Pemancing profesional, traveler, penulis dan pengacara siri dokumenteri River Monsters, Jeremy Wade (JW) pernah berkata bahawa kebanyakan sungai telah kehilangan sebahagian besar ikan monster dalam kurun waktu 50 hingga 100 tahun terakhir, terutamanya akibat tangkapan berlebihan atau overfishing. Lokasi terpencil juga sudah tidak lagi menjadi jaminan bahawa para monster masih menghuni sungainya.

 

Dalam kembara ke pelbagai penjuru dunia untuk memancing sehingga ke sungai-sungai terpencil, Jeremy menemukan beberapa sungai di dunia dengan ikan ukuran monster.

 

Sungai Dan Ikan Hebat Yang Pernah JW Tewaskan

 

Sungai Kongo

Sungai pertama yang disebut oleh JW memiliki ikan monster ialah Sungai Kongo yang terletak di Republik Kongo. Sungai didiami ikan dari spesies goliath tigerfish yang mampu membesar sehingga  mencapai berat 45 kg. Menurut JW, Goliath tigerfish memiliki gigi yang tajam seperti piranha, tapi mereka membesar dengan ukuran manusia. Ikan yang beliau pernah daratkan dan dirakam fotonya  memiliki gigi yang panjangnya sama seperti great white shark.

 

Sungai Dan Ikan Hebat Yang Pernah JW Tewaskan

 

IKLAN

Sungai Okavango

Hampir 100 jenis ikan, 150 amfibia dan reptilia hidup di sekitar delta Sungai Okavango di Botswana. Saiz ukurannya pun pelbagai khususnya ikan. Sungai ini juga menjadi kediaman ikan-ikan berstatus monster. “Di sini, spesimen tigerfish  yang ditemui berukuran lebih dari 10lb  atau 4.5 kg,” menurut kata JW.

 

Sungai Dan Ikan Hebat Yang Pernah JW Tewaskan

 

Sungai Ebro

Aliran air yang sederhana panas dan kaya akan nutrisi membuatkan Sungai Ebro di timur laut Sepanyol ini memboleh ikan dari jenis catfish (keli) membesar dengan sihat. Dengan mudah ikan catfish membesar sehingga memiliki berat 90 kg.

 

IKLAN

Sungai Dan Ikan Hebat Yang Pernah JW Tewaskan

 

Sungai Trinity

Terletak di Texas, Amerika Syarikat, Sungai Trinity juga dihuni ikan monster. Di sini, para pemancing boleh menangkap spesies yang popular seperti alligator gar. Alligator gar merupakan ikan monster air tawar terbesar dan hanya ada di Amerika Utara. Alligator gar mampu memiliki berat sehingga 90 kg.

 

Sungai Dan Ikan Hebat Yang Pernah JW Tewaskan

 

Sungai Delger Muron

IKLAN

Taimen adalah salah satu ikan yang masuk dalam keluarga salmon. Mereka hidup di Mongolia, tepatnya Sungai Delger Muron. Taimen memiliki gigi yang tajam, biasanya digunakan untuk menyerang itik atau tikus yang sedang berenang. “Taimen, lenok trout dan grayling adalah jenis ikan yang biasa ditemukan di Sungai Delger Muron,” ujar JW.

 

Sungai Dan Ikan Hebat Yang Pernah JW Tewaskan

 

Sungai Nil, Uganda

Kehidupan liar di barat laut Uganda ternyata juga menjadi habitat ikan monster, atau lebih tepat lagi di aliran Sungai Nil. Sungai yang juga dikenal dengan sebutan Victoria Nile ini dihuni oleh barramundi atau Nile perch berukuran sehingga 45 kg.

 

Sungai Dan Ikan Hebat Yang Pernah JW Tewaskan

 

Sungai Teles Pires

Sungai Teles Pires yang terletak di Brazil ini memiliki pelbagai jenis ikan spesies catfish yang berukuran sangat besar, sepanjang saiz orang dewasa. Namun untuk menangkapnya, anda harus menyiapkan tenaga ekstra karena arus di sungai ini amat deras.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI