Teknik Menunda Tongkol!!

Share
Ia dipanggil mengolok aya istilah Pantai Timur. Mata appollo berangkai biasanya 20-100 mata dilabuhkan di belakang bot yang sedang bergerak merentasi kawasan yang dikenal pasti adanya tongkol.
Saiz mata yang digunakan sekitar pada saiz 10-15. Anak perambut disyorkan 40-60lb setiap satu diikat pada ibu perambut 100-200Ib. Tali perambut 300lb untuk tali utama.
Jika lebih dari 20 ekor tongkol menyambar dalam satu-satu masa, 2 hingga 3 orang diperlukan untuk menarik kumpulan tongkol yang tersangkut pada mata appollo tersebut .

 

Selain itu appollo yang dijual (maksimun 6 mata) boleh digunakan dengan syarat perambut tersebut mestilah melebihi 30lb.Warna bulu yang digunakan untuk membuat apollo

tongkol biasanya warna putih (warna bilis) dan sekarang ini warna putih, kuning dan merah turut digunakan.

 

Awak-awak akan menurunkan set ngolok sepanjang 15-18 meter ini tatkala bot akan menghampiri kawasan unjam.

Setelah mendapat isyarat daripada tekong perambut ngolok ini dilepaskan di belakang bot sama ada di sebelah kanan atau kiri bot dan kadang-kala mereka mengolok di kedua-dua sisi bot.

 

Ikan-ikan tongkol yang menggelepar di lantai bot dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam raga.

Apabila raga penuh, ikan dicurahkan ke dalam tong ais sebagai bekalan umpan sepanjang sesi memancing.

Isi ikan tongkol mengandungi banyak darah dan kuat baunya antara penyebab kenapa ia begitu cepat ‘memanggil’ penghuni dasaran.

 

Jika tidak untuk mencari umpan bagi sesi memancing, teknik ngolok ini turut dilakukan oleh nelayan bagi menangkap ikan tongkol.

 

 

Published by
Amang