Walaupun cabarannya tidaklah sehebat seperti casting ikan siakap liar di muara atau kuala sungai, ia tetap amat mengujakan apabila umpan yang digunakan disambar.

Untuk casting siakap kola mini perlu ada skil dan teknik tersendiri.

 

Kekili atau reel

Sama ada kekili spinning atau baitcasting, sebaiknya gunalah kekili jenis high speed. Disyorkan menggunakan kekili yang memiliki gear ratio 5.0 dan ke atas.

Siri 1000-2000 (spinning) paling sesuai digunakan dan ia mestilah tahan lasak dan kalis air masin. Jika bukan jenis air masin, harus membilasnya dengan segera selepas menggunakannya.

 

Joran atau rod

Joran bagi kaedah casting ikan siakap 5.5’ atau 7’ setengah paling sesuai. Tetapi sebenarnya penggunaan rod haruslah sesuai dengan tinggi tubuh badan pemancing.

Rod dengan kekuatan 10-20lb adalah sesuai untuk menduga atau memancing ikan siakap kolam.

Tetapi jika inginkan lebih perlawanan dan mahu lebih akrobatik dari siakap boleh mencuba joran yang lebih ringan.

 

 

Tali Utama

Tidak kisah, apa brand yang digunakan. Asalkan ia jenis braided, kuat dan tahan lasak. Saiz 10-20 lb paling sesuai di sini.

Tapi sebenarnya bergantung pada saiz ikan di dalam kolam. Lazimnya tali utama 8lb hingga 15lb.

Lagipun kolam berbayar hanya melepas ikan berat purat 1kg ke 3kg sahaja. Jadi tidaklah perlu menggunakan tali yang lebih besar poundage.

 

Leader atau perambut

Pilih perambut jenis fluorocarbon. Atau sekurang-kurangnya mono campuran fluorocarbon. Perambut Perambut berkekuatan 20-40lb lebih ideal.

Biasanya selepas menaikan ikan siakap, bahagian perambut yang telah luka perlu dipotong atau dibuang.

Biasanya saya akan guna perambut pakai buang yang disambung pada leader kerana leader akan jadi pendek sekiranya banyak kali perlu dipotong.

 

 

Mata kail

Saiz mata kail bergantung kepada tempat atau kolam berbayar tersebut. Sesetengah tempat mempunyai ikan siakap melebihi 4kg hingga ke 8kg, tapi amat jarang kolam berbayar melepaskan ikan siakap sebesar tu.

Kebanyak purata berat dalam 1kg hingga 3kg. Biasanya mata kail no 2 digunakan. Paling penting, mata kail mestilah tajam, tahan lasak dan kuat, kerana ikan siakap boleh mengerjakannya sampai lurus atau patah.

 

Batu ladung

Batu ladung atau pemberat digunakan kalau menggunakan udang kopek. Ia adalah mengelakkan umpan udang kopek tadi terapung di atas air semasa casting.

Kalau menggunakan umpan udang hidup biasanya saya tak menggunakan pemberat, kecuali udang enggan menyelam.

Ia juga memudahkan udang hidup bebas bergerak di dilam air. Untuk penggunaan gewang untuk mengumpan siakap pula anda tak perlu menggunakan pemberat.

 

 

Umpan

Pemilihan umpan bergantung kepada peraturan. Lazimnya udang hidup merupakan umpan yang paling lumrah digunakan.

Selain itu anak ikan hidup seperti belanak atau lampam juga bagus dan mampu bertahan lebih lama. Selain itu udang kopek atau isi ikan juga boleh digunakan untuk casting.

 

 

Jenis kolam

Faktor air memainkan peranan penting. Jika air jernih, potensi sambaran lebih tinggi. Begitu juga dengan tahap kemasinan air kolam.

Sesetengah kolam berbayar menggunakan air payau yang disedut terus dari sungai yang merupakan habitat sebenar siakap.

Jadi berkemungkinan ikan siakap makan umpan adalah pada kadar tinggi atau lebih galak. Kebanyakkan kolam ini ada berdekatan dengan kuala sungai.

Bagi kolam yang menggunakan air tawar dan kemasinan dijaga dengan penambahan garam biasanya kurang galak atau kurang memakan umpan kecuali kolam tersebut dijaga teliti dengan kemasinannya.