Sebagaimana yang diketahui roti sandwic sememangnya merupakan makanan ikan. Ia boleh digunakan secara terus sebagai umpan namun untuk mempercepatkan proses ikan memakan roti tersebut, ia perlu diproses dengan memperisakannya dan dipersembahkan dengan taktik & teknik yang betul.

 

LANGKAH 1

Antara roti sandwic yang biasa digunakan. Sebaiknya pilihlah roti yang tidak padat dan boleh terapung dengan baik.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 2

Potong kulit bahagian tepi sekeliling roti terlebih dahulu kemudian potong secara menegak menjadi 3-4 bahagian atau kepingan. Lakukan pada kesemua roti di dalam bungkusan.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 3

Setiap kepingan itu kemudiannya dipotong lagi kepada 3-4 bahagian. Dari sekeping roti lazimnya kita akan memperoleh 3-12 ketulan roti dadu. Roti dadu ini kemudiannya barulah dicampurkan dengan perisa umpan yang diingini.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

Ads

LANGKAH 4

Ambil roti dadu tersebut dan cangkukkan pada mata kail dan ditembuskan pada perambut kira-kira 3-5 kepingan. Manakala 2 kepingan lagi dicangkukkan pada mata kail.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 5

Apabila sudah mencangkukkan roti dadu pada kedua-dua perambut, gabungkan ia di tapak tangan kemudiannya ditekan dengan jari untuk menjadi rapat (jangan tekan terlalu kuat).

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 6

Ads

Pastikan roti yang dipanggil inti ini tidak ditekan atau genggam dengan terlalu kuat. Memadai bagi ia dikepal dan tercangkuk dengan baik pada mata kail sahaja.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 7

Hasil kepalan yang sempurna akan kelihatan seperti ini.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 8

Ads

Kemudian ambil sebahagian roti dadu lainnya dan letakkan di tapak tangan seperti dalam gambar.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 9

Letakkan bahagian inti yang telah dikepal ke atas roti dadu atas tapak tangan. Pastikan perambut mata kail berada agak dalam sebagaimana ditunjukkan di dalam gambar.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 10

Kemudian letakkan lebihan roti dadu bagi mengutup bahagian inti yang telah diletakkan tadi.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

 

LANGKAH 11

Langkah terakhir, kepalkan semuanya hingga menjadi seperti ini. Pastikan kepalan yang dilakukan tidak terlalu kuat dan sekadar kesemua roti dadu melekat antara satu sama lain dan tidak berderai ketika membuat lontaran.

Taktik & Teknik Guna Umpan Roti

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI