Mendaratkan kerapu di sini salah satu habuan terbaik. Mana tidaknya, permainan kerapu yang mendiami di dasar laut dan pergerakannya yang kadang kala tidak boleh diduga mampu menguji kesabaran kami.
Terjahan kerapu terhadap umpan yang kemas dipasang pada mulanya dianggap biasa. Namun, asakan kerapu yang dikendalikan oleh James Lim sekitar pukul 2 petang ini penuh cabaran berliku yang terpaksa dilalui. James Lim terpaksa menunggu hampir 12 minit untuk menenangkan kerapu ini.
Kerapu ini meronta-ronta cuba melepaskan diri kemudian bergerak dari kiri ke kanan menyukarkan henjutan berlaku. Namun, apabila kerapu ini tertewas saiznya tidaklah berapa menarik. Inilah keunikan mendaratkan Kerapu!
Ads
PERSEDIAAN & PENGETAHUAN PERLU ADA!
Mendaratkan kerapu di laut perlukan pengetahuan yang luas mengenai spesies ini. Selalu ikan kerapu yang memiliki diameter badan yang besar akan meragut umpan dengan berhati-hati.
Ads
Walaupun ramai pemancing tegar yang beranggapan kerapu adalah spesies ikan yang bakal melahap apa sahaja umpan yang dipasang namun kami tidak bersetuju kerana kerapu tidaklah sebegitu.
Paling penting, sekiranya balingan pada spot yang dibaling mengena kerapu, teruskan membuat balingan atau lontaran pada spot yang sama ini kerana lubuk dan sarang kerapu selalunya didiami 5-6 ekor kerapu.
Ads
Elakkan daripada menggunakan kekili mahupun saiz tali pancing bersaiz sederhana. Jika sambaran kerapu bersaiz besar membaham umpan, mungkin penyesalan bakal diterima kerana tidak bersiap sedia lebih awal.
Melihatkan saiz kerapu yang didaratkan oleh Sunny sememangnya kecil, namun membiarkan umpan yang direndam lebih lama bagi membenarkan umpan dilahap perlahan-lahan oleh sang kerapu kemudian jika tali didapati sedikit menegang bersiap sedia merentapnya naik ke permukaan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lazimnya tip atau bahagian hujung joran yang paling banyak patah pada sesebatang joran kerana ia point atau titik yang paling lemah dalam pembinaan joran. Namun insiden di luar memancing lebih kerap mematahkan tip ini berbanding ketika sedang memancing seperti patah ketika sedang menyimpan di dalam sarung, patah akibat terpijak, terhimpit atau tersepit pada pintu kereta.
Gam atau varnis dan ikatan benang perlu bergabung antara satu sama umpama ikan dan air. Jika epoxy terkopek, ikatan benang akan terdedah dan mudah luka sekaligus menyebabkan ia mudah putus. Rajin-rajinlah periksa bahagian ini.
Ia berlaku kepada joran bersambung atau 2 pieces terutamanya joran yang diperbuat daripada fibre glass atau gentian kaca. Penyambung joran gentian kaca diperbuat daripada logam dan murah menggerutu akibat proses pengoksidaan.
Ia tidak mudah rosak tetapi terdedah kepada kerosakan kerana ramai pemancing yang gemar mencucuk mata kail pada pemegang joran. Selain itu ia juga perlu dibersihkan selalu agar tidak menjadi serangan kepada lipas.
Bahagian pemegang joran ini paling cerewet jika berlaku kerosakan. Tidak ramai pembuat joran custum sedia menerima tugas untuk menukar pemegang joran yang rosak. Bagi memastikan bahagian ini tidak cepat rosak, pastikan anda memasukkan tapak kekili dengan betul dan tidak mengetatkannya secara berlebihan.
Selain umpan, teknik gaya persembahan umpan juga penting untuk pancingan kolam air tawar. Kalau salah pilih teknik perambut, boleh kumpau jadinya. Jadi, saya nak kongsikan satu teknik yang paling senang, paling menjimatkan umpan tetapi paling jarang mengecewakan.
Hanya dari segi hasil & saiz ikan yang berjaya didaratkan agak pelbagai. Adakala dapat besar, ada masa kecil. Dari segi spesies pula biasanya patin, pacu & patin Chaophraya la yang biasa makan. Itu pula bergantung pada setting umpan korang macam mana.
Cara-cara nak ikat perambut gantung
Perambut
Ambil tali perambut yang korang suka berkekuatan 20-50lb bergantung kepada saiz ikan yang korang target.
Buat dalam 1 depa hingga 3 depa bergantung pada kedalaman kolam tu macam mana. Lepas tu bahagikan sama panjang dan buat satu simpulan drooper loop.
Kalau tak tau nak buat drooper loop, korang boleh buat carian dalam website umpan ni ada tutorial siap video lagi.
Batu ladung
Ikat la batu ladung ikut saiz dan bentuk yang korang berkenan. Batu ladung memainkan peranan dalam menanam (menggantung) umpan korang dan juga jarak balingan umpan. Batu ladung yang terlalu ringan akan menyebab umpan korang timbul.
Perambut mata kail
Hujung perambut gantung satu lagi korang ikat la mata kail. Terlebih dahulu saya suka buat sambungan perambut dengan tali sulam dengan teknik ikatan improved Albright. Tali sulam berkekuatan 50lb yang disulamkan sikit lebihan talinya.
Umpan
Bancuh la roti dadu dengan umpan pilihan korang. Sebelum cucuk roti dadu pada mata kail, korang cucuk dulu marshmellow melepasi mata kail. Tujuan marshmellow ini untuk mengapungkan lagi umpan.
Sentiasa pastikan di mana kedudukan gewang dan selamat dari terkena rakan sebelum. membuat balingan. Terutamanya teknik overhead cast yang mana anda perlu melihat kalau-kalau ada rakan berada di belakang anda.
Impak balingan
Cuba elak daripada mengamalkan balingan secara henjutan kuat sebagaimana balingan surfcasting kerana akan menghasilkan impak yang besar jika mata tiga gewang tersebut tersangkut pada objek di belakang. Lebih parah jika ada sesiapa yang sedang lalu di belakang.
Sejengkal
Setiap kali membuat balingan, panjang perambut antara hujung cincin dan gewang sebaiknya tidak lebih dari sejengkal atau 6 inci kerana jika terlalu panjang, hayunan gewang itu akan mudah menyentap sesuatu, termasuklah juga telinga atau kepala anda sendiri.
Over limit
Elakkan juga dari melakukan aktiviti casting di atas bot atau sampan dengan kapasiti pemancing melebihi had. Jika saiz sampan sesuai untuk 3 pemancing, maka jangan lebih daripada itu.
Tenang is good
Jangan gelojoh. Gelojoh atau gopoh ketika mahu membuat balingan khususnya apa bila melihat kelibat ikan yang ingin dipancing adalah perkara yang wajib dielakkan kerana banyak insiden berlaku disebabkan olehnya.
Jaket keselamatan
Sentiasa memakai jaket keselamatan kerana banyak insiden yang tak diduga boleh berlaku ketika aktiviti casting di atas bot.
Keselamatan
Banyak kemalangan berlaku ketika menangalkan mata kail dari mulut ikan, jadi berhati -hatilah dan gunalah kelengkapan seperti tanguk, lip grip serta playar.
Keselamatan ekstra
Sebaiknya pakailah cermin mata hitam, topi dan juga sarung tangan. Ia bukanlah untuk anda kelihatan bergaya sebaliknya sebagai pelindung daripada insidem membabitkan mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...