Apakah tujuan utama anda semua memancing? Adakah ia semata-mata kerana hobi atau ada tujuan lain? Mari kita bincangkan bersama.
“Adakala aku memancing sebab nak rapatkan silaturahim. Adakala aku memancing sebab nak tenangkan fikiran dan berfikir cara terbaik selesaikan masalah. Adakala aku memancing sebab nak latih semula bila jiwa terasa semakin lemah. Adakala untuk mendekatkan diri dengan Allah(penyerahan dan membuka mata dan hati).
Ikan adalah bonus.Tapi biasanya bila aku memancing semua yang adakala kat atas tu akan ada sepanjang aku memancing. Bukan nak ikan sangat pun… tapi kalau ikan tu aku makan, walaupun kecil aku ambil bawa balik.”
YOSH
“Ada yang memancing kerana hobi. Ada yang memancing niat nak tambah rezeki. Tetapi yang memancing di kolam berbayar niat nak tambah rezeki ini saya kurang faham… sebab risiko tinggi. Bila tak dapat seperti niat di hati, mulalah memekak kata kolam tipu, kolam main ubat, macam-macam lagilah.”
MOHD RIZWAN
“Mula-mula belajar memancing mesti untuk dapatkan ikan. Lama kelamaan menjadi hobi sebab ada kepuasan semasa menarik ikan, menunggu ikan makan dan menaikkan ikan tersebut.”
NALZAM BURN
“Layan adrenaline rush sambil cari rezeki untuk makan bersama family. Bila dapat ikan dah dapat satu kepuasan, bila bawa balik tengok family seronok makan ikan segar dapat lagi satu kepuasan.”
ANJANG IWAN
“Memancing ni boleh hilangkan stress. Satu perkara lagi kita sentiasa akan bertegur sapadengan orang lain. Dapat mengeratkan silaturahim. Hobi memang hobi, pancing tetap pancing yang mendatangkan manfaat. Dapat kepuasan dan dapat laukuntuk dimasak.”
SYED AIDIL AL-YAHYA
“Tujuan ambo… menjadi seorang yang sabar(maklum la selalu kumpau). Dapat rapatkan silaturahim antara kawan-kawan. Boleh buat lauk…kalau ada rezeki. Dapat hilangkan stress walaupun kumpau. Mencabar, sebab kau nak dapat seekor pun susah. Boleh sihat, maklum la… aku ni caster kena la rajin cari port.”
MOHAMMAD SHAFIQ
“Hobi boh hobiii… Sebab pertama boleh kurangkan stress. Kedua hilangkan perasaan bosan. Ketiga, boleh meluangkan benda berfaedah daripada nak pergi happy enjoy buang duit sana sini.”
ALEX LIM
“Biar orang kata saya ni katak bawah tempurung… tak nak ikut apa orang di luar buat…saya tetap dengan prinsip memancing untuk kepuasan dan terapi diri. Bukan motif nak bangga riak untuk cari nama.”
NOOR HELYNAN NAPI
“Dulu-dulu memancing salah satu cabang untuk cari rezeki. Keluarga nelayan sungai. Sekarang ni tinggal sekadar riadah saja…dan supaya tak lupa asal usul sambil mengenang kembali kenangan memancing masa dulu.”
MUHAMMAD YEOP
“Memancing itu seni, memancing itu sains, memancing itu pengikat silaturahim, memancing itu hobi, memancing itu datang dari hati… tapi jangan lupa solat.”
IKHWAN SYAFIEQ
“Sumber rezeki,terapi minda,merapatkan silaturahim, banyak kebaikan memancing ni. Kalau kaki casting pun macam saya ni boleh sihatkan badan. Ya la berjalan jauh sepanjang port. Lepas tu kalau gewang sangkut nak kena berenang dan menyelam…haha. Boleh nikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Yang paling penting rekod dalam video up dalam Youtube! Kongsi pengembaraan dengan lebih meluas dan menjana pendapatan.”
NAIEM
“Ikan dalam air tu rahsia, tapi kita gunakan sesuatu skill untuk dapatkan ikan yang diidam, andai skill kita menjadi, itu satu kepuasan. Ramai yang beranggapan, umpan dan kail dah memadai. Tanpa teknik, nasib saja la sebagai tuah…menu pula dalam kepala bagai harapan.”
Mungkin disebabkan rasa terganggu kerana banyak sangat dapat ikan duri bersaiz sejengkal yang sedikit sulit untuk melepaskannya dari mata kail, ingatan tersebut seperti mendorong saya untuk melakukan sedikit uji kaji.
Saya seperti terdorong untuk melihat apa yang terkesan atau apa impak yang akan berlaku kalau ikan duri itu diletakkan di tempat panas.
Tatkala itu memang panas pun kerana waktu tengah hari. Korang tentu tau macam mana keadaan lantai sampan fiber tatkala panas lit-lit. Nak letak punggung tanpa alas pun fikir dua tiga kali.
Sebelum ingatan itu muncul, saya tidak membawa naik mana-mana ikan duri ke atas sampan pun. Sekadar menggantungnya di tepi dinding fiber sambil menanggalkan mata kail.
Bila mata kail tertanggal maka ikan duri itu pun jatuh kembali air. Tapi bila ingatan itu muncul dan dapat lagi ikan duri, saya pun tak fikir panjang lagi dan terus letak ikan duri itu di atas lantai sampan fiber yang terdedah kepada bahang panas.
