Syurga Bottom Andaman

Share

 

Kap kun kap… Alhamdulillah, setelah setahun merancang trip untuk menduga perairan Andaman akhirnya ia terlaksana jua. Trip kali ini disertai oleh 13 pemancing iaitu Kusmin, Aregone, Abg Mat, Pak Aziz, Wawa , Awin, Bro Stailo, Tok Rahman, Abg Zul, Tuan Rio, Abg Malek, Adeq dan penulis.

 

Untuk ke Kantang Thailand, perjalanan memakan masa lebih kurang 10-12 jam. Kami bertolak dari Shah Alam pada jam 12 tengah malam dan seterusnya tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam pada jam 6 pagi sebelum singgah untuk membeli insuran kereta dan menukar mata wang asing di Changlun.

 

Disebabkan ini sudah kali ke 3 penulis masuk ke Kantang, Thailand, jadi kami tidak berdepan masalah besar untuk masuk ke Negara jiran ini. Boleh dikatakan trip kali ini dianggap sebagai trip pemantauan memandangkan trip-trip sebelum ini berdepan hasil yang kurang memberangsangkan.

 

 

Berbalik kepada perjalanan kami, kami terlebih dahulu singgah di Danok untuk mendapatkan sedikit bekalan makanan dan bahan keperluan asas. Selesai mengisi perut di sana, kami meneruskan lagi 4 jam perjalanan ke Kantang.

 

Setibanya di Kantang kami terus check in di kantang Park Hotel untuk mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum bertarung di lautan Andaman esok hari.

 

Pertarungan Bermula

 

 

Usai bersarapan, kami terus menuju ke jeti untuk menaiki bot. Kami memilih perkhidmatan bot Pak Dee Danaiwit untuk menduga perairan di sini memandangkan servis yang ditawarkan memang menjadi bualan kaki pancing.

 

Untuk menduga perairan Andaman ini antara set yang kami bawa termasuklah shimano beast master 6000, zb 9000, forcemaster 9000, daiwa megatwin 750, tanacom 750 dan miya epoch cx5. Untuk mainline kebanyakan kami menggunakan 80lb keatas dan bab batu ladung pula size yang perlu ada ialah 2.5kg & 3 kg. Jangan tak percaya, kedalaman akan kami tempuh ialah 100m hingga 350m!

 

Lubuk Rahsia Andaman

 

Perjalananan kami pun bermula bila bot membelah ombak menuju ke lubuk terbaru Pak Dee. Sebelum menuju ke tengah laut, kami sempat membakar mercun cina 12 kaki sebagai simbolik perjalanan dan untuk amik ONG konon-kononnya.

 

Di sini, target kami semua ialah luntan @ kertang, memandangkan Andaman sememangnya syurga untuk spesis kertang gergasi ini. Perjalanan ke lubuk rahsia yang memakan masa 16 jam memang cukup membosankan. Apa nak buat, rehat je lah kami di kabin yang berhawa dingin.

 

Memang superb beb!

 

Akhirnya, kami tiba juga di lubuk pertama. Masing-masing dari kami terus tak sabar untuk merendam batu ladung masing-masing setelah mengharungi perjalanan yang panjang. Memang lubuk rahsia ini betul-betul menjadi! Belum apa-apa Pak Ajis membuka tirai dengan menaikkan kertang seberat 19kg.

 

 

Kemudian giliran Abg Rahman pula menaikkan kertang. Di sini saja 27 ekor kertang berjaya kami naikkan dengan anggaran size 15kg ke atas dan ada juga yang berjaya memutuskan main line 100lb kami.

 

Bot lain yang berada di sebelah juga tak kurang hebatnya. Kelebihan mereka tiba di lubuk ini 2 jam lebih awal menyaksikan lebih 100 ekor kertang berjaya dinaikkan mereka. Memang dasyat!

 

Lubuk 2

 

Setelah puas bergasak di lubuk rahsia Pak Dee, kini kami beralih ke lubuk kertang ke-2. Di sini, Kusmin menjadi orang pertama yang berjaya memecah kebuntuan dengan menaikkan kertang seberat 18kg.

 

 

Kemudian, sekali lagi kami berpesta ikan apabila semua joran yang kami gunakan terpaksa bekerja keras menarik isi perut Andaman. Pak aziz pula berjaya mendapat jackport di sini apabila pancing beliau mengena seekor kertangterberat setakat ini iaitu seberat 30kg.

 

Setelah lebih 50 ekor kertang kami pulun di sini, ribut pun mula menampakkan bayang menandakan sudah sampai masa untuk kami stop sementara aktiviti memancing. Iyelah, apa-apapun, keselamatan harus diutamakan.

 

Slow Pitch Jigging di Hari terakhir

 

Pada hari terakhir Pak Dee mengajak kami bermain slow pitch jigging untuk menjerat spesis kerapu bunga, cupak dan GT. Lubuk kali ini lebih berhampiran dengan Koh Adang dengan kedalaman sekitar 40 meter sahaja. Size jig yang saya cadangkan ialah sekitar 120-200 gram.

 

 

Untuk teknik ini, kebanyakan yang terpedaya dengan jig ialah dari spesis kerapu bunga. lebih sebakul kerapu bunga berjaya kami punggah di sini.

 

Setelah tepat jam 12 tengah malam, kami pun menghentikan trip dan bergerak pulang menuju ke jeti. Kesimpulannya, trip kali ini boleh dikira amat sukses bagi kami apabila pelbagai jenis ikan termasuk hampir 100 ekor kertang berjaya kami perolehi.

 

Benarlah, kata orang, perairan Andaman memang syurga bagi kaki “bottom”. Insyaallah, pada tahun hadapan kami akan kembali lagi ke sini.

 

 

(oleh: Imran Butet)

Published by
Amang