Walaupun fizikal mulut ikan gerong belang merupakan jenis bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, gerong belang akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.
Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancingyang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.
Ads
Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur.
Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang.
Ads
Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.
Ads
Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektik untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong.
Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Antara keistimewaan belangkas sudah tentu terletak pada telurnya. Selain dijadikan juadah masakan, telur belangkas juga merupakan umpan yang mujarab untuk memancing spesies bermisai seperti sembilang, duri atau belukang.
Di sini, kami memperlihatkan tatacara mengambil telur belangkas dari cengkerang dan cara-cara memasangnya pada mata kail.
LANGKAH 1
Proses mengambil telur belangkas perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati. Lendir atau urat dari telur ni kena ambil sekali.
Jangan ambik telur je. Manti susah nak cangkuk kat mata kail.
LANGKAH 2
Inilah rupa telur belangkas beserta urat dan lendir yang telah berjaya dikeluarkan dari cengkerangnya.
LANGKAH 3
Ambil urat dan lendir yang disaluti telur tu dan cangkuk pada mata kail seperti biasa.
Cangkuk macam kita guna umpan hirisan ikan atau sotong.
LANGKAH 4
Cangkuk sampai umpan menutupi mata kail tetapi pastikan point mata kail itu tercucuk keluar dari umpan supaya mudah tercangkuk pada mulut ikan.
LANGKAH 5
Inilah rupa yang dah siap. Tapi kalau nak elak umpan ni tercabut semasa proses melontar, korang disarankan ikat umpan ni dengan benang elastik atau tali benang biasa.
Jadi, kalau terbaling kuat tu taklah bersepai umpan korang.
Ada banyak cara untuk menghasilkan assist hook atau set mata kail untuk teknik jigging terutama untuk kaedah fast jigging. Berikut merupakan perkongsian salah satu caranya. Ia sangat mudah untuk dihasilkan dan yang paling penting dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk memancing yang semakin meningkat.
Aksesori Keperluan:
Kevlar
Jig
Jigging hook
Split ring
Solid ring (satu atau dua lubang)
TUTORIAL 1
Pasangkan split ring dan solid ring pada cincin jig.
TUTORIAL 2
Masukkan tali kevlar ke dalam solid ring.
TUTORIAL 3
Lilitkan sekali lagi hujung tali ke dalam solid ring.
TUTORIAL 4
Biarkan satu lingkaran terhasil dan tali hujung tali ke tali kevlar utama.
TUTORIAL 5
Buatkan satu lilitan pada tali utama.
TUTORIAL 6
Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.
TUTORIAL 7
Tarik dan ketatkan tali utama sehingga satu ikatan kemas terhasil.
TUTORIAL 8
Buangkan lebihan hujung tali dan potong tali sepadan dengan badan jig.
TUTORIAL 9
Masukkan mata kail dan buatlah ikatan mata kail yang korang biasa digunakan.
TUTORIAL 10
Assist hook yang ringkas, mudah dan cepat untuk disiapkan.
Bila masuk musim tengkujuh ni ada beberapa aktiviti memancing yang perlu ditangguhkan. Salah satu daripadanya ialah pancingan sungai pegunungan seperti trekking di sungai hutan banat mencari kelah atau tengas.
Aktiviti ini perlu ditangguhkan dari bulan November hinggalah tamat musim monsun pada bulan Februari. Ini sebab-sebabnya kenapa aktiviti ini perlu ditangguhkan dulu.
Bayangkan… pada musim biasa air cuma paras lutut. Pada musim ini air naik hingga paras dada malah hapus kepala pun ada. Untuk sampai ke lokasi kena melintas 3-4 kali sungai. Ini kerja bahaya tuan-tuan… bahaya betul.
Bila-bila masa saja boleh berlaku fenomena kepala air. Dengan hujan berterusan potensi turun kepala air sangat tinggi. Kita mancing ni kadang-kadang jadi ralit… tak sedar langsung perubahan air. Sekali dia turun memang tak sempat nak buat apa-apa dah.
Bila air besar ni ikan main merata tempat… tak duduk lepak dalam lubuk biasa tu. Kalau waktu biasa tabur umpan penuh ikan kerumun… musim hujan nak jangan mimpi la nak dapat tengok perkara tu lagi. Tak meriah langsung jadinya.
Pada musim hujan lubuk akan jadi clear dari timbunan daun yang dihanyutkan kepala air atau curahan air hujan lebat. Maka tak ada lagi kawasan permainan ikan-ikan ni. Tak tahulah ikan-ikan ni main kat mana pulak.
Aktiviti casting akan terbantut. Kalau waktu biasa bolehlah redah ke hulu atau turun ke hilir tapi musim hujan ni boleh casting dekat campsite je. Nak gerak redah sungai dah tak berani… air laju gila!
Potensi kena hypotermia sangat tinggi. Bayangkan… beg semua basah, pakaian lembab lepas tu pastu hujan turun lagi. Dia punya sejuk tak payah cerita la. Nak buat unggun api? Mana nak cari kayu api yang kering?
Kesimpulannya ia adalah isu keselamatan sebab nyawa tak ada dijual kat mana-mana. Mancing tu mancing jugak… tapi ingat jugak orang kat rumah tu. Rehat la dulu sementara musim tengkujuh ni… takkkan lari lubuk dikejar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...