Ikan Tapah ialah satu spesies ikan bermisai (catfish) air tawar dalam famili besar Siluridae yang terdapat di bahagian selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia, dan Indonesia. Ikan ini juga dilaporkan terdapat di Afghanistan.

 

Ikan tapah hidup di sungai yang airnya mengalir perlahan dan bagian bawah sungai berlumpur.

Sehingga kini terdapat 5 spesies tapah di dalam genus Wallago iaitu W. attu, W. hexanema, W. leeri, W. maculatus dan W. micropogon.

Ikan tapah yang ditemukan di negara kita dipercayai dari spesies W. leeri dan W. attu.

 

TAKSONOMI

 

  • Kingdom : Animalia
  • Phylum : Chordata
  • Class: Actinopterygii
  • Order: Siluriformes
  • Family: Siluridae
  • Genus: Wallago
  • Species : W. attu, W. hexanema, W. leerii, W. maculatus, W. micropogon,

 

Wallago attu (Bloch & Schneider, 1801)

Ads

Dengan nama umumnya helicopter catfish, taburan spesies ini tertumpu di Asia, dari Pakistan ke Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Ia dilaporkan tersenarai dalam spesies yang diancam kepupusan. Spesies yang dikelasifikasikan oleh Bloch & Schneider, 1801 ini dikatakan mampu membesar sehingga 240 cm namun spesimen sepanjang 75 cm lebih mudah ditemui.

 

Sebagaimana tapah lainnya, pergerakan yang agak perlahan atau gemar mendiami tasik dan sungai yang besar.

Ia cenderung untuk bersembunyi di kawasan berlumpur dan sering bersembunyi di sekitar tebing sungai.

Ia berkembang biak dalam air cetek sebelum musim hujan, sebelum berhijrah ke kawasan yang dibanjiri untuk mencari makanan.

 

Ads

Wallago leerii (Beeker, 1851)

Spesies yang dikenali dengan nama umum striped wallago catfish, helicopter catfish atau tapah catfish ini ikan natif Asia Tenggara. Taburannya meluas dari sistem sungai Thailand, Semenanjung Malaysia, kepulauan Borneo dan Sumatera, Indonesia.

Spesies yang berpopulasi dengan baik ini mampu membesar sehingga melebihi 2 meter dan berat sehingga 95 kg. Berbeza dengan spesies lain dalam genus yang sama, ikan ini memiliki membran berduri hitam.

 

Wallago maculatus (Inger & Chin, 1959)

Tidak banyak kajian saintifik ke atas spesies yang hanya boleh ditemui di Sabah dan utara Borneo ini.

Spesies ini dikatakan mampu membesar sehingga 100 cm namun tiada catatan tentang berat yang direkodkan. Ia boleh ditemui di sistem sungai yang berhubung dengan hutan-hutan kecil.

Ads

 

Wallago micropogon (Ng,2004)

Spesies ini dikatakan hampir menyamai sehingga hampir diklasifikan sebagai w. leerii dari lembangan Sungai Mekong.

Taburan spesies ini juga hanya di Asia melibatkan lembangan Sungai Mekong, Dau Tieng di selatan Vietnam, selatan Laos dan pertengahan sistem sungai Chao Phraya di Thailand.

Spesies yang lebih kehitaman warnanya ini mampu membesar sehingga 154 cm dan berat maksimum yang pernah direkodkan ialah 96 kg.

 

Wallago hexanema (Kner, 1866)

Sebagaimana spesies dalam genus Wallago lainnya, spesies ini taburannya juga di Asia. Dalam banyak aspek biologi ia hampir sama sahaja dengan ikan tapah lain namun

merupakan spesies yang paling kecil kerana hanya mampu membesar sehingga 16 cm sahaja. Ia umpama ikan selat dalam keluarga belida.

Ia juga merupakan spesies yang paling terpinggir dalam kajian saintifik berikut sukar untuk ditemui. Malah foto spesies ini juga tiada.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI