Sungai ke-8 terpanjang adalah Sungai Mississippi. Aliran sungai ini bermula dari pegunungan Red Rock, Tasik Itasca di Minnesota hingga bermuara di Teluk Mexico. Panjangnya sekitar 3734km dan mengaliri 6 negara bahagian tengah Amerika Syarikat. Spesies ikan pike merupakan antara ikan utama sungai ini.
Irtysh River
Sungai ke-7 terpanjang adalah Sungai Irtysh. Sungai ini bermula di pegunungan Altai Rusia yang pada akhirnya tepat di pertemuan Sungai Ob. Jumlah keseluruhan panjangnya hingga 4248km menggabungkan Sungai Irtysh dan Sungai Ob. Ikan Trout merupakan spesies utama sungai ini.
Mekong River
Sungai mekong memiliki panjang sehingga 4425km dengan melalui negara China, Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja dan Thailand. Ia berakhir di Laut China Selatan. Banyak spesies ikan gergasi dari sungai ini termasuklah Mekong giant catfish. Ia merupakan sungai ke-6 terpanjang dunia.
Ads
Congo River
Sungai ini juga dikenal sebagai Sungai Zaire yang menjadi sungai terbesar di Afrika Tengah. Panjangnya mencapai 4700km. Alirannya dari pertemuan Sungai Lualap dan Luapula yang kemudian mengaliri hutan terbesar Amazon dan berakhir di lautan Atlantik. Ikan tiger fish sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sungai ke-5 terpanjang dunia ini.
Ads
Hwang Ho River
Sungai Hwang Ho juga dikenali dengan nama Yellow River atau Sungai Kuning ini terletak di sekitar daerah China Utara. Memiliki panjang sampai 5464km dan akan terlihat jelas sekali bila difoto melalui udara. Aliranya dimulai dari Teluk Vhihli di bahagian barat China. Pelbagai spesies ikan kap terdapat di sini termasuk henan carp.
Yangtze River
Sungai ke-3 terpanjang ini termasuk juga sungai terluas dengan panjang mencapai 6300km dan menjadi sungai terluas ketiga dunia. Sebutan lain dari Sungai Yangtze iaitu Sungai Chang Jiang yang mengaliri Tibet dan berakhir di Laut China. Spesies yellow head catfish antara ikan popular di sini.
Ads
Amazon river
Sungai kedua terluas di dunia ini sepanjang 6516 km, ia menyumbang dari 1/5 bahagian keseluruhan sungai yang ada di dunia. Alirannya dimulai dari Tasik Fed di Peru yang kemudian mengaliri beberapa negara Amerika Latin dan berakhir tepat di Lautan Atlantik. Pelbagai spesies monster terdapat di sungai ini termasuk arapaima gigas.
Nile River
Walaupun terdapat perselisihan pendapat, sungai nil masih menduduki carta sungai terpanjang di dunia. Ia bermula dari Tasik victorial dan mengaliri di antara 9 negara iaitu Kenya, Zaire, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, Ethiopia dan Mesir. Panjangnya mencapai 6853 km. Nile perch atau kerakap Nil sememangnya spesies popular Sungai Nil ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
“Jom mancing… kau bawak badan je lain semua aku payung!
“Cissss! Time bini aku mengandung ni la kau ajak!”
Dialog seumpama ini tentunya anda pernah terdengar di mana-mana. Ia membuktikan bahawa petua dan pantang larang memancing seperti ini masih diamalkan. Malah, bangsa lain turut sama mengguna pakai pantang larang ini selain dari orang Melayu.
Persoalannya, kenapa kalau isteri mengandung… suami tak boleh memancing? Secara peribadi saya sama sekali tidak bersetuju dengan pantang larang ini.
Tetapi kalau si suami berhenti memancing buat seketika atas tujuan lain, itu cerita lainlah. Apa pun, mari kita lihat apa kata komuniti pemancing tentang pantang larang ini.
