Setiap juru foto sentiasa ingin tahu mengenai produk-produk terbaru mengenai kamera mereka. Tidak kira sama ada fotografi ini sebagai salah satu hobi mahupun kerjaya, setiap yang meminatinya pasti akan sedaya upaya mencari ilmu mengenainya, tip dan trik dan paling penting gajet terbaru yang sesuai untuk kamera mereka.
Sungguhpun begitu, ada juga yang kurang mengambil kisah mengenai memori kad mereka. Ada di antara juru foto tidak kisah jenama, asalkan murah dan bersaiz besar.
Tahukah anda, ada memori kad yang jika kita ter’delete’, ia akan terpadam segalanya tanpa ada ‘back-up’? Semoga tip yang diberi kali ini akan menjadikan anda lebih berhati-hati untuk memastikan segala kenangan tidak terpadam.
Usah dengar jenama tidak penting Jenama amat penting kerana terutama sekali bila anda menggunakan memori kad jenama Sandisk dan Lexar. Contohnya jenama Sandisk, ia amat praktikal bagi pengguna kamera jenis Nikon di mana kad memori ini mampu mengakses kuasa pemprosesan yang penuh pada kamera tersebut.
Memori kad yang selaras fungsi Sekiranya anda selalu menggunakan kamera bagi tujuan membuat video HD, anda sememangnya memerlukan fail saiz besar. Begitu juga sekiranya anda mengambil gambar dengan setting RAW, data pada memori kad akan cepat ‘habis’. Untuk itu, anda perlukan memori kad yang lebih besar saiznya contohnya seperti 16G, 32G dan 64G.
Jangan salah tekan
Ada sebilangan juru foto gemar memadam gambar sebelum pindahkan gambar-gambar tersebut dalam komputer.
Walaupun setiap kamera mempunyai fungsi ‘Erase all images’ dan ‘format card’, anda perlu memilih dengan berhati-hati.
‘Erase all images’ hanya memadamkan gambar-gambar yang dirakam pada folder yang disediakan sahaja. Sekiranya berlaku sebarang masalah contohnya gambar yang anda inginkan itu hilang, anda boleh cari melalui ‘memory card recovery’ yang boleh dimuat turun secara percuma di internet.
Sekiranya anda menekan ‘format card’, gambar-gambar tersebut akan terpadam dan kamera akan menyusun kembali kad anda bagi mengelakkan berlakunya ‘error’ pada sistem kad. Elakkan berlakunya ‘Error 99 atau 101’.
Selain dari ‘format card’, anda tidak digalakkan memadam imej menggunakan komputer. Ini akan menyebabkan pangkalan data menjadi rosak dan ia akan menjadikan kesilapan lebih teruk daripada ‘Erase all images’ pada kamera.
Jika anda berterusan melakukan sebegitu, kepada yang memakai kamera jenis Canon, ia akan tertulis Error 99 pada skrin kamera. Walaupun kerosakan umum kamera bukanlah terletak pada memori kad, akan tetapi tidak mustahil ia boleh jadi ralat pada kamera.
CEPAT HABIS HAYAT BATERI
Menurut memori kad jenama Lexar, kad memori yang mempunyai kapasiti yang lebih tinggi cenderung menghabiskan jangka hayat bateri lebih cepat. Selain itu, jenama terkenal Sandisk atau jenama memori kad profesional yang lain biasanya akan datang bersama program percuma yang membantu anda mendapatkan semula imej yang anda secara tidak sengaja terpadam.
Secara tidak langsung, memori kad yang berjenama akan membantu anda menyelesaikan kekusutan sekiranya pada saat genting gambar anda hilang. Oleh itu, para peminat fotografi mestilah sentiasa berhati-hati mengenai perkara ini supaya anda tidak stress tiba-tiba saat anda ingin merakam gambar, segalanya hilang dari memori kad anda.