Mata kail wide gap nombor 4. Mata kail sebaiknya dikangkangkan sedikit agar mudah tercangkuk pada mulut tongsan.
Tali benang 80lb (panjang perambut antara mata kail dan spring kira-kira sejengkal atau 5 inci).
Gabus kira-kira 5 biji Set perambut tongsan yang siap untuk digunakan
Ads
Bahan & Teknik mengadun umpan
1 kg dedak 929
10 penutup Umpan Power Buah Perah
3 bungkus serbuk power perisa pandan
Ads
3 bungkus serbuk power perisa strawberi
1 botol perisa pisang, perisa pandan dan perisa strawberi
Ads
Cara penyediaan
Campur kesemua serbuk perisa ke dalam dedak dan gaulkan.
Masukkan 10 penutup Umpan Power Buah perah dan gaulkan, masukkan pula perisa pandan dan strawberi dan gaulkan.
Akhir sekali baru masukkan perisa pisang dan gaulkan. Sebaiknya simpan bancuhan ini selama 3-4 jam sebelum digunakan. Adunan haruslah peroi dan tidak terlalu keras atau lembik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terdapat pelbagai jenis produk anti mabuk di pasaran dan digunakan untuk pelbagai indikasi. Mabuk, muntah, pening-pening, meloya, selesema dan banyak lagi. Tidak semua orang sesuai mengambilnya dan perlu awasi kesan sampingan yang kadangkala memudaratkan kesihatan. Apapun nama yang diberikan adalah nama dagangan (brand name) dan ia sering diambil oleh pengguna.
Bagi ahli farmasi, mereka lebih selesa dengan nama generik (nama umum) sebab ada berpuluh ribu jenis ubat di pasaran. Ambil contoh macam ubat gigi (satu nama sahaja) tetapi banyak nama dagangan di pasaran seperti Colgate, Darlie dan lain-lain.
Novomin mengandungi ubat dimenhyrdinate manakala Cephadol mengandungi difenidol yang tergolong dalam ubat-ubat anti-muntah dan mabuk. Banyak ubat-ubat jenama lain untuk mabuk dan muntah juga mengandungi nama atau jenis ubat ini.
Ubat-ubat ini hanya boleh dibeli dari farmasi atau melalui pemeriksaan doktor di klinik sahaja. Jika ada kedai lain yang menjualnya, ia adalah satu kesalahan di bawah undang-undang. Ubat Novomin perlu dimakan 1 atau 2 biji tiga kali sehari, dan bagi pemancing 1-2 biji 30 minit sebelum turun ke laut.
Tidak syorkan ambil Cephadol bagi pemancing. Ia agak kuat dan lebih digunakan untuk rawatan penyakit ketidakseimbangan yang dialami berkaitan gangguan dalam telinga. Kesannya tidak sebaik ubat-ubat lain yang sering diberi oleh doktor atau farmasi.
Adalah dinasihat jika tak mabuk atau kesan mabuk tidak menjejaskan aktiviti di laut, tidak perlu ambil ubat-ubat ini. Jika nak makan ubat juga, memadai dengan ambil 2 biji vitamin B6 (pyridoxin) sahaja. Disyorkan juga mengambil 1 atau 2 biji meclozine atau kombinasi meclozine dan Vitamin B6, ubat yang murah dan terbukti berkesan.
Dimenhydrinate (Novomin) hanya disyorkan kepada mereka yang memang akan mengalami mabuk laut yang teruk setiap kali ke laut.
Harus ingat, ubat-ubat ini akan menyebabkan kesan sampingan seperti lemah-lemah badan, mengantuk, mulut kering, pening-pening dan sebagainya. Maka, merbahaya jika memandu kereta atau sedang melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan.
Kalau kita juga mengambil ubat-ubat lain juga seperti ubat batuk, selsema, gatal akan meningkatkan kesan buruk ubat ini. Maka dos ubat mabuk ini perlu dikurangkan kepada 1 biji sahaja. Kesan-kesan sampingan mungkin berbeza mengikut individu, dan perlulah mendapat nasihat dari doktor atau farmasi untuk maklumat dan panduan terbaik.
