Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Tatacara Ambil Gambar Mancing Guna Handset!!

Tatacara Ambil Gambar Mancing Guna Handset!!

 

Menggunakan kamera DSLR dan telefon pastinya banyak beza. Tahap kepuasan pula bukanlah diukur melalui peralatan akan tetapi hasil yang dirakam semestinya menjadikan gambar tersebut lebih berharga.

 

Untuk tip kali ini, bagaimana menghasilkan gambar yang hampir sama dengan penggunaan DSLR tetapi menggunakan kamera telefon. Sememangnya ia ada perbezaan kerana kamera telefon lebih auto daripada manual seperti setting shutterspeed dan aperture.

 

Tatacara Ambil Gambar Mancing Guna Handset!!

 

Guna Elemen Fokus

 

Ketika anda ingin mengambil gambar, klik pada ikon kamera. Kemudian akan tertera kotak [ ] seperti ini. Anda hendaklah fokus dengan tepat gambar yang ingin diambil. Elakkan penggunaan zoom melebihi empat kali kerana gambar boleh jadi blur walaupun beresolusi tinggi.

 

Sebelum tekan butang kamera di tengah, pastikan anda semak dahulu sudut pencahayaan gambar tersebut. Anda juga boleh selaraskan setting mengikut kesesuaian mode dengan menggunakan butang setting.

 

Terdapat pelbagai pilihan shooting mode contohnya seperti single shot, panorama, smile shot dan sebagainya.

IKLAN

 

Penggunaan Effect

 

Ada juga kamera telefon disertakan sekali setting effect. Ia bertujuan untuk menukarkan warna gambar menjadi warna sephia, black and white atau negative secara terus tanpa perlu membuat editing menggunakan sebarang software di komputer.

 

Tatacara Ambil Gambar Mancing Guna Handset!!

 

Penggunaan Scene Mode

IKLAN

 

Sekiranya anda lebih mahukan teknik lebih pantas, penggunaan scene mode akan menolong anda mengambil gambar mengikut kesesuaian suasana sama seperti menggunakan auto scene mode pada kamera DSLR. Antara scene mode yang sedia ada ialah landscape, sport, party / indoor, beach, sunset, autumm color, candlelight, firework, backlight, night dan sebagainya.

 

Sekiranya pergerakan ikan terlalu pantas dan anda ingin merakan gambar ikan tersebut setelah berjaya ditangkap, anda boleh menggunakan scene mode sport kerana ia akan ‘matikan’ pergerakan ikan tersebut dan gambar jadi tidak blur.

 

Elak Guna Kamera Hadapan

 

Setiap kamera mempunyai ‘kamera kedua’ di bahagian hadapan permukaan telefon. Kebiasaannya, kamera tersebut digunakan untuk tujuan selfie atau swafoto. Untuk mengambil gambar ketika memancing, elakkan menggunakannya kerana ia akan menyebabkan gambar jadi blur kerana kamera ini mempunyai resolusi rendah dan kualiti gambar yang dihasilkan lebih rendah.

IKLAN

 

Tatacara Ambil Gambar Mancing Guna Handset!!

 

Jangan Zoom Sebelum Mengambil Gambar

Ini adalah kerana gambar akan menjadi lebih noise dan blur. Anda boleh pergi menghampiri objek atau anda tangkap dahulu gambar tersebut, kemudian zoom dan crop seperti yang anda mahukan.

 

Gunakan Ia Seperti Kamera Dslr

 

Anda boleh jadi lebih kreatif mengambil gambar menggunakan pelbagai teknik seperti kamera DSLR. Teknik depth of field, composition, rule of third, bokeh, sillhouette dan sebagainya dan cuba bandingkan gambar menggunakan kamera DSLR dan kamera telefon, pasti berbeza.

 

Tip Tambahan

 

Sebelum mengambil gambar, elok periksa lensa kamera telefon anda adakah ia betul-betul bersih dari sebarang habuk, kesan minyak, calar, cap jari supaya gambar yang dihasilkan tidak rosak!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI