Ikan sepat Siam (trichogaster pectoralis) merupakan sejenis ikan air tawar dari keluarga Osphronomidae yang terdapat di negara kita dan beberpa negara tropika lain di seluruh dunia.

Ikan ini merupakan ikan darat paling popular dijadikan hidangan bagi masyarakat di negara seperti Thailand, Kemboja, Myanmar, Indonesia dan termasuklah juga Malaysia.

Ada kalanya ketika berjalan menyusuri pinggir tali air, paya atau lombong tinggal yang dipenuhi pokok kiambang, kangkung air, terlihat kudap ikan di permukaan air begitu rancak.

Setelah diteliti, kudap berkenaan berkenaan milik ikan sepat. Bagi yang pernah merasai keenakan ikan ini sama ada goreng, pekasam atau dijadikan ikan wadik mesti akan terangsang untuk mendapatkannya.

Tapi bagaimana caranya?

 

Ikan sepat Siam sebenarnya boleh dipancing. Mereka yang tidak tahu mengandaikan dengan cara menjala, menahan lukah atau bubu, memasang pukat atau menimba air di lopak yang mana ikan ini berada dan mengutipnya dan bukannya dengan cara memancing.

Bagaimana mahu memancingnya? Perkara berikut di bawah amat mustahak disediakan terlebih dahulu jika anda ingin memancing ikan ini.

Ads

 

JORAN

 

Untuk memancing sepat Siam, joran teleskopik (pole rod) 9-15 kaki diperlukan. Lebih panjang joran teleskopik lebih bagus. Ini kerana ada kalanya kumpulan ikan sepat Siam akan timbul jauh daripada kedudukan yang anda boleh capai.

 

MATA KAIL

Ads

 

Untuk keberkesanan memancing sepat, tidak semua mata kail bersaiz kecil sesuai untuk digunakan.

Mata kail udang galah juga bukanlah mata kail terbaik untuk memancing sepat Siam yang bermulut kecil. Sebaiknya pilihlah mata kail berteras halus, kecil, ringan tetapi tajam dan kukuh.

TALI

 

Tali utama boleh gunakan tali sulam 2-6 lb atau boleh juga tali tangsi 4-6 lb yang berdiameter kecil. Namun penggunaan tali sulam adalah lebih bagus.

Ads

 

UMPAN

 

Terdapat beberapa jenis umpan yang boleh digunakan seperti cacing merah atau cacing pokok pisang (halus) dan lumut. Boleh juga menggunakan dedak yang dibancuh liat dan digentel pada mata kail.

 

DEDAK AYAM

 

Dedak ayam bertujuran untuk menarik kawanan ikan sepat agak berkumpul di suatu tempat untuk dipancing. Caranya taburkan sebelum memancing, taburkan dahulu dedak di kawasan ikan sepat berkumpul.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI