Taktik Dan Taknik Pancingan Ikan Seliat

Share

 

Untuk pemancing yang gemar kepada pertarungan sengit lebih dari harapan untuk memuatkan ia dalam kotak ais, disyorkan guna peralatan aksi ringan dengan kekuatan tali antara 10lb sudah memadai. Ada juga yang lebih cenderung mengunakan set ultralight seperti joran grafit teleskopik dengan kekuatan 6lb.

 

Tangsi pilihan ialah 4lb aksi ringan yang diubah suai sendiri untuk menahan asakan seliat yang kuat berenang dan mengenjut-ngenjut ketika melawan. Begitupun apa-apa saja joran dan saiz kekili boleh digunakan asalkan sistem tegangan dan tali sesuai dipadankan agar lebih serasi dan seimbang kombinasi kedua-dua peralatan tersebut.

 

 

Sistem tegangan (drag) adalah perlu baik agar mudah dilaraskan pada kekuatan yang sesuai bergantung kepada saiz talang yang dijinakkan serta untuk membenarkan tali keluar dengan lancar pada tahap yang telah ditentukan.

 

Ini adalah kerana pada permulaan tarikan, seliat cuba melarikan tangsi buat seketika, di mana sistem tegangan yang telah dilonggarkan sedikit membenarkan tangsi keluar ketika ditarik, sebelum diketatkan sedikit semasa membalas untuk menujah mata kail melekat pada bahagian mulutnya.

 

 

Begitupun tidak salah mencuba apa saja jenama kekili, mata kail, dan tangsi dan buatlah perbandingan sendiri dan tidak perlu lagi dengan iklan dari orang lain.

 

Teknik paling mudah menjerat seliat ialah pakai apollo yang mudah didapati di kedai pancing. Tidak perlu guna umpan cuma perlu rajin sahaja menghenjut pancing berterusan sehingga terdapat getuan atau sambaran.

 

Apabila kita dah tahu tentang tabiat dan sifat haiwan ini yang gemar berlegar di permukaan air jadi teknik yang terbaik adalah memancingnya dengan umpan dilabuhkan dari permukaan dan pertengahan air. Untuk menambah keseronokan, cuma beranikan diri mengunakan tali 4lb dengan joran udang yang mampu memberi lenturan U.

 

 

Jika anda merasai sekali pasti mahu ia berterusan kerana saiz padi amat sesuai dengan peralatan kecil yang disyorkan. Cubalah sekali untuk menikmatinya sendiri kalau tak percaya.

 

Umpan terbaik untuk memancing seliat mahupun talang yang lain adalah bilis segar dan kalau dapat hidup lagi besar peluangnya. Bilis adalah salah satu spesies ikan pelagik yang berkumpulan dan hidup di permukaan air.

 

Bukan saja seliat malah pemburu mangsa yang lain juga gemarkan bilis seperti anak tenggiri papan, senangin, anak gerepoh turut sama berkongsi habitat bersama seliat.

 

 

Warna jernih serta isi yang lembut membuatkan ikan seliat tidak begitu cerewet jika dihidangkan dengan bilis. Bilis mati perlu dicangkukkan dengan betul pada mata kail agar ia kelihatan hidup dibuai arus di dalam air. Jika bilis kecil digunakan, cangkukkan pada mata hingga memenuhi mata kail yang digunakan.

 

Selain bilis, udang, hirisan ikan kembong, sotong dan ikan pelagik boleh digunakan sebagai altenatif atau kawasan tertentu sesuai dengan jenis sumber diet utama yang terdapat di sekitar.

 

Published by
Amang