Teknik balingan
Sentiasa pastikan di mana kedudukan gewang dan selamat dari terkena rakan sebelum. membuat balingan. Terutamanya teknik overhead cast yang mana anda perlu melihat kalau-kalau ada rakan berada di belakang anda.
Impak balingan
Cuba elak daripada mengamalkan balingan secara henjutan kuat sebagaimana balingan surfcasting kerana akan menghasilkan impak yang besar jika mata tiga gewang tersebut tersangkut pada objek di belakang. Lebih parah jika ada sesiapa yang sedang lalu di belakang.
Sejengkal
Setiap kali membuat balingan, panjang perambut antara hujung cincin dan gewang sebaiknya tidak lebih dari sejengkal atau 6 inci kerana jika terlalu panjang, hayunan gewang itu akan mudah menyentap sesuatu, termasuklah juga telinga atau kepala anda sendiri.
Over limit
Elakkan juga dari melakukan aktiviti casting di atas bot atau sampan dengan kapasiti pemancing melebihi had. Jika saiz sampan sesuai untuk 3 pemancing, maka jangan lebih daripada itu.
Tenang is good
Jangan gelojoh. Gelojoh atau gopoh ketika mahu membuat balingan khususnya apa bila melihat kelibat ikan yang ingin dipancing adalah perkara yang wajib dielakkan kerana banyak insiden berlaku disebabkan olehnya.
Jaket keselamatan
Sentiasa memakai jaket keselamatan kerana banyak insiden yang tak diduga boleh berlaku ketika aktiviti casting di atas bot.
Keselamatan
Banyak kemalangan berlaku ketika menangalkan mata kail dari mulut ikan, jadi berhati -hatilah dan gunalah kelengkapan seperti tanguk, lip grip serta playar.
Keselamatan ekstra
Sebaiknya pakailah cermin mata hitam, topi dan juga sarung tangan. Ia bukanlah untuk anda kelihatan bergaya sebaliknya sebagai pelindung daripada insidem membabitkan mata kail.