Sebagai ikan pelagik, pisang-pisang memburu di permukaan dan pertengahan air. Cara terbaik untuk memancing ikan ini ialah dengan menghanyutkan umpan tanpa pemberat atau dengan pemberat kecil sekadar menenggelamkan umpan di pertengahan air.
Disebabkan ia adalah spesies tidak merbahaya atau bergigi tajam, tidak perlu risau untuk pakai leader mono sahaja sebagai perambut utama.
Tali perambut mono biasa boleh digunakan dan disyorkan antara 30lb hingga 50lb. Tanpa perambut dawai kecuali lokasi tersebut turut dihadiri alu-alu mahupun tenggiri.
Bibir tebalnya tidak terdaya untuk memotong perambut mono. Mata kail perlu keras, kuat dan tajam untuk menusuk kukuh dalam mulutnya agar ia tidak terbuka apabila ikan ini meronta dengan kuat.
Mata kail sesuai bersaiz 2/0 hingga 4/0, untuk memudahkan lebih sesuai guna suicide hook kerana 95% strike berlaku pada bahagian bibir ikan sahaja. Jika hendak lepaskan kembali ia ke habitat asal kadar hidupnya lebih tinggi.
Pengamatan saya ikan pisang-pisang bukan spesies culas dan bijak menilai mangsa. Ia akan membaham sahaja sama ada perambut mono atau dawai tanpa mengira jumlah mata kail yang terpacak pada umpan.
Umpan terbaik selain anak ikan hidup ialah sotong hidup atau mati dan ikan mati. Hirisan ikan kurang sesuai kerana ia gemar umpan seekor sesuai dengan teknik hanyut yang diamalkan.
Malah ia juga tidak memilih bulu apabila kami hulurkan umpan sotong pasar yang dah tak nampak rupa dan warna macam sotong pun ditibainya dengan berselera.
Itu biasanya berlaku waktu memuncak ia bernafsu dengan makanan. Jika tidak kena pada masa ia galak dengan umpan, kita hanya dapat pancing dengan mata sahaja setiap kali ia melewati tepian bot sambil buat style lembu kenyang atau datang cium je umpan tersebut.
Bagi saya mengunakan peralatan ringan dan sederhana ringan dengan kekuatan tali 10lb hingga 20lb cukup memadai dan seronok jika anda bersifat kesukanan.
Namun begitu banyak yang dipancing di negara kita melalui peralatan kelas menengah maupun aksi berat.
Ini adalah disebabkan lokasi biasanya dikunjungi oleh kaki pancing laut dalam. Kalau mengunjungi laut dalam, pelantar minyak ataupun Tukun Perak, takkan nak bawa set tambahan light gear bagi mengurangkan kesesakan ruang di atas bot.
Jika dikaji, ikan berkelompok ini mendiami kawasan terbuka atau berstruktur sama ada kapal karam, unjam tengah laut, tiang maupun kawasan yang dipenuhi anak ikan pelagik yang menjadi sumber makanannya.
Sifatnya mendiami kawasan di bawah permukaan air hingga 100meter adalah sukar untuk ia mengunakan bantuan batu karang di dasar untuk mempedayakan pemancing.
Andainya jika laut terbuka maka lebih seronok bertarung dengannya mengunakan peralatan ringan.
Yang penting kombinasi peralatan yang diguna pakai mestilah berpadanan dengan saiz ikan yang diburu.
Baca juga tip & trik jigging
Salah satu ciri utama yang perlu ada pada peralatan yang anda gunakan ialah kelancaran spool bagi membenarkan tali meluru keluar pada peringkat permulaan.
Banyak pemancing laut dalam tidak memperdulikan washer brek pada spool menyebabkan setengahnya tidak beroperasi dengan lancar.
Secara peribadi saya syorkan guna spinning reel kerana senang umpan dilontarkan ke sasaran.
Selain teknik pancingan konvensional, pisang-pisang juga boleh dengan menggunakan umpan tiruan. Sama ada melalui teknik casting atau jigging, method pancingan moden ini lebih mengasyikan.
Apa pendapat anda? Jom komen & share. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan