Melihat dari sudut pancingan, si bantal emas atau John’s snapper ini mungkin merupakan spesies ikan snapper yang paling digemari di kalangan kaki pancing. Atribut atau nilai utama tentunya pada nilai rasanya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan jenahak merupakan antara spesies ikan paling sedap jika dikira di kalangan spesies ikan estuari.

 

Begitu pun, sesuai dengan statusnya sebagai tertiary consumer, pemangsa kepada pemangsa ini masih merupakan spesies ikan yang agresif dan agak licik. Agresif di sini merujuk kepada naluri jenahak sebagai ikan pemburu hendap.

 

Jenahak mampu memberikan kesulitan kepada pemancing pada awal pertarungan terutama sejurus menerkam umpan. Pertarungan yang agresif biasanya dalam tempoh yang singkat sebelum darjah kesulitan dan cabaran pertarungan bertukar daripada naluri pemangsa yang agresif kepada pertarungan kelicikan.

 

Taktik & Teknik Pancingan Jenahak

 

Apabila menyedari pertaruhan tenaganya pada awal pertarungan gagal, jenahak akan menukar strategi kepada bertahan di sebalik struktur atau karang yang ada. Ketika ini, objektif utamanya tidak lagi untuk menghauskan stamina pemancing, sebaliknya tertumpu kepada stamina dan keupayaan tali pancing yang digunakan. Jika pemancing berjaya mengekang kedua-dua darjah pertarungan ini, maka nikmat kepuasan pastinya hadir setelah ‘emas lautan’ ini dapat dicungkil.

 

Di Malaysia, juvenil atau sering kita gelar tetanda boleh ditemui di kawasan muara sebelum spesies ini bermigrasi ke lautan apabila dewasa. Jenahak dewasa juga boleh ditemui di kawasan berhampiran muara disebabkan untuk mengawan.

 

Taktik & Teknik Pancingan Jenahak

Ads

 

Saiz sebiji bantal dengan berat antara 1 kg hingga 6 kg merupakan saiz yang banyak dipancing oleh pemancing tempatan. Biasanya jenahak sebegini mudah dipancing di kawasan kedalaman lebih 30 kaki atau lebih dengan dipenuhi struktur karang, kapal karam, tukun dan sebarang bentuk struktur yang lain.

 

Jenahak biasanya ditemui berkumpulan dalam habitat yang disebutkan tadi. Jika pemancing menemui lubuk jenahak, pesta jenahak akan dimulakan namun perlu diingatkan, jika seekor jenahak terlepas atau terlucut ketika dipancing, jenahak lain di lubuk yang sama akan menjadi culas dan berhenti memakan umpan seterusnya.

 

TEKNIK PANCINGAN DAN UMPAN

 

Di Malaysia, terdapat dua aplikasi teknik pancingan jenahak yang terkenal dan terbukti berkesan untuk memburu spesies bernilai tinggi ini. Aplikasi teknik pancingan yang pertama ialah teknik pancingan dasar dengan menggunakan umpan hidup atau umpan mati.

 

Ads

Taktik & Teknik Pancingan Jenahak

 

Teknik pancingan dasar ini boleh dikatakan teknik tradisi memancing jenahak dan telah diaplikasikan sejak sekian lama. Tanyalah mana-mana pemancing yang old-timer di Malaysia, pasti akan  memberikan jawapan yang sama. Aplikasi pancingan dasar terbukti berkesan kerana sifat ikan jenahak sebagai ikan yang gemar berlindung di struktur habitatnya dan akan membuat serangan hendap jika ada mangsa yang melintasi kawasan tempat hendapannya.

 

Kekuatan set pancing pula antara set sederhana hingga berat bergantung kepada lapangan pancing dan arus. Biasanya bantuan ‘bangla’ akan direkrut untuk pancingan di kawasan yang kedalaman lebih 30 kaki. Kekuatan perambut sekitar 50lb hingga 80lb sudah memadai dengan kepanjangan perambut sekitar 2 meter.

 

Umpan hidup dan umpan mati merupakan pilihan untuk teknik dasar. Umpan sotong hidup seperti cumit dan sotong kurita dikatakan umpan terbaik untuk memikat John’s snapper yang bersaiz besar. Udang hidup pula mampu menaikkan jenahak pelbagai saiz malah jika ada modal lebih, anda boleh mencuba udang lipan.

 

Ads

Taktik & Teknik Pancingan Jenahak

 

Selain itu, tamban dan umpun-umpun juga mampu menaikkan spesies ini bergantung kepada teknik pancingan anda. Walaupun masa bagi spesies jenahak memburu mangsanya ialah sepanjang hari, namun teknik dasar pancingan jenahak lebih sinonim pada waktu malam.

 

Malah sering kali jenahak bersaiz besar acapkali dinaikkan pada lewat malam atau awal pagi. Begitu pun, sesekali dan sesetengah kawasan terdapat juga jenahak yang berjaya dipancing disiang hari. Di sinilah aplikasi teknik pancingan kedua menjadi alternatif kepada pemancing yang ingin memburu jenahak.

 

Aplikasi teknik kedua pula menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan iaitu mengunjun besi atau jigging. Teknik slow pitch atau slow jigging ternyata begitu praktikal memikat jenahak pada siang hari. Malah, teknik slow pitch menjadi kegilaan terbaru kepada pemancing jenahak tempatan sejak kebelakangan ini.

 

Dengan berat jig khusus untuk slow pitch bergantung kepada arus lapangan pancing, unjunan perlahan di kawasan berstruktur tidak dinafikan mampu menaikkan jenahak bersaiz gadang @ bantal. Teknik slow pitch boleh diaplikasikan dalam persekitaran kedalaman air antara 20 kaki hingga 30 kaki dengan set pancing sederhana (PE2- PE3, Jig 180-250 gram). Cuma perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah spot untuk melabuhkan jig perlu betul-betul di kawasan lubuk yang mempunyai ‘emas hidup’ ini.

 

Taktik & Teknik Pancingan Jenahak

 

Jika bernasib baik mendapat sambaran, kepuasannya memang secukup rasa. Apa tidaknya, bayangkan sekelip mata ketika syok mengunjun, ‘sapppp’ rod melentuk dan jig anda diragut. Fuhh, menjerit drag bak hang!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI