Dari pengalaman saya mengikut trip-trip menyandat, berani saya menyatakan bahawa kebanyakan penyandat baru tidak membuat persediaan yang secukupnya terutama dari segi ilmu menyandat sotong sebelum menyertai trip.
Ads
Ada di antaranya yang membawa joran udang dan joran tenggiri untuk menyandat sotong. Tidak kurang juga yang mula terkial-kial belajar menggunakan serek atau koyan yang sering digunakan oleh nelayan-nelayan tempatan.
Satu trip menyandat sotong satu malam melibatkan kos sewaan bot antara RM1000-RM2000. Jika kumpulan trip datang dari Kuala Lumpur, kos perjalanan, penginapan, perbelanjaan makanan dan peralatan tidak mustahil mencecah sehingga RM3000 bagi setiap kumpulan trip menyandat.
Ads
Walau bagaimanapun kos sewaan bot bergantung kepada lokasi dan tidak diseragamkan. Menjelang musim puncak, kos sewaan bot candat meningkat dengan mendadak.
Ads
Bayangkan kos dan masa yang dilaburkan tidak membuahkan hasil yang memuaskan. Sotong yang dibawa balik pun tekong dan awak-awak bot yang tolong candat. Aktiviti menyandat bukanlah sesuatu yang boleh dirancang dengan sambil lewa.
Beberapa faktor seperti pemilihan bot, penyediaan alat dan kelengkapan, pemilihan ahli kumpulan, faktor kesediaan fizikal dan mental, serta pengetahuan menyandat perlu diberi perhatian sebelum sesuatu trip.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing di atas sampan / bot boating fishing tak kiralah bottom atau casting memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Terutamanya jika mahu meneroka lubuk yang lebih berpotensi tidak kiralah di tengah laut, tasik mahupun sungai.
Tetapi harus diingat, biarpun ada kelebihan memancing di atas bot, namun risiko terdedah kepada bahaya juga amat tinggi. Berikut merupakan beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil kira ketika memancing di atas bot:
Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya). Dan pastikan juga jika menggunakan jaket keselamatan berkenaan mampu mengapungkan berat anda, tidak kira jenis jaket keselamatan yang digunakan.
Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Begitu juga jika anda adalah seorang tekong. Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan. Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri.
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam. Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut.
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang. Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya.
Ikan pecah periuk yang terdapat di seluruh perairan Asia Pasifik dan laut Tropika ini gemar menjadikan ‘sampah sarap’ atau sebarang objek/ pokok yang hanyut dibawa arus sebagai tempat perlindungan daripada ikan pemangsa yang lebih besar.
Sejenis ikan yang agak unik kerana gemar berlindung di bawah timbunan tunggul kayu, reba pokok, sampah serta objek yang terapung dan hanyut. Antara objek yang paling digemari ialah reba nipah kerana reba ini terapung lama dan dahan-dahan yang terendam memberi ruang untuk berlindung dari musuh. Ia juga dikesan mendiami kawasan tiang konkrit atau rumah api.
Apa yang menarik sekali, bilangan dan saiz ikan tersebut selalunya bergantung mengikut berapa besar saiz apungan yang telah hanyut. Kebiasaannya semakin besar apungan yang ditemui bermakna semakin besar dan banyak ikan pecah periuk yang menghuni apungan tersebut.
Ikan yang mampu membesar sepanjang 90 cm atau sehingga seberat 18 kg ini mempunyai bentuk rupa seakan-akan ikan tilapia hitam dan amat banyak ditemui terutamanya di perairan kawasan ini.
Kebiasaannya ramai pemancing di sebelah pantai barat terutama sekitar Sungai Besar, Hutan Melintang, Perak membuat `operasi sampah hanyut’ sewaktu air mati. Kumpulan pemancing ini berlegar mencari pangkal nipah atau objek hanyut.
Apabila berjumpa, bot akan mendekati sampah kemudian hanyut bersama dan pada masa yang sama pemancing mula menghulurkan hirisan ikan.
Memancing ikan ini amat mudah sekali. Dengan menggunakan umpan hirisan sotong atau isi ikan, ikan ini akan mudah terperdaya.
Padanan set pancing berkelas ringan seperti rod 10-18Lb dan kekili siri 2000 atau 3000 sesuai digunakan untuk memberi kepuasan maksimum.
