Buat pertama kali saya berkunjung ke Pulau Sembilan kurang lebih 20 tahun lalu, Tekong Pak Yusuf mengajar saya menggunakan umpan bilis segar yang dipasang pada apollo 5 mata kail. Kami dibawa memancing ke tanjung sebelah barat Pulau Lalang. Pulau Lalang merupakan pulau terbesar di gugusan Pulau Sembilan.
Tanpa mengetahui ikan yang bakal saya pancing, tekong menyuruh umpan bilis diturunkan. Sebelum itu kami diajar cara yang betul menyangkuk umpan bilis pada mata kail. Biar ikan tengok terliur menurut Tekong Pak Yusuf.
Umpan dilabuhkan ke dasar kemudian tarik sedikit ke atas. Lepas itu kami hanya disuruh bersedia untuk membalas joran. Saat umpan dihenjut, ikan mengena. Apabila ditanya pada tekong ikan apa yang sedang makan umpan kami… cencaru, balas tekong.
Ads
Mak oooi…! Berat semacam cencaru ini kerana sebelum ini cencaru yang saya pancing di Pantai Timur hanya sebesar lengan. Agak terperanjat melihat saiz cencaru berjaya diperoleh sebesar betis kaki orang dewasa setiap ekor.
Belum pernah melihat cencaru sebesar itu. Jika 5 mata pancing mengena alamak perut terpaksa digunakan untuk menahan hujung joran. Macam berat 30kg kalau dah 5 ekor cencaru kuda mengena sekaligus.
Ads
Tapi kini jumlah populasi cencaru kuda di Pulau Sembilan turun secara mendadak. Banyak trip ke Pulau Sembilan ini di buat pada tahun 2004, jarang lagi saya memperolehi lebih 3 ekor cencaru kuda pada satu trip!
Atau tidak menggunakan bilis segar mungkin menjadi salah satu faktor kegagalan mendapatkan spesies ikan kulit hijau ini. Begitu juga nasib bilis di kawasan ini semakin berkurangan dari masa ke masa. Kurang mangsa kurang juga pemangsa. Rangkaian makanan di luat kini tergugat!
Ads
Teknik memancing cencaru cukup mudah buat cencaru biasa. Guna mata apollo kedai saiz 10 ke atas atau kekuatan 15Ib perambut dengan kertas atau bulu putih. Mesti asas warna putih sebab makanan utama ikan cencaru ialah ikan bilis serta anak ikan pelagik lain yang kecil. Warna putih lebih cepat dirembat cencaru berbanding mata apollo warna hijau kerana ia lebih menyerupai warna ikan bilis di dalam air.
Secara kesimpulan cencaru lebih dikenali ikan merembat mata apollo berbanding teknik pengumpanan ikan. Hanya cencaru kuda bersaiz besar sahaja pernah diketahui menelan jig terutama jig ringan sekitar 20 gram sehingga 60 gram. Paling umum cencaru besar berminat dengan umpan ‘putih’ seperti ikan bilis di mata pancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lazimnya pesisir pantai berbatu dan dan berkarang merupakan kawasan tarikan ikan sekaligus menjadi spot yang berpotensi untuk memancing. Ramai pemancing berjaya menjinakkan ikan berkualiti tetapi juga paling kerap kail tersangkut. Batu atau karang di situ menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa.
Namun begitu, ia mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar.
Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu ada karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang.
Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung diikat pada bahagian bawah sekali. Jika tidak mahu kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung mesti lebih halus daripada perambut untuk mata kail dan tali utama. Oleh kerana ladung mencecah dasar, peluang untuk ia sangkut adalah tinggi.
Jika tersangkut, pemancing masih boleh menyelamatkan kail dan ikan kerana tali lebih halus bagi mengikat ladung, akan putus terlebih dulu. Berikutan harga ladung semakin mahal, guna bahan lain seperti batu dan skru terbuang sebagai ganti.
Teknik tanpa pemberat (layang/hanyut) juga sesuai jika kawasan itu lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan akan mengambil masa untuk sampai ke dasar.
Ketika menjunam, umpan menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika ada tanda sambaran yang biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.
Teknik menggunakan pelampung memerlukan pemancing bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 0.5 hingga 2 meter dari dasar potensi sambaran adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut pada karang.
Pakai pakaian yang sepadan dengan aktiviti dan geografi lokasi. Pastikan badan tidak terdedah dengan cuaca yang terlalu sejuk atau panas. Begitu juga dengan alas kaki. Sebaiknya pakailah alas kaki yang lebih selamat berbanding berselipar sahaja. Lebih-lebih lagi jika kita tidak pasti tahap kelicinan pelantar benda-benda tajam yang mungkin tersembunyi di permukaannya.
Jangan berasa segan jika ingin memakai jaket keselamatan. Terutamanya jika anda ada masalah gayat dan langsung tidak tahu berenang. Jika ingin memakai jaket keselamatan pilihlah jaket keselamatan dari jenis foam kerana selain daripada berfungsi di dalam air, ia juga boleh digunakan sebagai jaket pemanas badan pada waktu malam.
Selain membawa bekalan makanan yang mencukupi, apa yang lebih penting sebenarnya adalah bekalan air bersih untuk diminum dan tujuan lainnya. Tak mengapa kalau kelaparan tak cukup makanan tetapi kalau kehabisan air untuk diminum, ia tak boleh diganti dengan air laut.
Sama ada ingin memancing untuk tempoh yang lama atau beberapa jam sahaja, sebaik-baiknya biarlah berteman. Jangan sesekali memancing secara bersendirian. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Kadang-kadang kemalangan yang kecil sahaja boleh menyebabkan nyawa terancam.
Simpan segala barang-barang yang penting seperti handphone dan kunci kenderaan di tempat yang selamat. Khususnya selamat dari diterbangkan angin dan terkena tempias air masin. Kalau boleh biar diikat terus pada tiang jambatan. Setidak-tidak kalau tersepak pun tidaklah terus melayang ke air.
Jangan berada dalam keadaan terlalu selesa. Maksudnya, bila dah rasa selesa sangat kita akan lupa di mana sebenarnya kita berada. Kita jadi terlupa yang kita berada kawasan yang dikelilingi oleh air berarus deras. Bukannya berada di daratan sebenar.
Ia jarang berlaku tetapi pernah terjadi ada pemancing yang terperangkap di atas pelantar dan hampir dihanyutkan arus apabila dilanda peristiwa air pasang besar. Jadi, anda harus pantau jadual air pasang surut dan cubalah elak daripada memancing di bawah jambatan apabila berlakunya peristiwa air pasang besar.
Bagi beberapa kelong contohnya di Lukut, kawasan yang menghadap pintu muara dan Pelabuhan Port Dickson adalah yang terbaik untuk teknik menghanyut. Banyak rekod yang terhasil dan pernah mendapat tenggiri 5kg.
Kawasan menghadap pantai mempunyai batu karang di sasarnya dan menjadi tumpuan untuk pancingan dasar pada waktu malam. Kawasan menghadap laut lepas pula berdasar lumpur dan pasir. Kawasan ini mampu menghasilkan kerisi, sembilang, ketuka, tengkerong, gelama dan bebolos sebagai penambah hasil tangkapan.
Kawasan bersebelahan tandas pula menjadi tumpuan untuk menghanyut umpan ketika air surut dan mencari tamban hidup menggunakan apollo. Bahagian bawah kelong juga berpotensi mendapatkan hasil seperti mentimun, mempasir, sembilang karang, bayan, anak gerong belang, gerut-gerut dan pelbagai lagi ikan yang pelik dan berwarna-warni beruman umpun-umpun dan hirisan ikan.
Bagi set memancing pula, disarankan penggunaan kekili bersaiz 3000 ke atas yang dipadankan dengan joran 7-15 kaki panjang. Joran panjang memberi kelebihan untuk membuat lontaran jauh dan mengawal ikan dari menyusup ke tiang kelong. Tali utama pula biarlah bersaiz 30-40lb mengikut kesesuaian kekili. Jangan lupa ikat joran kerana pernah joran 13 kaki yang dibiar tanpa diikat terbang disentap ikan.
Bagaimana pula cara untuk memastikan umpan hidup bertahan lama?
Kebanyakan kelong di Malaysia biasanya tidak mempunyai pukat tangkul untuk mencari umpan pada waktu malam dan tidak juga disediakan dengan tong khas untuk umpan hidup. Di sini kami gunakan kolam mandi kanak-kanak untuk mengatasi masalah ini.
Kolam yang diisi air laut dan dibekalkan oksigen pam bateri memadai untuk diletakkan umpan hidup semalaman, tetapi ada pantangnya. Jangan sesekali mencelup tangan untuk mengambil umpan. Gunalah tangguk kecil dan ini penting untuk menjamin ketahanan umpan. Jika perlu tukar air selang 6 atau 7 jam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...