Tazkirah Ramadan – Soal Jawab Zakat Fitrah

Share

 

Kadar Zakat fitrah di setiap negeri telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, amat digalakkan kita menunaikan zakat fitrah adalah mengikut kategori harga beras yang biasa/lazim dimakan.

 

Apakah maksud “Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan”?

 

Bermaksud bayaran zakat fitrah adalah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan keluarga.

 

Apakah hukum dan dalil galakan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

 

Hukumnya adalah sunat dan dalil galakan individu yang ingin mebayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.

 

“Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra : Sesungguhnya kami di zaman Rasulullah SAW memberinya (membayar zakat fitrah) satu sha’ dari makanan yang dimakan, satu sha’ dari kurma.  (Sahih Bukhari )

 

Kenapa kita digalakan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

 

Kita digalakan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada gologan fakir dan miskin.

Firman Allah

“Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya”.  (Al Baqarah 184)

 

Bolehkah saya membayar zakat fitrah mengikut kadar umum RM7.00 walaupun saya berkemampuan untuk membayar lebih mengikut harga beras yang dimakan?

 

Dibolehkan kerana keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (dan jawatankuasa negeri lain) yang bersidang pada 12 Disember 2017 menetapkan kadar umum dan minima zakat fitrah untuk tahun 1439H/2018M adalah sebanyak RM7.00 seorang.

 

Bagaimanakah kaedah kiraan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

 

Rujuk jadual zakat fitrah mengikut harga beras yang telah disediakan oleh pihak LZS “Diri dan Tanggungan”. Kami sertakan jadual di ruangan komen.

 

Berapakah bayaran zakat fitrah sekiranya terdapat ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar RM7.00 atas sebab kesihatan?

 

Kadar bayaran zakat fitrah bagi ahli keluarga tersebut adalah mengikut kadar umum iaitu RM7.00.

 

Published by
Amang