Trip kami kali ini di kampung Belawai, Sarawak yang terletak kira kira 80 km dari bandar Sibu. Trip kali ini diikuti sahabat saya Bandin dan Nelson dan saya sendiri yang menjadi tekong kepada sahabat saya ini. Tepat jam 4.00 pagi kami bertolak dari bandar Sibu menuju ke destinasi Kampung Belawai yang terkenal dengan hasil lautnya. Trip kami kali ini ingin mencari sang raja muara iaitu spesies ikan siakap idaman para kaki pancing semua.
Tepat jam 7.00 pagi kami sampai di jeti dan menuju ke muara yang memakan masa dalam masa setengah jam dari kampung Belawai. Persiapan barang dalam bot sudah cukup barulah kami meneruskan perjalanan kami.
Keadaan air masa itu agak keruh disebabkan hujan dan amat tipis untuk memperoleh strike yang diidamkan namun kami tetap mencuba manalah tahu nasib kami pada hari itu tidak sekeruh warna air sungai.
Setibanya kami di kawasan muara, kami mula memulakan teknik casting yang menggunakan lure Xdeep yang mempunyai kedalaman selaman 12 meter dari dasar muara sungai. Keadaan pada masa itu hujan turun dengan lebat dan kami terpaksa berhenti untuk memancing disebabkan angin dan hujan terlalu kuat. Namun setelah hujan reda kami meneruskan lagi sesi pancingan kami. Kami tidak pernah berputus asa.
Setelah mencuba membaling umpan di celah-celah pokok kayu mati namun belum lagi beroleh strike. Tidak lama selepas itu sahabat saya Nelson Eddy strike ikan sumpit menggunakan teknik casting. Walaupun kecil tapi dia tetap berpuas hati setelah strike.
Dalam keadaan air yang sangat keruh kami pun mencuba teknik trolling ternyata berkesan hasil kami pada hari itu berjaya menaikkan si talang. Kami fikirkan si siakap rupa-rupanya talang yang menghentam gewang sahabat saya si Bandin. Bandin berjaya menaikan talang seberat 2 kg lebih.
Kami semua berpuas hati ada hari itu. Siapa sangka rezeki itu pasti ada jika dah tertulis itulah hasilnya. Yang penting jangan mudah mengalah. Dengan gaya tersendiri sahabat saya Bandin boleh tidur dengan lena pada hari itu. Terima kasih majalah umpan sudi berkongsi pengalaman dengan kami salam satu dunia hanyir dari kami.
Oleh: Pashaa oo RimbarraAngler
Sebarang pertanyaan: 0124264440