“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.”
“Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.”
Ads
“Ya Allah, terimalah puasa kami dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu Ya Allah.. Sehingga Engkau memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.”
Ads
“Selamatkan kami didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian jua dgn rahmat Mu, golongkan kami kedalam golongan orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) di malam al-Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.
“Semoga perpisahan kami dengan Ramadhan ini bukanlah perpisahan utk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.”
Setiap orang ada minat tersendiri terhadap sesuatu aktiviti. Selagi sesuatu aktiviti itu bukan satu kesalahan atau jenayah maka sesiapa saja berhak melakukannya. Jadi, ia bukanlah satu kesalahan sekiranya korang minat atau menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi.
Walaupun tidak perlu sebarang alasan atau untuk meminati hobi memancing, berikut disenaraikan sebab dan musabab kenapa para pemancing memilih memancing sebagai hobi nombor satu, walaupun dikatakan hobi yang mahal.
Minat
Tanpa minat sudah tentu sesiapa saja tidak akan menjadi sesuatu perkara itu sebagai hobi termasuklah memancing.
Aktiviti masa lapang
Daripada membuang masa kan lebih baik memancing.
Menghilangkan stress
Percayalah… dengan memancing segala masalah akan hilang begitu saja.
Terlebih duit… duit banyak tak tau nak buat apa
Tak ramai yang macam ni tapi memang ada. Dah duit dia ikut sukalah dia nak buat apa.
Suka makan ikan segar
Ini sebab yang paling best sebab hanya pemancing saja yang dapat makan ikan fresh.
Suka dengar loceng berbunyi
Memang lain macam dia punya syok dengar bunyi loceng yang dapat dirasai oleh kaki pancing.
Suka dengar bunyi drag
Dia punya stim dengar bunyi drag ni memang tak boleh nak digambarkan dengan apa pun.
Suka lihat joran lentok ditarik ikan
Pasal inilah ramai pemancing yang asyik tengok joran je bila menarik ikan. Untuk merasai pengalaman melayan ikan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Ketagih
Ketagih memancing ni susah nak cakap. Tak tahan tangan dah menggigil bila lama tak mancing.
Ikan kat pasar semakin mahal
Seronok dapat… makan ikan mahal pun dapat tanpa beli pergi ke pasar.
Nak tambah ramai kenalan dan menambah ukhwah
Salah satu cara nak menambah kawan tentu sajalah melalui aktiviti memancing.
Tebal pipi takde jual kat pasar
Inilah kelebihan sebenar kaki pancing sebab hanya pemancing saja yang dapat makan ikan yang best dan takde dijual kat pasar.
.
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.”
Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.
⇒ Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
⇒ Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
⇒ Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
⇒ Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
⇒ Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
⇒ Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
⇒ Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
⇒ Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
⇒ Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
⇒ Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
⇒ Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.
Hari yang dijanjikan sudah tiba. Semua ahli komplot sudah bersedia dengan senjata masing-masing. Trip kali ini dirancang oleh tiga orang sahabat iaitu Syed, Sabri dan Nadz .
Lubuk yang airnya dalam sentiasa keruh ini memang diketahui dihuni oleh ikan yang bagak-bagak saiznya. Boleh dikatakan pada siang hari lubuk ini sentiasa sahaja dikunjungi kaki pancing termasuk orang luar. Cuma pada waktu malam sahaja lubuk ini kurang dikunjungi.
Dengan bot fiber 12 kaki dan enjin 15 kuda, Syed memacu bot dengan laju menuju ke lubuk. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit. Walaupun menaiki bot pada waktu malam, Syed amat arif dengan selok belok sungai ini.
Sauh terus sahaja dijatuhkan sebaik sahaja sampai di llubuk. Jam menunjukkan 10.00 malam dan masing-masing tidak sabar mencampak umpan. Hanya mereka sahaja yang memancing di situ.
Tidak menunggu lama untuk umpan diragut ikan. Nadz orang pertama yang beraksi. Setelah beberapa minit bertarung seekor baung dalam skala 1 kilogram berjaya dinaikkan. Tidak lama selepas itu, joran Syed pula ditarik dengan kuat. Dia mengambil masa yang agak lama untuk menaikkan ikan itu. Sabri dan Nadz berteriak memberi semangat.
Akhirnya seekor belida yang agak besar saiznya berjaya ditumpaskan. Begitulah mereka begitu asyik melayan ragutan ikan sehingga bekalan yang dibawa masih belum dijamah lagi. Banyak betul ikan malam tu. Naik lenguh tangan mereka dibuatnya. Ada baung, patin, tapah dan bermacam lagi.
Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Ragutan ikan yang galak tadi tiba-tiba terhenti. Ikan seperti tidak lagi berminat dengan umpan mereka.
“Mana pulak perginya ikan ni. Nak kena tuba kot lubuk ni” kata Sabri geram.
“Aku rasa elok kita balik. Lagipun dah banyak ikan kita dapat ni,” cadang Syed. Dia dari tadi tidak sedap hati. Dirasakan olehnya telinganya seolah-olah ditiup sesuatu. Macam bunyi nafas yang mendengus kuat. Ingin diberitahu takut kalau dikatakan pengecut pula. Baru sebentar tadi dia terlihat kelibat putih atas pokok ara yang memayungi lubuk itu.
Namun dia hanya mendiamkan diri. Sabri dan Nadz terus berbual. Sesekali terdengar tawa mereka yang agak kuat dan terbahak-bahak memecah kesunyian malam. Entah apa yang dibualkan.
Tiba-tiba bot yang mereka naik seakan bergoyang. Mulanya agak perlahan tapi semakin lama semakin kuat goyangnya. Terkejut tiga sahabat itu. Mereka berpegang dengan kuat pada bot takut terjatuh.
“Kenapa pulak ni?” tanya Nadz dengan suara yang terketar-ketar. Dalam pada itu, Sabri terlihat sesuatu muncul di permukaan sungai dengan jelas apabila lampu kepalanya dihalakan kepadanya.
Hanya kepalanya sahaja yang jelas kelihatan. Itu pun setakat mulut sahaja. Dengan mata yang merah, rambutnya panjang dan mata merenung tajam ke arah mereka bertiga. Syed dan Nadz juga sedar dengan kehadiran makhluk itu yang kira-kira 10 meter dari bot mereka.
Dalam suasana kaget tersebut, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara perempuan mengilai nyaring diselang seli dengan tangisan bayi. Seram dan naik bulu roma mereka. Tanpa membuang masa tali sauh terus dipotong dan bot terus dihidupkan dan dipacu dengan laju meninggalkan lubuk itu.
Mujur enjin bot dapat dihidupkan dengan mudah. Pucat lesi wajah tiga sahabat itu. Dari jauh jelas kelihatan sekujur tubuh seorang perempuan sedang memandang mereka sambil mendukung sesuatu seperti bayi.
Sampai sahaja di jeti, ketiga orang sahabat tadi senyap membisu tanpa suara. Mereka bagaikan tidak percaya, kejadian mistik yang sering didengar dari orang lain benar-benar berlaku kepada mereka bertiga. Terketar tangan Sabri ketika menambat tali bot.
Kejadian itu telah menggemparkan penduduk kampung. Kebanyakan penduduk tidak berani menghampiri kawasan lubuk itu lagi. Rupanya terdapat kisah lama tentang lubuk itu.
Menurut orang lama di kampung itu beberapa tahun dahulu, seorang gadis pernah membunuh diri bersama bayinya di situ. Ini kerana dia melahirkan anak luar nikah dan teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab. Disebabkan malu dan tertekan dia mengambil jalan mudah dengan menamatkan hayatnya di situ.
Akibat kejadian itu juga Nadz demam hampir seminggu dan sejak dari itu juga, tiga orang sahabat itu mengambil keputusan untuk tidak sesekali turun memancing di lubuk berkenaan dan mereka juga serik untuk keluar memancing pada waktu malam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...