Seorang pemancing otai mendakwa, mereka pasti akan keluar ke laut untuk memburu eron setiap kali menjelangnya Moon Cake Festival yang jatuh pada setiap 15 hari bulan 8. Lazimnya pada tarikh itu keadaan laut di sana amat tenang, bulan mengambang dengan cuaca yang cukup baik.

 

Menurut mereka, pada hari itu seakan hari keluarga eron di mana ikan-ikan gelama monster ini akan berkumpul dengan banyaknya di kapal-kapal karam untuk mengawan. Semasa mengawan, bunyi lazimnya yang dikeluarkan oleh keluarga gelama ini apabila didaratkan akan kedengaran. Dikatakan, bunyi tersebut mampu didengari sehingga keluar dari permukaan air.

 

Tarikh Terbaik Memancing Eron!!

 

Memang benar air dapat menyekat gelombang bunyi tetapi jika bunyi itu kuat dan lantang, ia mampu melepasi permukaan air. Anda boleh bayangkan sendiri betapa kuatnya bunyi bising yang mampu dijana oleh eron. Boleh berderau darah dibuatnya bila tengah-tengah malam buta terdengar bunyi yang pelik-pelik di tengah laut.

Ads

 

Paloh? Apa yang dimaksudkan dengan paloh? Ia adalah lubuk yang dasarnya lapang tidak ubah seperti gurun. Tiada kapal karam, tiada terumbu karang atau sebarang struktur yang ketara. Dasaran lapang bukanlah tidak berpotensi sebagaimana kita sangkakan, ia juga ada struktur tetapi bersifat maya.

 

Tarikh Terbaik Memancing Eron!!

Ads

 

Struktur maya ini terjadi akibat aliran arus laut yang lama kelamaan menjadi seperti alur longkang. Longkang ini umpama satu saluran makanan, di mana semua makanan akan mengalir dan terkumpul di sini. Longkang seperti ini tentu akan menarik perhatian ikan-ikan besar datang. Sudah tentu eron pun turut sama.

 

Eron di sini akan mula mencari makan semasa air pasang pada waktu malam. Lebih mengagumkan, eron di sini bukannya datang seekor, sebaliknya berkumpulan. Jadi apabila anda dah dapat tewaskan seekor, maka malam itu anda berpeluang untuk bergasak dan kenduri eron. Tetapi jika ingin mendapat lebih dari seekor, anda perlu mematuhi syarat itu iaitu senyap.

Ads

 

Malam menjelang, bot tidak dibenarkan menyalakan lampu, pemancing hanya perlu menunggu kemunculan mangsa. Apabila eron merentap umpan, pemancing hendaklah berlawan dengan cara perlahan saja.

 

Tarikh Terbaik Memancing Eron!!

 

Apabila mangsa ditewaskan, anda juga tidak boleh terus mengangkatnya naik ke atas bot, sebaliknya mestilah gunakan tangguk dan tinggalkan ia di dalam tangguk yang direndam ke dalam air. Ini bertujuan mengelak ia dari bergelut di atas dek bot dan membuat bising. Jika ingin mengangkatnya naik, anda perlu tunggu sehingga selesai memancing. Bunyi bising adalah pantang larang semasa memancing eron.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI