Memancing atau casting siakap bermula dari `tengok air’ untuk mengetahui selera dan keaktifan ikan.
Selepas itu barulah mengesan kehadiran siakap bermain dan spo dia menyerang hendap. Paling syok jika berpeluang mendengar dan melihat dia mnghambur dan menangkap anak ikan.
Jika nak tau ada aktiviti siakap menghambur dan menangkap… korang akan terdengar bunyi ‘booff!’.
Memancing siakap memang kena usaha lebih sikit. Ini kerana memang susah memancing dengan semata-mata bergantung kepada nasib.
Kena rajin dan disiplin untuk ikut waktu air yang bersesuaian. Rata-rata guru atau sifu siakap bersetuju dengan satu pendapat… ‘jika kamu nak mancing siakap, kamu kena belajar dulu berfikir macam siakap!’
Kebanyakan sifu atau otai siakap dulunya lebih suka menggunakan tali tangsi atau mono.
Malah sehingga sekarang pun mereka tetap menggunakan tangsi walaupun tali sulam (braided) lebih menguasai pasaran dan pengguna.
Mereka lazimnya menggunakan tali mono berkuatan 15-20lb.
Pilihan tali pula mereka tidak akan menggunakan tali keluaran Jepun kerana diameternya yang kecil dan tidak tahan geseran.
Suatu ketika produk Maxima warna hijau menjadi keutamaan kerana amat lasak. Selain dari itu tali `cap ayam’ juga menjadi pilihan kerana harga yang murah dan kurang spring.
Biasanya para otai cuma guna untuk naikkan dalam 2-3 ekor ikan, mereka buang dan isi baru.
Tali yang baru diisi dalam spool, mesti dibuang `spring’ dulu untuk elak masalah di masa depan ketika casting.
Caranya, selepas isi tali dalam spool jangan terus memancing. Ikat batu ladung saiz kecil pada hujung tali dan casting sekurang-kurangnya 50 kali… lagi banyak lagi bagus.
Barulah tali takkan buat masalah seperti kusut dan sebagainya. Lebih-lebih kalau guna baitcaster.
Jika anda casting menggunakan gewang dan sememangnya aktif memancing, sebaiknya dibuang hujung tali kira-kira 2-3 kaki setiap kali turun memancing. Ini untuk mengelakkan tali yang luka akan kecewakan anda.