Semakin jauh kami bergerak, semakin banyak apungan yang besar ditemui. Semakin banyak ikan pecah periuk berjaya diperoleh.
Kadang kala terdapat juga apungan yang kosong. Berkemungkinan apungan yang kosong ini telah ditemui oleh orang lain terlebih dahulu.
Lebihkan umpan ruat bakau atau perumpun, udang kopek dan udang hidup. Pelbagaikan penggunaan umpan ruat bakau atau perumpun.
Kerana sekiranya udang kopek dan udang hidup tak habis boleh jugak dibuat lauk.
Mata kail sesuai
Gunakan mata kail yang sesuai dengan penggunaan umpan. Jika umpan ruat bakau, perumpun atau udang kopek anda boleh pilih mata kail yang bersaiz kecil seperti matakail Angler lengkung saiz 6, 8 & 10.
Sekiranya berumpan udang hidup anda boleh gunakan mata kail jenama apa sahaja yang bersaiz 1/0 – 3/0 bergantung kepada saiz umpan asalkan tajam.
Umpan killer
Pastikan umpan killer di rakit atau lokasi anda mengebot tersebut. Contohnya ada sesetengah tempat umpan killernya udang kopek dan ada pula yang umpan killernya ruat bakau atau perumpun.
Pelbagaikan penggunaan umpan
Kekadang ikan ni macam kita jugak.Ikot selera nak makan apa.Sebaiknya sediakan ruat bakau atau perumpun,udang kopek, udang hidup dan selayang segar.
Teknik perambut
Belajar dengan otai-otai yang biasa mancing di rakit atau mengebot tentang penggunaan teknik perambut yang sesuai.
Perambut yang kasar keberangkalian untuk menaikkan ikan kurang berbanding perambut halus.
Biasanya kawan guna perambut berkekuatan 20lb jer tapi kalau nak lebih baik guna perambut dupont 10, 12 dan 15lb. Perambut dupont kurang berbelit atau berkerinting.
Jangan kedekut ilmu dan port memancing
Kalau kita kedekut, rezeki pun kedekut dengan kita. Jadilah insan pemurah. Rezeki masing masing dah ditentukan.
Rajin bersedekah
Tak kiralah sedekah apa terutamanya hasil pancing kita kepada orang yang lebih memerlukan. InsyaAllah rezeki kita sentiasa ada dan ditambah.
Salam & Bismillah
Mulakan pancingan anda dengan kalimah Bismillah diikuti memberi salam kepada nabi Allah Khidir penjaga laut dan nabi Allah Sulaiman penjaga binatang termasuklah ikan.
Lepas tu mohon pada Allah mintak murah rezeki semasa memancing dan jangan lupa selawat ke atas Rasul junjungan kita nabi Muhamad SAW.
Info pasang surut
Dapatkan info tentang masa air pasang dan surut dari pemilik rakit atau pemilik bot. Ada sesetengah tempat ikan galak makan ketika air pasang dan kurang galak ketika air surut terutamanya surut laju.
Jadi kurang buang masa dan umpan jika kita mancing pada masa yang tepat.
Apolo
Sediakan appollo bersaiz 9/10/11. Amat berguna ketika ikan gelama rancak menjamah umpan.
Guna apollo letak umpan udang kopek pada mata apollo tersebut dan longgarkan drag. Lepas tu biarkan seketika.Kalau bernasib baik drag berbunyi kompom ikan besar yang makan umpan. Kalau tak, berjuntai gelama lekat pada mata kail apolo.
Check umpan
Rajin-rajinkan diri anda periksa umpan. Kekadang tu tunggu lama tak strike strike. Rupanya umpan dah habis sebab Ikan kecik banyak menghabiskan umpan.
Pemilihan air yang sesuai
Elakkan memancing ketika air bani kerana ketika itu ikan tidak berapa aktif manakala ikan pengacau seperti buntal dan kerong banyak berlegar legar di sekeliling tukun, reba atau karang menghabiskan umpan anda.
Oleh itu pilihlah air yang berarus tak kira air besar atau kecil namun seeloknya air menyorong kecil lebih afdal kerana arus pasang surutnya tidak laju amat sesuai untuk mengendap spesies ikan gred A.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...