Aisyah Radhiyallahu ‘anha, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.”
(HR Muslim No: 2009) Status: Hadis Sahih
قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Keterangannya:
2.1. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
2.2. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan.
4. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.
4.1. Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.
4.2. Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu magrib sehingga tamat solat tarawikh.
4.3. Perbanyakkan doa “Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar”.
Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini, doa untuk kesejahteraan, dan juga doa kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan di seluruh dunia… semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka.