Ikan pari ialah spesies ikan yang tidak mempunyai tulang keras melainkan tulang rawan.
Walau bagaimana pun ia masih mempunyai kulit belulang keras yang perlu dibuang. Oleh yang demikian harus ada cara-cara yang betul untuk menyiang ikan pari.
Langkah 1
Hiris bahagian belakang pari yang berbelulang keras kira-kira 1 cm.
Langkah 2
Lapah atau potong menyerong pada bahagian di bawah belulang tersebut dari ekor hingga ke matanya.
Ads
Langkah 3
Siat atau tarik bahagian yang telah dilapah, bahagian insang agak keras dan perlu ditakik untuk memisahkannya.
Langkah 4
Ads
Hiris atau potong pada bahagian muncung pari untuk proses membuang insangnya.
Langkah 5
Potong bahagian insang pari keseluruhannya dan keluarkan.
Ads
Langkah 6
Kemudian hiris pula bahagian abdomennya bagi mengeluarkan isinya perutnya.
Langkah 7
Seterusnya bolehlah dipotong pari seberapa banyak potongan yang dikehendaki.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Penggunaan jump frog terbukti berkesan untuk memperdaya spesies snakehead seperti haruan dan toman.
Namun harga seketul jump frog semakin hari semakin meningkat. Jadi, apa kata kalau kita buat sendiri.
Ia bukan saja lebih menjimatkan malah kepuasan memperoleh hasil dari jump frog nyata lebih padu.
Bahan keperluan:
Kayu nangka atau apa saja kayu yang mampu mengapung dengan baik.
Dawai
Mata kail dua mata
Epoxy tahan lasak untuk metal
Solder dan timah
Kertas pasir
Janggut getah
Cat spray
Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Potong kayu nangka dengan gergaji mengikut saiz jump frog yang dikehendaki dan raut bentuknya dengan menggunakan pisau.
Langkah2
Setelah diraut bentuk gewang dikehendaki, gosok keseluruhan permukaan kayu dengan kertas pasir.
Langkah3
Sebaiknya gunakan kertas pasir yang lebih kasar dan digosok dengan menggunakan air sabun. Menggosok kayu yang dibasahi air sabun lebih mudah berbanding kayu yang kering.
Langkah 4
Gunakan gergaji untuk membelah dan membentuk lurah (kedalamannya separuh daripada gewang) di mana lurah ini akan dimasukkan dawai.
Langkah 5
Pandangan dari arah atas sebagai panduan kedalaman lurah.
Langkah 6
Potong dawai keras dua kali panjang dari saiz gewang kemudian lipat dengan menghasilkan lingkaran pada kedua-dua bahagian ujungnya.
Langkah 7
Masukkan dawai ke dalam lurah dan tutup sepenuhnya dengan gam epoxy.
Langkah 8
Pastikan gam atau epoxy betul-betul kering dan mengeras kemudian barulah digosok hingga licin.
Langkah 9
Gewang sudah digosok dengan licin.
Langkah 10
Buatkan satu lubang kecil di bahagian bawah perut gewang untuk diletakkan pemberat.
Langkah 11
Panaskan solder kemudian titiskan timah yang cair ke dalam lubang tersebut.
Langkah 12
Letakkan mata kail pada gewang kemudian uji tahap kestabilannya di air. Sekiranya kepala gewang mendongak ke atas bermakna pemberat sudah mencukupi.
Langkah 13
Setelah memperoleh kestabilan yang dikehendaki, langkah seterusnya adalah untuk menutup lubang timah tersebut.
Langkah 14
Dengan menggunakan gam atau epoxy yang sama tutupi lubang tersebut.
Langkah 15
Pastikan gam sudah kering kemudian barulah ia digosok dengan kertas pasir sehingga licin.
Langkah 16
Langkah seterusnya adalah untuk mewarna atau mengecat gewang.
Langkah 17
Tentukan dahulu bagaimana anda ingin mengecat gewang tersebut.
Langkah 18
Gewang yang telah siap diwarnakan.
Langkah 19
Setelah cat kering, lapisi pula dengan cat warna jernih atau clear.
Langkah 20
Langkah seterusnya adalah memasang getah janggut dan mata kail pada gewang dan selepas itu sudah boleh digunakan.
Ikatan Improved Albright knot merupakan kemaskini daripada ikatan Albright Knot. Ikatan Albright knot sebenarnya sudah cukup bagus dan kuat. Namun apabila ia diperbaharui, maka kekuatannya berlipat kali ganda jadinya.
Tutorial 1
Lingkarkan hujung perambut (fluorocarbon) dan pegang keduanya bersama.
Tutorial 2
Ambil tali utama (tali sulam) dan masukkan hujungnya melalui bawah lingkaran.
Tutorial 3
Panjang tali utama untuk dibuat lilitan sekurang-kurangnya 6 inci dan mulakan lilitan pada lingkaran tersebut.
Tutorial 4
Buat lilitan 7-10 kali.
Tutorial 5
Teruskan lilitan dengan melawan arah pula.
Tutorial 6
Lakukan lilitan dengan jumlah yang sama seperti lilitan tadi.
Tutorial 7
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran dari bahagian atas pula.
Tutorial 8
Pegang kedua-dua tali dan tarik sehingga ketat. Boleh basahkan lilitan untuk ikatan yang lebih kemas.
Tutorial 9
Ikatan Albright yang sudah boleh digunakan.
Tutorial 10
Sulamkan tali utama dengan mulakan dari bahagian atas dan tarik hingga ketat.
Tutorial 11
Selang seli pula dengan sulaman dari bahagian bawah.
Tutorial 12
Setelah terhasil sulaman sekitar 10 kali, matikan simpulan tersebut.
Tutorial 13
Potong lebihan tali utama dan tali perambut.
Tutorial 14
Sebaiknya juga bakar hujung tali untuk kemasan yang lebih baik.
Tutorial 15
Ikatan Improved Albright yang siap untuk diguna pakai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...