Bagi peminat teknik casting (mengilat), penggunaan kekili menegak atau baitcaster (BC) bagaikan satu fenomena masa kini.
Biarpun penggunaannya agak kompleks, namun ternyata ramai yang meminati teknik casting menggunakan BC ini kerana ianya lebih ringan dan mampu menghasilkan pelbagai teknik balingan.
Justeru itu, mari kita ketahui antara 5 teknik balingan BC yang popular dan sangat berkesan untuk dipraktikkan.
1. Overhead
Teknik yang paling biasa dan antara yang paling berguna digunakan oleh kaki casting. Kebiasaannya teknik overhead ini akan dilakukan di kawasan yang lapang dan terbuka dan bukannya di kawasan sempit.
Ads
2. Forehand
Teknik yang boleh dikatakan paling kurang menggunakan tenaga buat kaki casting. Ini kerana ianya tidak banyak memerlukan pergerakan tangan semasa casting.
Biasanya teknik ini digunakan untuk membuat balingan jarak dekat yang diyakini menjadi kawasan permainan ikan.
3. Backhand
Ads
Teknik ini paling berguna digunakan di kawasan yang sempit dan ruang yang terhad. Teknik ini juga dikatakan paling senang dan kurang menggunakan tenaga jika dilakukan dengan betul.
4. Underhand / Flip cast
Ini menjadi antara teknik yang paling berguna buat kaki casting. Pada asasnya teknik underhand ini digunakan pada kawasan yang mempunyai ruang yang terhad di hadapan pemancing.
Ads
Ia boleh digunakan sama ada menaiki bot, di dalam air mahupun memancing dari land-based.
5. Pitching
Pitching merupakan teknik yang paling tepat dan berkesan untuk balingan jarak dekat. Teknik ini paling baik digunakan bersama single hook soft plastic.
Namun, teknik ini harus digunakan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jangka masa ikan galak makan umpan biasanya tidak lama, hanya sekitar setengah jam dari bermulanya air pasang pagi. Waktu permulaan pasang, arus bergerak perlahan dan waktu inilah siakap aktif memakan umpan.
Siakap akan kembali aktif apabila arus air kembali tenang iaitu di antara penghujung pasang dan permulaan surut.
Jangka waktu di antara akhir pasang dan permulaan surut ini tidak lama. Sebab itulah timing air pasang dan surut di muara sungai amat penting dititikberatkan.
Sementara itu ada juga di beberapa tempat, waktu-waktu paling sesuai untuk memburu siakap pada musim air mati.
Pada masa tersebut, air pasang malam agak besar dan menghasilkan arus yang agak deras.
Keadaan ini amat sesuai untuk ikan-ikan dari laut memasuki muara mengikut arus. Sebaliknya pada siang hari air pasang dan surut tidak besar perbezaannya.
Keadaan sebegini menghasilkan arus air yang lembut, amat sesuai untuk ikan-ikan khususnya siakap singgah dan bermain-main di reba.
2 Jenis Siakap
Dikatakan terdapat dua jenis siakap yang menghuni kebanyakan muara sungai. Yang pertama adalah dari jenis siakap putih keperakan.
Siakap jenis ini berbadan lebih panjang dan agak gempal. Ekornya pendek sedikit dan tidak begitu lebar.
Ia dikatakan sering ditemui di kawasan muara ketika musim siakap mudik ke muara.
Spesies ini apabila terdesak, khususnya sewaktu mahu melepaskan mata kail dari mulutnya, akan melompat dan bergerak dengan agresif ke atas permukaan air. Jenis yang kedua tetapi jarang ditemui ialah siakap berwarna kuning keemasan.
Spesies jenis ini badannya lebih lebar akan tetapi agak pendek berbanding dengan jenis pertama.
Apabila menyambar umpan, jenis ini akan mengeluarkan satu bunyi yang sekaligus memperkenalkan dirinya kepada para nelayan dan pemancing mahir dan berpengalaman.
Jenis kedua jarang sekali melompat ke permukaan air, mungkin kerana saiznya yang begitu besar.
Ia lebih suka bertahan di dasar muara mengasak pemancing dengan menarik tali ke dalam reba.
Biasanya pemancing akan mengambil masa lebih lama untuk menjinakkan spesies jenis kedua berbanding jenis pertama yang banyak menghabiskan tenaganya melompat di permukaan air.
Kedua-dua spesies siakap ini mempunyai bentuk aerodinamik badan yang begitu sempurna, gagah dan tersendiri.
Saiz mulut yang boleh membesar ke keluasan maksimum, memudahkan mereka menyambar mangsa dengan pantas tanpa memberikan ruang dan peluang untuk mansa melepaskan diri.
Kesempurnaan bentuk fizikal, ditambah dengan siaz ekornya yang lebar dengan pangkal ekor yang begitu sasa dan kuat, membolehkan si raja muara ini bergerak pantas apabila melibas dan menyambar mangsa.
