Apakah yang sesuai untuk memperdayakan seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis. Malah celahan bibirnya pula hadir barisan gigi tajam yang mampu memotong tangsi atau perambut dengan mudah.
Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuka selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air? Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.
Ikan barat bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadiranya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.
Ads
Bagaimanapun sekiranya kehadiran ikan ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa bosan menunggu sentapan atau getuan ikan sasaran utama, maka ada baiknya jika kita tambahkan sedikit ilmu untuk menjinakkannya.
Masa terluang di laut dapat digunakan sepenuhnya dengan aksi dan keseronokan melayan ikan leper dan mampu memberi tentangan pada setiap kali umpan dirembat.
Ads
Cara terbaik adalah penggunaan teknik apollo dengan 3 atau 4 mata kail halus sebesar mata udang nombor 9 atau 10.
Pilihan mata kail sebaiknya jenis teras panjang atau long shank di mana ia dapat memberi kelebihan kepada pemancing mengelakkan tangsi putus digigit ikan.
Mata kail O’shauneshy berteras panjang mengurangkan risiko dedahan tangsi terus kepada kesan gigitan ikan terutama kerana apitan gigi tajamnya.
Ads
Setelah saiz mata dipilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah. Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan.
Perambut utama sesuai sama ada 30lb atau 40lb dapat mengurangkan kebarangkalian perambut berpintal antara satu sama lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Semua pemancing mahu dapat ikan apabila pergi memancing. Untuk memperolehi hasil memancing yang memuaskan hati di kelong, anda perlulah banyak kali memancing di sesebuah kelong tersebut.
Anda juga boleh bertanya pada petugas kelong. Namun, sekiranya anda tidak berpeluang berbuat demikian, apa kata anda ikut saja saranan yang kami sediakan ini berdasarkan pengalaman kami.
Umpan
Untuk memburu spesies pemangsa yang keluar masuk ke kawasan kelong, sebaiknya gunalah umpan hidup yang boleh diperoleh di kawasan kelong. Cubalah dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar atau sotong.
Udang hidup juga berkesan di sini namun ia lebih bagus untuk pancingan pada waktu siang. Pada waktu malam, sambutan terhadap udang agak kurang. Sementara umpan udang mati mati atau udang kopek boleh digunakan sepanjang tempoh memancing bagi mencari spesies ikan berlainan.
Waktu & Teknik
Waktu terbaik untuk memancing ialah ketika adanya arus sama ada ketika air pasang besar atau pasang kecil. Perubahan air pada waktu inilah yang banyak merekodkan tangkapan yang memuaskan hati.
Apollo dan candat udang wajib bawa. Apollo saiz kecil (nombor 4-6) untuk mencari umpan apollo saiz sederhana (nombor 10-12) untuk mencari selar dan cencaru bersaiz kasar. Kami memilih apollo yang dilekatkan anak udang getah kecil pada mata kail apollo yang terbukti lebih berkesan.
Teknik pancingan yang berkesan adalah dasar berhanyut dan flying fox menggunakan umpan hidup. Sementara teknik apollo dasar dengan hirisan tamban segar juga amat berkesan.
Jika dilihat saiz lazim yang ditangkap atau dipancing, kombinasi peralatan berkekuatan 20lb sesuai dan banyak digunakan. Tambahan pula tangsi halus atau tali sulam boleh membantu kita mengurangkan pemberat yang bakal digunakan. Malah peralatan yang sama seperti mana memancing ikan muara boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Sesuai dengan ini peralatan sederhana cukup memberi kepuasan dan kesempurnaan etika memancing supaya getaran di otot lengan dan perlawanan menjadi lebih seimbang. Usah khuatir ikan ini tidak bijak mencari perlindungan, ia gemar bertahan dengan bantuan badannya yang leper serta pecutan di awal larian.
Biasanya ia hanya dikesan meragut umpan sebaik sahaja kail di karau. Masa ini kita akan terasa objek berat, kemudian melayang-layang hingga permukaan. Joran kekuatan 20lb hingga 30lb memudahkan kita mengepam pari ini semasa ia cuba memekap di permukaan dasar.
Hanya ketika ini sahaja kekuatan joran perlu digunakan den selebihnya skill pemancing. Perambut 20lb hingga 30lb menjadi pilihan saya. Mata kail jangan terlalu besar memandangkan ikan ini bukanlah spesies yang bermulut luas.
Umpan untuk memancing pari nyiru tidaklah begitu sukar kerana sebagai pemangsa dasar ini gemarkan perumpun, udang, hirisan ‘kaki’ sotong kurita dan hirisan ikan memanjang sebesar jari kanak-kanak.
Udang yang dimaksudkan ialah bersaiz kecil dan kalau hidup lagi cepat sambaran. Udang terlalu besar seperti saiz kolam komersial tidak sesuai kerana kesukaran untuk pari menelan mangsa sekali gus.
Bagi pancingan air masin, umpan udang hidup sememangnya menjadi antara pilihan utama bagi kaki pancing. Namun begitu, sesebuah trip pancing itu akan menjadi musibah besar apabila umpan udang hidup yang dibawa semuanya mati begitu sahaja.
Pastinya ini akan mengganggu mental kaki pancing yang bersusah payah mendapatkan umpan udang hidup ini. Oleh sebab itu, kami ingin berkongsi beberapa tip berguna untuk memastikan umpan udang yang dibawa bertahan lama terutama bagi trip yang jauh dan memakan masa beberapa hari. Semoga bermanfaat untuk anda semua!
Cuba masukkan daun hijau yang tak bergetah di dalam bekas udang seperti pelepah kelapa atau dedaun yang tumbuh di tepi pantai. Daun itu akan mengurangkan udang hidup berlaga sesama sendiri dan suhu air tidak akan cepat panas.
Gunakan kotak foam putih untuk simpan udang hidup khususnya bagi perjalanan jauh atau untuk simpan semalaman. Ini kerana kotak putih luas dan suhu air tidak akan naik. Kotak foam juga lembut tidak mencederakan udang jika berlaga.
Ketulan ais perlu dibungkus dalam plastik dan diikat mati sebelum dimasukkan dalam bekas (dan perlu rajin tukar). Peranan ais juga untuk kurangkan air drpd berbau busuk, maka kadar kematian udang akan kurang.
Pam udara adalah satu kemestian. Jadi pastikan pam udara sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai bekalan bateri yang mencukupi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...