Impaknya segera terjadi! Sebaik saja perut ikan duri itu tersentuh lantai sampan, secara mengejut ia meronta dan meloncat-loncat. Ia mungkin tindak balas secara spontan akibat kepanasan.
Ketika bertindak balas terhadap kepanasan itulah salah satu sengat ikan duri tersebut tercucuk tangan saya.
Selepas itu barulah saya faham kenapa saya pernah diberi peringatan oleh tersebut. Tapi nak menyesal pun dah tak guna. Nak tak nak terpaksalah saya tanggung denyutan hampir sejam lamanya.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
→ Seekor paus pembunuh berusia 14 tahun bernama Wikie yang berada di Marineland Aquarium di Antibes, Perancis menjadi paus pembunuh pertama yang diketahui mampu bersuara mirip dengan bahasa manusia, seperti hello dan bye-bye.
→ Kenapa ia dipanggil paus pembunuh sedangkan ia bukannya paus? Paus pembunuh itu pernah disebut ‘pembunuh paus’ oleh pelaut yang melihatnya menyerang paus. Setelah masa berlalu, nama itu terbalik.
→ Paus pembunuh bukanlah ikan. Mereka adalah mamalia laut. Namun, paus pembunuh juga bukanlah paus. Paus pembunuh adalah sejenis lumba-lumba.
Jenis lumba-lumba yang terbesar. Mungkin karena ukurannya yang besar, mamalia ini disebut paus.
→ Paus pembunuh terbesar yang pernah diketahui adalah sepanjang 9.8meter. Jika dibuat perbandingan, ia sepanjang bas! Beratnya sekitar 11ton atau 9,979kilogram.
→ Biasanya paus pembunuh memiliki panjang antara 4.9-9.1meter dan berat sekitar 3-6ton atau sekitar 2,722-5,443kg. Orca jantan lebih besar dari betina.
Bahkan, ketika dilahirkan saiz paus pembunuh sudah sekitar 2.4 meter dan beratnya 181-400kg.
→ Paus pembunuh adalah haiwan karnivor. Mereka makan ikan, termasuk jerung, sotong, ketam, udang kara, anjing laut, singa laut, dugong, burung laut, penguin, penyu dan tentu saja paus.
Termasuk paus sperma juvenil dan paus biru juvernil. Menurut para saintis, mereka juga akan makan beruang kutub jika ada peluang!
→ Paus pembunuh adalah makhluk yang sangat sosial. Mereka gemar berkumpul bersama untuk membentuk klan. Mereka juga dapat dipecahkan menjadi kelompok-kelompok kecil.
Mereka berburu dan tidur bersama. Mereka berkomunikasi satu sama lain dan saling membantu saat mengalami masalah. Bila salah satu anggota mati, ahli kumpulan dipercayai berkabung.
→ Bahasa paus pembunuh adalah salah satu yang paling kompleks dalam kerajaan haiwan. Mereka menghasilkan peluit bernada tinggi, panggilan berdenyut, dan suara frekuensi rendah.
Peluit digunakan untuk komunikasi jarak dekat atau komunikasi peribadi, sementara panggilan berdenyut digunakan untuk komunikasi jarak jauh.
Selain berkomunikasi melalui suara, paus pembunuh berkomunikasi melalui sentuhan dan melalui pelbagai gerakan, seperti menepuk-nepuk siripnya.
→ Paus pembunuh tidak memiliki organ untuk menghidu atau bahagian otak yang didedikasikan untuk menghidu sehingga diyakini bahwa mereka tidak dapat mencium bau.
Namun, mereka memiliki indera penglihatan dan pendengaran yang baik. Mereka mampu mendengar lebih baik dari pada anjing dan bahkan kelawar.
→ Mata paus pembunuh memiliki kedudukan yang tidak berbeda jauh dengan mata lumba-lumba lainnya. Dan seperti lumba-lumba lainnya, paus pembunuh tidak boleh sepenuhnya tidur karena mereka harus naik ke permukaan untuk bernapas.
Oleh kerana itulah mereka tidur hanya dengan sebelah mata. Jika mata kiri paus pembunuh terbuka, itu bererti sisi kanan otaknya sudah terjaga dan yang lainnya tertidur, dan sebaliknya.
→ Paus pembunuh dapat ditemukan di semua lautan di dunia, di perairan hangat dan dingin, bahkan di perairan yang membeku.
Bagaimana mereka dari selamat dari kesejukan melampau? Mereka memiliki lapisan lemak tebal di bawah kulit mereka, yang disebut blubber.
→ Meski populasi mereka besar dan tersebar di serata lautan serta tidak ada pemburuan terhadap mereka dalam skala besar, ini tidak menjamin bahwa paus pembunuh tidak akan musnah.
Mereka mudah terserang pencemaran dan populasi mereka juga akan turun jika mereka kesulitan mencari mangsa akibat pencemaran.
→ Paus pembunuh hidup lama, lebih dari 90 tahun. Paus pembunuh betina hidup lebih lama dari pada jantan. Paus pembunuh sering mati karena usia tua atau sakit. Paus pembunuh tertua yang diketahui berumur 103 Tahun
→ Di alam liar, paus pembunuh tidak pernah tercatat sebagai membunuh manusia. Sebaliknya di dalam kurungan, beberapa pelatih dan pegawai taman air laut telah diserang oleh paus pembunuh dan di antaranya terbunuh.
Paus pembunuh bernama Tilikum diketahui telah membunuh tiga pelatih berbeza pada tahun 1991, 1999, dan 2010.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...