Dinasihatkan juga dapatkan sumber ubat-ubat dari farmasi atau klinik sahaja. Mereka hanya menjual ubat-ubat berdaftar dengan KKM, asli dan dijamin berkualiti dan selamat. Kita boleh mendapat nasihat dan panduan penggunaannya dengan betul, itu tanggungjawab mereka.
Jika nak membeli tablet meclozine, ada banyak nama dagangan di pasaran. Tak perlu beli yang mahal-mahal. Sebaiknya pilih dalam bentuk blister packed yang dapat tahan lama sehingga tarikh luput.
Selain dari Meclozine, disyorkan juga mengambil Hyoscine yang terbukti berkesan. Ia juga boleh dibeli dalam bentuk patch atau mini plaster walaupun harga agak mahal sikit. Ia perlu dipakai (biasanya ditampal pada bahagian belakang cuping telinga yang tiada rambut) 5-6 jam sebelum trip ke laut dan dapat bertahan sehingga 3 hari.
Jika trip ke laut kurang dari 3 hari, memadai dengan ambil 1 biji tablet Hyoscine 30 minit sebelum turun ke laut. Perlu ingat, ubat ini perlu diambil 3 hingga 4 kali sehari bagi mengelakkan mabuk berulang dan jangan melebihi dos yang disyorkan.
Tablet Cinnarizine juga berkesan, tetapi perlu diambil 2 jam sebelum trip ke laut. Disyorkan ambil ubat ini kerana ia tidak memberikan kesan mengantuk yang ketara. Walau pun banyak lagi ubat mabuk di pasaran, hanya 2 atau 3 jenis sahaja yang berfaedah dan sesuai.
Hyoscine atau meclozine / Vitamin B6 (mabuk sederhana)
Cinnarizine atau Dimenhydrinate (mabuk yang mudarat).
Terdapat dua jenis tali yang digunakan oleh pemancing iaitu tali jenis mono (tangsi) dan braided (sulam). Tali-tali ini didatangkan dengan pelbagai warna.
Tali mono mempunyai kadar regangan yang tinggi dan mempunyai memori (bila digulung dalam spool, keluar dari spool pun tali ini mengikut bentuk spool tersebut). Tali jenis ini murah tetapi agak tidak tahan geseran serta mudah terputus jika sudah tergores. Saiznya besar dari tali braided yang berkekuatan sama, mudah dikesan oleh ikan dalam air dan ikan mudah takut.
Manakala tali braided pula adalah yang paling popular dan banyak digunakan oleh kaki pancing. Harganya agak mahal dan biasanya dijual dalam gulungan sepanjang 100m hingga 1000m. Saiznya juga adalah pelbagai bergantung kepada gaya, teknik pancingan.
Tali jenis ini menjadi pilihan ramai kerana ciri-cirinya yang agak kuat (hampir dua kali kekuatan tali mono), memori sifar, daya geseran sifar dan tahan geseran. Saiznya juga lebih halus dari tali mono yang berkekuatan sama.
Tali berwarna juga dibuat mengikut panjang tertentu dan berselang seli supaya memudahkan pemancing menentukan jarak tangsi setiap pelepasan dibuat. Jika ia adalah tali utama, ramai pemancing ingin warna yang terang dan mudah dilihat ketika memancing lebih-lebih lagi sebelah malam.
Sesetengah pemancing gemar warna yang cantik dipadankan dengan kekili berjenama serta joran berwarna garang. Ada juga yang gemar warna gelap atau jenis halimunan kerana percaya ia tidak mudah dilihat ikan.
Bagi ikan, ia tidak mendatangkan kesan besar. Yang penting bagi ikan ialah persembahan umpan yang boleh menimbulkan serta menarik minat untuk diterkam. Yang perlu dititikberatkan ialah warna perambut biar sesuai dengan warna air atau persekitaran dan mudah memperdayakan ikan.
