Kelong atau rumah rakit yang didirikan di pesisir laut atau muara sungai sering menjadi tarikan pemancing untuk menghilangkan ketagihan memancing. Namun tanpa sebarang ilmu, ia tidak akan menjadi satu percutian yang menyeronokan.

 

Peralatan Yang Tepat 

 

Biasanya 3 jenis peralatan memancing digunakan. Joran aksi ringan untk dapatkan umpan hidupseperti tamban, selar dan sebagainya atau untuk memancing ikan kecil. Joran pancing aksi sederhana atau berat aksi berat untuk balingan jauh dan melayan ikan besar seperti gerong belang, barraccuda, siakap, pari dan lain-lain. Amboh atau koyan bagi dihulurkan kebawah tiang-tiang kelong untuk menjerat kerapu atau pari yang gemar bermain di tiang-tiang berteritip atau dasar.

 

Taktik Dan Teknik Mengail Di Rumah Rakit

 

Umpan Yang Sesuai 

 

Bagi memastikan tangkapan yang berpanjangan, ada pemancing membawa pelbagai jenis umpan seperti pumpun (pumpun sarung, pumpun pasir atau ruat bakau), udang segar, ikan kembong atau selayang, roti untuk pancingan spesis tamok dan sebagainya.

 

Bagi pemancing yang hardcore, mereka sanggup berabis modal utk membawa umpan hidup, seperti udang hidup, ikan mas, cengkerik dan sebagainya bagi mendapatkan spesies-spesies tertentu (kebiasaannya umpan begini mendatangkan hasil yang lumayan).

 

Taktik Dan Teknik Mengail Di Rumah Rakit

 

Ads

Ketahui Pasang Surut

 

Sebaiknya pilih waktu arus bergerak kerana jika air tak berarus, pemancing tak rasai getaran getuan ikan, tiba-tiba umpan abis. Carilah keadaan air yg berarus, kerana arus pasang surut air bergantung kepada aktif ikan lalu lalang atau juga yang menjadi penghuni tetap unjam dan tukun buatan di persekitaran kelong atau rakit.

 

Taktik Dan Teknik Mengail Di Rumah Rakit

 

Saiz Mata Kail 

 

Jangan menggunakan mata kail terlalu besar kerana target ikan yang besar-besar. Jika mendapat ikan mega boleh dikatakan sebagai bonus kepada pemancing. Cukuplah sekadar menggunakan matakail kecil jenis carbon saiz 4 hingga 8, kerana jenis carbon matanya tajam mudah lekat ke mulut ikan serta kuat tidak meluruskan mata kail jika ikan besar ragut.

 

Jenis Perambut 

Ads

 

Penggunaan perambut 2 mata kail atas bawah lebih efektif digunakan. Tak perlu perambut panjang panjang seperti memancing di laut dalam. Cukup sekadar sejengkal lebih sahaja. Perambut ni sesuai untuk semua keadaan arus. Perambut 2 matakail ni, pemancing boleh buat sendiri dan lebih efektif kekuatannya dan menjimatkan.

 

Taktik Dan Teknik Mengail Di Rumah Rakit

 

Variasi Batu Ladung 

 

Perambut 2 mata kail disepadankan dengan batu ladung mati, ikut kesesuaian keadaan air. Sementara batu ladung hidup pula sesuai utk keadaan air berarus sederhana iaitu utk umpan hidup,atau air pasang besar.

 

Saiz Tali Utama

Ads

 

Penggunaan tali utama cukup sekadar 15lb hingga 30lb atau tali sulam mengikut kekuatan yg dikehendaki. Kerana jika spesies spt tamok, di mana ia begitu sensitif dengan ketebalan tali, semakin halus tali tu semakin cerah untuk mendaratkan spesies tersebut.

 

Taktik Dan Teknik Mengail Di Rumah Rakit

 

Jenis Ikatan 

 

Pelajarilah teknik ikatan yang betul kerana ikatan memainkan peranan bagi pendaratan ikan. Jangan pula nanti joran melengkung, loceng berbunyi dan drag menjerit,..baru pertengahan pertarungan sudah tewas! Disebabkan terlucut simpulan, ikatan yang tak kemas. Pasti berputih mata, tepuk dahi dan tak tidur malam dibuatnya akibat kekesalan.

 

Stok Apollo 

 

Kebiasaannya jika air besar spesies tamban, selar, talang dan gelama banyak di sekitar rakit atau kelong. Penggunaan Apollo bersaiz 9-11 harus sentiasa tersimpan dalam tool box. Satu joran pasang apollo letak umpan udang kopek yang dipotong kecil. InsyaAllah penuhlah tong ais tu nanti.

 

Taktik Dan Teknik Mengail Di Rumah Rakit

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI