Objek apung yang paling popular dan diburu oleh ramai pemancing ialah pokok nipah hanyut.

Boleh dikatakan, sesiapa yang paling awal menemui objek apung ini pasti akan memperoleh hasil.

Spesies buruan utama penghuni apung ini tentulah ikan pecah periuk atau turut dikenali sebagai patipuk.

 

Dalam memburu penghuni apungan, teknik menghanyut umpan dan melontar perlu dilakukan sehampir mungkin ke apungan tersebut. Ini kerana lazimnya penghuni apung berlegar tepat di bawah apungan.

IKLAN

 

Perambut sepanjang setengah depa menggunakan perambut kabel ataupun tali mono 60lb boleh dipraktikkan dalam memburu spesies ini.

Penggunaan perambut yang lebih halus hanya memberi kemenangan kepada penghuni apung.

Harus diingat juga jika perambut terbelit pada objek apung pasti memberi kelebihan kepada ikan untuk memboloskan diri.

IKLAN

 

Umpan sotong atau hirisan kembung sangat sesuai digunakan untuk menjerat mangsa yang kebiasaannya mencari makanan di sekitar apungan yang hanyut.

Spesies pelagik ini kebiasaannya akan melarikan umpan di antara dasar dan permukaan air.

IKLAN

 

Set pancing yang digunakan juga tidak perlulah menjurus kepada set yang terlalu berat kerana, aksi tarikannya memang dinantikan pemancing. Namun lokasi ini bukanlah padang permainan untuk set ultra ringan.

 

Secara amnya, ikan pecah periuk akan menjamah apa jua umpan yang dilontarkan berhampiran kumpulan mereka.

Selain hirisan kembung dan sotong, penulis pernah melontarkan batu ladung yang diikat bulu itik dan ianya juga mendapat sambutan dan tidak keterlaluan jika saya katakana spesies ini mudah didaratkan jika terkena lubuknya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI