Dari Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidilfitri), maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidilfitri), maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ
(HR Abu Daud no: 1817) Status: Hadis Hasan
Keterangan:
Dengan membayar zakat fitrah, amalan seseorang di sepanjang bulan Ramadhan kembali bersih seperti salji putih.
Islam tidak ingin melihat di hari 1hb Syawal ada orang yang meminta-minta, padahal dalam kalangan umat Islam ada yang meraikannya dalam suasana kecukupan.
Dia tetap menanggung dosa kerana tidak membayar zakat.
5. Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah yang memenuhi syarat berikut:
5.1. Islam
5.2. Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan, iaitu ia sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.
5.3. Orang yang mampu, mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga siangnya, setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya, (termasuklah binatang peliharaannya) merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang.
Walaupun nilai lebihan hanya bernilai cukup untuk zakatnya seperti RM 7.00.
Jika tidak mempunyai lebihan harta yang mencukupi untuk membayar harga zakat yang ditetapkan maka tidak wajib ia mengeluarkan zakat fitrah