Ikan kerapu sering dilabel sebagai ikan pemalas yang suka mendiamkan diri dan berselindung di celahan batu karang. Berenang secara perlahan, lemah gemalai dan hanya mempercepatkan renangan apabila menerkam mangsa.

 

Banyak masa dihabiskan bersembunyi dan menyamar di celahan batu karang. Ia adalah satu satu ikan yang suka menyerang hendap mangsa. Teknik penyamarannya juga unik.

 

Taktik Dan Teknik Mancing Kerapu Conor

 

Menurut tekong yang biasa memburu kerapu ini sebagai sumber pendapatan utama, kerapu sunuh amat aktif pada lewat petang dan awal pagi. Namun ada juga nelayan dan pemancing yang berjaya memancing ia di luar waktu puncak ini.

 

Peralatan Teknik Dan Umpan

 

Pada pengamatan saya kerapu sunuh khususnya tidak begitu peka dengan jenis perambut yang digunakan. Asalkan umpan berada di depan mata ketika waktu ia makan pasti membuahkan hasil.

 

Taktik Dan Teknik Mancing Kerapu Conor

Ads

 

Disebabkan kerapu ini mempunyai perisai dan pelindung utama iaitu batu karang, menggunakan perambut serta tali halus mudah diperlekehkanya. Sebab itu ramai pemburunya menggunakan perambut 80lb jika memancing pada siang hari dan sehingga 120lb untuk pancing pada malam hari.

 

Teknik terbaik ialah perambut stail apollo di mana teknik pilihan ini akan menghasilkan umpan yang tergantung sedikit dari kedudukan dasar maupun atas dedaun karang.

 

Taktik Dan Teknik Mancing Kerapu Conor

 

Perlu diingatkan jangan gantung umpan terlalu tinggi dari dasar. Umpan juga jangan terlampau ke dasar (sehingga kendur tali utama) kerana kebarangkalian sangkut adalah tinggi.

 

Ads

Sesetengah kerapu kurang berminat dengan umpan kecuali yang benar-benar lapar. Ini kerana pengalaman saya hanya umpan di bawah sahaja ditelan kerapu atau ikan demersial lain berbanding umpan di sebelah atas.

 

Taktik Dan Teknik Mancing Kerapu Conor

 

Set apollo dua mata mencukupi untuk memancing ikan kasar di atas batu karang. Biasanya umpan pertama yang dilabuhkan akan menjerat ikan terbesar dalam kumpulannya dahulu diikuti yang lain. Tapi ini tidak selalu berlaku.

 

Sebaik sahaja umpan dihenjut, usah lagi memberi tali, tahan sahaja sebaik mungkin untuk menidakkan ia menyelinap di celahan karang. Setidak-tidaknya tangsi perlu dielakkan dari bergesel dengan apa-apa objek di dasar laut tersebut.

 

Tarik supaya mulut ikan mendongak ke atas supaya ia cepat lemas. Jika dibiarkan ia menujah ke bawah dan akhirnya memberi kelebihan buat kerapu. Umpan pilihan kerapu sunuh dewasa hanya tertumpu kepada ikan dan sotong.

Ads

 

Taktik Dan Teknik Mancing Kerapu Conor

 

Di lubuk batu karang biasanya dihuni banyak ikan kecil yang turut sama berminat dengan apa-apa makanan yang dihulurkan.

 

Mengunakan umpan potong memberi kesan besar terhadap pemburuan kerapu. Jika ia lambat menjumpai umpan ada kemungkinan makhluk kecil lain dahulu mengerumuni umpan hingga keadaan lusuh dan tidak menarik lagi.

 

Taktik Dan Teknik Mancing Kerapu Conor

 

Walaupun kerapu pada dasarnya tidak memilih sama ada ikan sekor bulat-bulat atau dipotong maupun dihiris namun kita perlu mengambil berat hal ini.

 

Lenggok gemalai seekor anak ikan di hujung pancing atau hirisan ikan yang koyak rabak terkulai di mata pancing memberi kesan persembahan yang berlainan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI