Rangkaian mata lingkar yang menekankan konsep strike yang sama. Demon circle hook didatangkan untuk aksi pancingan yang lebih ringan dan sesuai untuk pancingan dasar air tawar.
Ia adalah alternative kepada pemancing yang sudah jemu menggunakan J hook untuk pancingan dasar air tawar.
Mungkin anda boleh mencubanya untuk memancing ikan dasar air tawar seperti baung dan lain-lain spesies yang lebih gemar menelan umpan berbanding mengutisnya.
Shiner Hooks
Mata kail ini direka bentuk berdasarkan bentuk udang. Jika anda perhatikannya betul-betul terbukti ia dibentuk seperti udang.
Berdasarkan reka bentuk tersebut maka ia merupakan mata kail yang paling efisien untuk menyangkuk umpan udang sama ada udang hidup atau pun udang mati.
Cara penggunaannya juga pelbagai. Sama ada menyucuk ke dalam badan udang melalui bahagian ekor atau menggantung seekor atau lebih udang. Selain itu ia juga sesuai untuk memancing spesies ikan keli atau tongsan yang bermulut luas.
Iseama Hooks
Mata kail yang diperbuatan daripada carbon steel ini dengan warna permukaan yang terang berkilat. Point atau hujung mata kailnya amat tajam dan amat sesuai untuk memancing ikan-ikan yang bermulut tebal dan keras.
Mata kail ini amat sesuai untuk digunakan dengan perambut berangkai dan menjadi pilihan utama untuk pancingan ikan-ikan bermulut kecil seperti rohu atau ikan-ikan bersaiz kecil. Malah ia juga bagus untuk memancing ikan patin dan pacu.
Bream Hooks
Bream hooks sangat sesuai untuk menangkap ikan di laut. Dengan teras pendek dan tempaan keluli tambahan yang kuat menjadikannya sangat kuat.
Sepadan dengan namanya juga ia merupakan mata kail utama untuk memancing ikan yang bergigi keras dan berahang kuat seperti ikan kuku dan bayan, yang sememangnya terkenal dengan kekuatan kunyahannya.
Ia juga mata kail alternatif untuk memancing ikan yang mampu mematahkan teras mata kail seperti ikan pacu.
Prawn Hooks
Sebagaimana namanya, mata kail ini dicipta khusus untuk memancing udang terutamanya udang galah. Ia dibentuk seperti bilah sabit bagi memudahkan hujung matanya yang halus, nipis dan tajam mudah menembusi mulut udang.
Selain udang, mata kail ini juga boleh digunakan untuk memancing ikan-ikan yang tidak kuat melawan atau ikan-ikan kecil.
ABERDEEN HOOKS
Ia adalah mata kail biasa yang boleh digunakan untuk pancingan ikan air tawar dan air masin yang bersaiz kecil. Ia biasanya diperbuat daripada logam yang lembut dan boleh dibentuk atau diubai suai beberapa kali sebelum kekuatannya menjadi lemah.
Walau bagaimana pun ia masih tajam dan mampu memegang ikan dengan baik apabila tercangkuk pada mulut ikan.
KAHLE HOOKS
Keluk pada mata kail ini menjadikannya ideal untuk umpan hidup. Dibuat dari logam yang sama seperti cangkuk Aberdeen, mereka akan membengkok jika digantung di bawah beberapa struktur.
Walau bagaimanapun, apabila ikan tertancap padanya, reka bentuk mata kail ini menghalangnya daripada diluruskan.
Dinamakan sempena Henry Baer, Schrade ini muncul pada 1960-an. Terdapat pelbagai jenis pisau Uncle Henry, tetapi antara yang terbaik adalah folder tiga bilah ini. Ia mempunyai bilah saber, sheepsfoot dan pisau Spey yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Pisau ini antara pisau yang mempunyai harga yang berpatutan dan berbaloi dimiliki.
Victorinox Swiss Champ
Dengan 30 alatan serba guna ditangkainya, Champ Swiss adalah evolusi pisau Swiss Army (asal mempunyai empat bilah). Kebanyakan orang agak skeptikal dengan kualiti dan keupayaan pisau potongan model Swiss Army, namun Victorinox Swiss Champ memang berada pada satu tahap yang berbeza.
George Herron Model 6 Drop Point
George Herron bermula pada awal 1960-an dengan gaya Randall, kemudian bertukar kepada pisau gaya Loveless dan akhirnya membangunkan gaya sendiri yang akhirnya menjadi gaya ikutan semua orang. Pisau Herron sangat praktikal dan mempunyai hasil tempaan rapi dan mata yang tiada tandingan. Model 6 adalah versi pisau buruan dengan mata drop-point.
DiamondBlade Goddard Traditional Hunter
Pada tahun 2007, Charles Allen, pengasas DiamondBlade, memperkenalkan satu siri pisau hasil tempaan dengan proses yang dipanggil geseran penempaan, yang diadaptasi daripada teknologi kimpalan. Proses ini melibatkan keluli yang ditempa di bawah tekanan dan darjah haba yang tinggi, menghasilkan bilah yang lebih keras, lebih tajam dan lebih kuat daripada biasa. Ketajaman pisau ini menyebabkan sarungnya terpaksa direka semula bagi mengelakkan dihiris oleh bilahnya.
Lone Wolf Knives Harsey T3 Ranger
T3 Ranger merupakan pisau model folder ditempa untuk memburu. Bilah gaya drop-point hampir 5 inci panjang dan pemegang cukup besar menjadikannya selesa dipegang. Pisau ini datang dengan sarung tali pinggang taktikal yang cukup bergaya. Jika anda memiliki T3 Ranger ini, mungkin anda tidak memerlukan pisau dengan bilah tetap lagi.
Nessmu k Knife
Nessmuk adalah pisau dengan bilah double-bitted kecil dengan reka bentuk tersendiri. Nessmuk adalah satu bilah 5-inci yang nipis dengan lengkung ketara menguliti bilah dengan mata drop-point. Jika anda mencari satu pisau yang baik, pisau Bark River Lil ‘Nessy ini adalah contoh pisau Nessmukery yang baik.
Woodman’s Pal
Pisau unik ini diinspirasikan pada 1941, apabila Fredrick Ersham meletakkannya di pasaran selepas 10 tahun dalam kajian dan pembangunan. Versi moden pisau ini menggunakan pemegang kayu keras dan anda boleh menggunakan Pal sebagai cangkuk, parang, pisau dan kapak. Ia boleh melakukan hampir semua kerja pemotongan berasaskan pisau.
Knives of Alaska : Brown Bear
Secara teknikal, Brown Bear adalah parang, bukan pisau. Apa pun, anda masih boleh menggunakannya sebagai pisau atau parang, atau kapak. Dengan bilah 6 1/2 inci, bahagian hadapan pisau ini bulat dan tajam serta mempunyai lubang untuk jari telunjuk anda pada bahagian belakang bilah. Rekaan pisau ini juga agak unik dan menjadi kegemaran pengumpul.
The Buck Model 110
The Buck Model 110 muncul pada tahun 1963 dan segera menjadi sensasi. Pisau jenis lipat atau folder ini ditempa dengan tembaga berbingkai yang cukup kuat untuk melakukan kerja-kerja seperti pisau dengan bilah tetap. Buck menjualnya dengan tali pinggang hitam kulit sebagai sarung kerana terlalu berat untuk diletakkan di dalam poket. Setelah 45 tahun dalam pasaran tempaan pisau, Buck telah terjual dengan nilai lebih kurang 14 juta.
Ikan keli yang diternak di Malaysia yang menjadi tumpuan kumpulan penternak adalah spesies ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) kerana kadar hidup yang tinggi, ketahanan penyakit dan cepat membesar.
Jangkasa masa ternakan ikan keli adalah selama 4-6 bulan. Selain itu, ikan keli boleh diternak dalam takungan seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas.
Telah mula diperkenalkan pada tahun 1984 lagi. Clarias Gariepinus merupakan ikan keli hibrid hasil kahwin silang antara keli afrika jantan dan keli betina bunga taiwan.
Ikan keli hibrid ini juga telah memasuki Indonesia pada tahun 1986 lagi melalui Taiwan. Sehingga kini mula merebak ke seluruh nusantara dan telah menjadi hidangan di kebanyakkan restoran-restoran di Malaysia.
Oleh kerana permintaan terhadap ikan keli hibrid ini sudah tidak asing lagi, maka wujudlah penternak-penternak seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.
Salah satu kehebatan ikan keli hibrid ini ialah, pertumbuhannya yang cepat dan tahan kepada kandungan air yang kurang oksigen.
Isi ikan keli hibrid clarias gariepinus yang memang sedap cenderung kepada rasa ikan keli bunga Taiwan, jadi tidak hairanlah memang ramailah penggemar-penggemarnya.
Habitat atau lingkungan hidup ikan keli ialah semua perairan air tawar. Di sungai yang airnya tidak terlalu deras, atau di perairan yang tenang seperti danau, telaga, serta kolam-kolam kecil.
Ikan keli mempunyai insang tambahan yang membantu ikan ini bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen.
Oleh itu, ikan keli sangat tahan di perairan yang mengandungi bekalan oksigen yang sedikit. Ikan keli juga tahan terhadap pencemaran bahan-bahan organik. Oleh itu, ikan keli amat tahan di dalam air yang kotor.
TABURAN
Ikan keli tersebar luas di benua Afrika dan Asia, terdapat diperairan umum yang berair tawar secara liar. Di beberapa negara, khususnya di Asia, Ikan keli telah diternak, dipelihara di kolam seperti yang dilakukan di Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja, Burma dan India.
PERLAKUAN IKAN KELI
Ikan keli yang hidup di air tawar, bersifat nocturnal iaitu aktif pada waktu malam dan menyukai kawasan yang gelap.
Pada siang hari, ikan keli lebih suka berdiam diri dan menyorok di dalam lubang-lubang atau tempat yang tenang dan aliran air yang tidak terlalu deras. Ikan keli membuat sarang di dalam lubang – lubang di tepi sungai, permatang sawah dan kolam yang teduh dan tenang.
Berikut antara keperluan air untuk ternakan ikan keli hibrid ini:
Suhu minima 20 oC, suhu maksima 31 oC, kesesuaian 24 – 28 oC. Kandungan oksigen minima 3 ppm, kandungan karbon dioksida di bawah 15 ppm, NH3 di bawah 0.005, NO2 sekitar 0.25 ppm, dan NO3 sekitar 250 ppm. PH berkisar antara 6.5 – 8.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...