Taktik & Teknik Pancing Pari Tanjung!!

Share

 

Ikan pari berbadan nipis dan berwarna gelap ini tidak begitu terpengaruh dengan kelajuan arus setempat.

Beting kegemarannya sekitar 20 kaki dalam dikelilingi paluh air sedalam 30 hingga 60 kaki. Ia juga dikesan berada di kawasan tebing paluh landai.

 

 

Jika dilihat saiz lazim yang ditangkap atau pancing, kombinasi peralatan berkekuatan 20lb sesuai dan banyak digunakan.

Tambahan pula tangsi halus boleh membantu kita mengurangkan pemberat yang bakal digunakan.

Malah peralatan yang sama seperti mana memancing ikan muara boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Sesuai dengan ini peralatan sederhana cukup memberi kepuasan dan kesempurnaan ketika memancing supaya getaran pada otot lengan dan perlawanan menjadi lebih seimbang.

Usah khuatir ikan ini tidak bijak mencari perlindungan, ia gemar bertahan dengan bantuan badannya yang leper serta pecutan pada awal larian.

 

 

Biasanya ia hanya dikesan meragut umpan sebaik sahaja kail dikarau. Masa ini kita akan terasa objek berat, kemudian melayang-layang hingga permukaan.

Joran kekuatan 20 paun hingga 30 paun memudahkan kita mengepam pari ini semasa ia cuba memerap di permukaan dasar.

Hanya ketika ini sahaja kekuatan joran perlu digunakan dan selebihnya skil pemancing.

 

Perambut 20lb hingga 30lb menjadi pilihan saya. Mata kail jangan terlalu besar memandangkan ikan ini bukanlah spesies yang bermulut luas.

 

Umpan memancing pari ini tidak begitu sukar kerana sebagai kebanyakan pemangsa dasar, ia gemarkan perumpun, udang, hirisan janggut sotong kurita dan hirisan ikan memanjang sebesar jari kelingking orang dewasa.

 

 

Udang yang dimaksudkan ialah bersaiz kecil dan kalau hidup lagi cepat sambaran. Udang terlalu besar seperti saiz kolam kemersial tidak sesuai kerana kesukaran untuk pari menelan mangsa sekaligus.

 

Published by
Amang