Jangan menggunakan tali perambut yang terlalu terang dalam air kerana sesetengah ikan begitu peka dengan persekitaran dan ada juga fobia dengan tangsi (mungkin seperti pukat ikan).
Untuk tali utama, sebarang warna tidak begitu mendatangkan masalah asalkan sesuai dengan warna persekitaran. Jika anda masih berminat menggunakan tali braided untuk memancing muara, gunakan perambut tangsi yang panjang sedikit. Di sini saya sertakan sedikit tip untuk memilih tali yang anda akan gunakan.
Pilih saiz yang bersesuaian dengan saiz reel anda, boleh rujuk pada kotak reel.
Untuk membuat lontaran yang jauh selain dari joran yang panjang, tali yang halus juga akan turut membantu. Contoh, tali saiz 6lb adalah lebih jauh jarak lontaran berbanding dengan tali saiz 20lb.
Jangan takut menggunakan tali halus, contohnya tali braided 6lb kekuatannya adalah lebih kurang sama dengan tali tangsi 12lb.
Cari tali yang sesuai dengan citarasa anda dan bergantung dengan pancingan anda.
Ambil masa dalam membuat pilihan supaya anda tidak salah membeli. sekiranya anda tidak tahu tali mana yang terbaik, ringan-ringankan mulut untuk tanya rakan-rakan anda atau owner kedai tersebut.
Rumah rakit yang berkonsepkan inap desa atau homestay atas air ini pastinya akan menjadikan pengalaman percutian yang amat bermakna terutama bagi kaki-kaki pancing.
Apa tidaknya, apabila bilik yang anda diami dikelilingi air, pastinya begitu mudah sahaja untuk anda melepaskan gian di sini.
Tambahan pula, kedudukannya yang strategik dan dikelilingi pokok bakau pastinya menjadikan Jojo Rakit ini sebagai ‘highway’ ikan mudik ke muara apabila air mulai pasang.
Jadi tidak hairanlah kawasan ini didiami oleh spesies-spesies berharga seperti, kerapu, siakap, jenahak, senangin, semilang dan pelbagai lagi. Sepanjang kunjungan penulis ke sini, pelbagai jenis ikan berjaya kami daratkan di sini. Tidak menang tangan juga apabila kami dihujani oleh sekumpulan ikan cencaru yang galak menyambar mata kail apollo yang kami hidangkan pada waktu petang.
Namun, bagi mereka yang inginkan aktiviti memancing yang lebih thrill, Jojo Rakit juga turut menyediakan khidmat sewaan bot dengan kadar bayaran RM180 hingga RM200 bergantung kepada jenis dan muatan bot.
KEMUDAHAN
Menurut pihak pengurusan Jojo Rakit, di sini terdapat 11 buah bilik dan empat bilik air dengan kadar sewa mengikut saiz bilik yang tertentu iaitu bilik besar mampu memuatkan lima individu berharga RM120 (dilengkapi air-cond), sederhana untuk empat orang (RM80) dan RM70 untuk bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang.
Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen. Malah, pengunjung boleh menonton rancangan daripada saluran Singapura, Malaysia dan Indonesia dengan jelas.
Selain bilik, Jojo Rakit turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dapur, tempat untuk BBQ, ruang istirehat, mini playground untuk kanak-kanak, dan tempat untuk berkaraoke. Selain itu, bergantung kepada permintaan, para pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti berkayak, dan pelbagai pengalaman menarik berkaitan aktiviti nelayan seperti menjaring, menjala, merawai dan pelbagai lagi.
PENGALAMAN BERHARGA, KESERONOKAN BERGANDA
Apa yang dapat penulis simpulkan, Jojo Rakit pastinya perlu menjadi lokasi yang harus dicuba oleh kaki pancing serata Malaysia. Dalam keasyikan memancing bersama rakan-rakan, apa salahnya bawa keluarga anda pula untuk merasai sendiri pengalaman riadah sambil memancing yang sudah tentunya dapat mengeratkan lagi hubungan anda seisi keluarga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...