Ekor yang lebar ini juga memberikan kekuatan yang membolehkan siakap memberikan asakan dan tentang hebat apabila berhadapan dengan pemancing.
Kekuatan libasan ekornya juga membolehkan siakap jenis keperakan, walau sebesar mana saiznya melompat tinggi di atas air dengan aksi agresif dalam usaha untuk melepaskan mata kail.
Namun begitu, siakap adalah pemangsa yang agak pemalas, kecuali di masa ia sedang galak dan lapar, sebahagian besar masa digunakan untuk berdiam diri di tempat persembunyian.
Sewaktu berehat, siakap tidak berminat untuk menyambar umpan walaupun umpan yang dihidangkan adalah seekor udang king size kegemarannya, melainkan umpan tersebut berenang tepat di depan mulutnya.
Selain habitat, kita juga kena kaji perangai ikan dan kena faham apa yang ikan inginkan. Dan kita kena faham ikan yang menghentam gewang kerana apa? Bukan kerana sesuatu gewang itu nampak hidup ada sisik dan sebagainya tapi pada colour, bunyi, renangan dan cara menggayakannya itu yang penting.
Naluri ikan semestinya mengenal jenis makanannya. Cuma sifat pemangsa yang rakus dan ego menyebabkan ia marah pada benda-benda yang berlegar di dalam kawasan dan di depan matanya.
Apabila pemangsa ini aktif, dia akan bermain di permukaan air untuk memburu mangsanya. Oleh yang demikian jika bertemu maka jangan dilepaskan peluang untuk mencampak gewang di kawasan ia aktif memburu mangsanya ini.
Selain itu cara terbaik yang lain carilah tempat-tempat seperti di bawah bayang-bayang pokok dan di tepi reba terutamanya ketika air sedang berarus.
Bagi penggunaan gewang selaman dalam (deep dive) pula kita patut mengetahui kedalaman sesuatu tempat untuk memilih gewang yang sesuai dengan kedalaman. Ia penting agar kita boleh mempersembahkan gewang betul-betul di muka pintu mahligainya.
Penggunaan gewang yang tepat untuk dipersembahkan adalah penting. Bila tersalah pilih maka hilanglah peluang strike pada masa itu. Namun jangan terus lari… cubalah lagi dengan gewang yang lain pula.
Dalam persekitaran semula jadi, ketam nipah hidup di muka muara sungai yang berlumpur. Keluar mencari makan yang terdiri dari ikan dan hidupan air lain termasuk siput.
Ketam nipah spesies bersembunyi di lubuk dan sukar untuk menangkapnya. Untuk menangkapnya bukanlah perkara yang mudah.
Jadi, perlu ada kemahiran untuk menangkap ketam nipah dengan menggunakan alat tangkul atau bento yang diletakkan umpan menggunakan ikan segar biasanya tenggiri,
tamban atau kembung untuk menarik ketam nipah keluar dari lubuknya. Ketam nipah akan masuk ke dalam tangkul dan terperangkap.
Teknik menangkap ketam nipah dengan bubu ketam yang dinamakan bento atau bito sebenarnya bukanlah kaedah baru. Malah ia merupakan satu-satu aplikasi yang ada dan paling berkesan untuk digunakan.
Bento merupakan bubu ketam yang diperbuat daripada kawat dan jaring yang mempunyai pintu perangkap serta diberi tali dan pelampung. Bagi membolehkannya memerangkap ketam nipah, bento akan diletakkan umpan ikan.
Apa saja jenis ikan yang telah berbau (tidak digalakkan menggunakan umpan kepala ayam atau perut ayam kerana ia akan mempengaruhi rasa ketam yang ditangkap). Saiz bento lazimnya; panjang 590mm x lebar 430mm x tinggi 270mm.
Lokasi paling sesuai untuk melabuhkan jerat ini ialah di muara sungai di hutan bakau. Ketika air laut sedang surut ialah masa yang sangat sesuai untuk melabukannya. Ini kerana ketika itulah ketam nipah dipercayai aktif mencari makanan.
Selain itu, ia juga untuk mengelakkan bento hilang akibat dihanyutkan oleh arus ketika air pasang. Keadaan air surut juga memberi kelebihan untuk membaling bento jauh ke tengah air.
Ada juga cara atau kaedah menjerat ketam nipah menggunakan bot dan inilah yang kebanyakannya dilakukan oleh nelayan. Para nelayan biasanya akan mencari kawasan-kawasan strategik untuk meletakkan bento.
Bento akan diletakkan ketika air surut dan dibiarkan sehingga air surut kembali untuk melihat hasilnya. Bento tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana dikhuatiri dicuri orang atau diceroboh oleh biawak.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...