolehkan cabang perniagaan dapat dijana, membantu sektor pelancongan, membangunkan menaikkan nama sesebuah lokasi atau tempat sebagai destinasi memancing dan sebagainya.
Justeru itu, diharapkan ada lebih banyak agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang menyokong dan memberi suntikan dana kepada pertandingan memancing yang ada di Malaysia ini sekali gus hobi sukan dan pertandingan memancing diangkat lebih tinggi.
Kekili mendatar seperti Shimano Ocea Jigger 1500PG/HG, 2000NRPG/HG sentiasa menjadi kegemaran saya untuk slow pitch jigging.
Sebenarnya, apa-apa kekili mendatar pun boleh digunakan dan tali utama memerlukan minima 300meter.
Joran
Jenama Evergreen siri Poseidon Slow Pitch adalah yang paling popular untuk slow pitch jigging.
Major Craft juga mengeluarkan joran untuk slow pitch jigging dan terdapat model Crostage & Giant Killing. Xesta Slow Emotion joran untuk slow pitch jigging juga terdapat di pasaran.
Ciri-ciri joran slow pitch jigging
Diameter yang kurus
Soft tip & strong backbone.
Slow tapered parabolic action.
Highly resilient blanks.
Guides and reel seat settings formaximum sensitivity.
Joran slow pitch jigging dibina untuk memainkan jig, menjerat ikan untuk membaham jig dan mudah mendapat hook up.
Tali utama
Tali PE adalah penting untuk slow pitch jigging. Monofilament nylon atau Fluorocarbons tidak sesuai digunakan. Ia terlalu tebal diameter dan ketegangan terlalu banyak.
Tali adalah sangat penting untuk menyampaikan tindakan halus pemancing untuk jig, dan juga untuk menyampaikan semua maklumat tersebut kepada pemancing.
Ciri-ciri tali PE
Sangat kuat untuk berat badan, jadi iaboleh menjadi begitu nipis diameter,memotong pengaruh arus.
Tidak ada ketegangan jadi andamempunyai merasai secara langsungkepada apa yang di hujung sekali iaitu jig.
Sangat lemah untuk geseran.
Lebih mahal berbanding tali biasa.
Mudah putus kerana tali PE tidak ada ketegangan.
Berapa lb yang sesuai digunakan? Persoalan ini sering berlegar di dalam minda mereka yang baru berjinak-jinak untuk jigging.
Tali utama atau main line untuk jigging atau slow pitch jigging mestilah menggunakan tali braided yang berdiameter halus dan kuat.
Jika kita menggunakan tali yang kasar maka kita perlu menggunakan jig yang lebih berat untuk ia turun sampai ke dasar pada masa yang paling cepat kerana tali diameter yang besar akan mudah dibawa arus.
Untuk slow pitch jigging, saya sering menggunakan jig beratnya 120g-250g dan untuk perairan kita, saya mengesyorkan cukup menggunakan tali utama braided 25lb-30lb atau PE2, PE2.5 atau PE3 sudah mencukupi.
Dalam pemikiran kita, tidak sepatutnya ada pemikiran ‘tali kasar tidak senang putus’. Inilah yang selalu berlegar di dalam minda kaki pemancing. Harus diingat, jika tali bergeser dengan batu, tali 80lb pun boleh putus juga.
Dalam kaedah slow pitch jigging, percayalah kepada tali halus, ia kuat! Kelebihan tali halus, ia memotong air, kita boleh merasai jig kita dan apa yang berlaku di hujung tali kita.
Tali perambut (leader) Untuk tali perambut mestilah menggunakan flourocarbon shock Leader.
Berapa LB yang sesuai? Ia terpulang kepada lubuk dan jika lubuk itu selalunya terdapat ikan jerun atau ikan yang besar maka kita boleh menggunakan perambut yang lebih besar. Untuk perairan kita, 40lb-60lb sudah mencukupi.
Jig
Terdapat semakin banyak jig khusus untuk slow pitch jigging di pasaran. Terdapat pelbagai bentuk dan warna tetapi satu persamaan adalah bahawa mereka adalah seimbang di tengah.
Faktor utama slow pitch jigging adalah untuk mendapatkan jig dalam kedudukan mendatar.
Biasanya berbentuk berdaun, dan tidak simetri, satu bahagian adalah rata dan satu bahagian lebih tebal dan dibentuk.
Jenama dari Jepun mengeluarkan jig untuk slow pitch jigging. Antara yang terbaik adalah dari jenama Evergreen Caprice, Xesta Flap Slap Slow Emotion, Bassday Bottom Contact dan Shout Strobe.
Jig pilihan untuk slow pitch jigging terdiri daripada jenama Shout Flash, Bassday Bottom Contact, Xesta Slow Emotion Flap, Evergreen Caprice, Xesta After Burner
Hook
Untuk kaedah ini, setup untuk mata kail adalah berlainan dan ia memerlukan mata kail berkembar di atas dan di bawah.
Ini disebabkan, ikan bukan selalu aktif dan kadang kala ikan stidak mahu makan dan apabila melihat jig seakan ikan cedera ia akan membuatkan ikan mendekati jig
dan ikan mungkin hanya hendak melanggar atau merosakkan jig dengan mulut atau badan maka ia akan tersangkut dengan mata kail.
Mata kail perlu ringan dan tajam untuk memudahkan mata kail menembusi mulut ikan dengan lebih senang kerana mata kail yang kurus dan tajam senang menembusi mulut ikan.
Dengan memasang mata kail berkembar, jika satu putus ada satu lagi. Inilah cara slow pitch jigging yang agak berlainan dengan jigging biasa.
Air menyorong kecil ini merujuk kepada air laut ketika air pasang besar yang mula bergerak perlahan dan akan bani atau mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing. Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesies kurau, senangin dan jenahak di kawasan pantai dan kawasan dalam yang lain. Waktu air menyorong kecil juga dianggap terbaik bagi pemancing yang ingin memburu spesies bersisik melalui teknik slow jigging terutamanya di Selat Melaka.
Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis ikan senangin yang mula bergerak bersama air pasang. Jika nelayan keluar menjaring senangin ia bermakna para jigger juga berpeluang untuk mencari senangin atau gubal ketika ini.
Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air menjadi keruh. Ia biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat. Kebanyakan spesies berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesies predator malah ikan semilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek.
Air mati dan tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu ladung walaupun bersaiz kecil. Malah ada ketikanya umpan tanpa batu ladung pun tak hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat tetanda dan siakap yang bergerak di dalam anak sungai. Aktiviti jigging ketika air mati ini juga boleh menyebabkan sesalan yang tak berkesudahan.
Bagi yang tidak biasa dengan istilah air apabila tekong beritahu terpaksa turun awal atau lewat kerana air tak ada. Pemancing yang berstatus `pembaris’ akan bertanya pula ke mana perginya air? Takkan air laut boleh tak ada? Air tak ada lazimnya dikaitkan dengan air surut rendah di kawasan pangkalan atau jeti di mana bot parkir. Keadaan di mana bot tidak boleh masuk atau keluar kerana air surut rendah inilah yang dikatakan air tak ada.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...