Apa Kata Netizen:
“Pancing tak salah… cuma menganiaya binatang tu kan salah. Jadi masa isteri hamil baiklah si suami jaga tingkah laku dan tak aniaya binatang sebagai tanda syukur kepada Allah kerana dikurniakan rezeki. “
AFIQ ZAHIDI
“Selalu orang kaitkan anak yang dilahirkan akan dapat sakit sumbing kalau suami kerap keluar memacing. Sumbing jadi sebab ibu hamil kurang asid folic. Kurang asid folic sebab ibu hamil tak makan ubat yang diberi. Tak makan ubat sebab isteri stress dan merajuk suami tak hiraukan dia dan sibuk kluar pi mancing. Kesimpulanya ketika isteri hamil boleh pi mancing dengan syarat gembirakan hati isteri dan dapatkan redha isteri sebelum kluar memancing.
Lagi satu teori yang saya pernah dengar dari Mufti Menk, tangkapan yang diperolehi mesti dibawa balik utk dimakan dan jangan dilepaskan balik (memancing sebagai keperluan bukan hiburan). Lepas rasa tangkapan tu dah mencukupi so seeloknya berhenti la mancing dan balik.”
AMIRUL RASYID ABD AZIZ
“Tak boleh diikutkan sangat kepercayaan ini sebab ada kaitan dengan akidah. Makhluk hanya tawakal dan usaha, Allah jua berkuasa dan penentu segala.”
AHMAD RIDZUAN CH
“Mitos yang sengaja direka untuk menakutkan suami yang malas nak jaga isteri ketika hamil. Biasa la isteri hamil suami mula cari alasan nak keluar suka-suka kat luar. Jadi nenek kebayan yang banyak pengalaman pun cipta la mitos ni.”
TAJOL AHMAN
“Hahaha… dah tak relevan zaman ni. Zaman dulu mungkin la sebab kekurangan talian hayat. Ada yang cakap, nanti seksa ikan tu. Habis, lepas bini bersalin boleh pulak seksa ikan, gitu?”
HONEY BEEZ
“Kalau ada bini yang tak suka laki pi mancing dan percaya kepercayaan tu, mesti tiap-tiap tahun nak mengandung je supaya laki tak leh pi mancing.”
NAJMIE ICHIGO
“Pantang larang tu untuk control perangai gila memancing lebih-lebih lagi isteri tengah mengandung perlukan lebih perhatian. Kalau kena jenis orang yang kaki pancing seminggu dua tak balik? Tak kesian isteri kat rumah?”
ZAIR MITC
“Kalau pergi mancing bila isteri mengandung, anak akan jadi sumbing la, itu ini lah. Bagi saya, isu dia kalau mancing yang niat suka-suka main strike dengan ikan. Maaflah kalau salah, kalau niat mancing tapi nak lepas balik dan bukan nak makan atau nak jual tu kira dah aniaya ikan. Jadi, situ mungkin logiknya.”
HAMKA SYIDI
“Saya cuti mancin ketika isteri hamil. Bukan kerana pantang larang tapi kerana ingin sentiasa dekat dengan isteri agar senang dihubungi jika ada apa-apa masalah… maklumlah sedang hamil. Kalau gian sangat pun mancing kat kolam berdekatan.”
CHEF ENDRAWAN
“Dulu masa wife mengandung bukan setakat saya yang mancing. Wife sama ketagih mancing. Sekarang baru tau bukan wife yang minat mancing tu tapi yang dalam perut tu. Kesudahannya dah jadi kaki pancing sejak kecik. Dah ada geng. Hahaha.”
Potong kira-kira sekaki (atau sepanjang mana yang anda suka) panjang tali perambut. Kemudian ketemukan kedua-dua hujung perambut pada teras mata kail (rujuk kedudukan mata kail dalam gambar).
Step 2
Ambil lingkaran tali yang menghala ke arah luar mata kail dan lilit pada teras mata kail arah ke dalam (ke arah point mata kail).
Step 3
Teruskan buat lilitan pada teras mata kail.
Step 4
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan atau lebih. Lagi banyak lilitan maka makin kuat ikatan nanti.
Step 5
Sambil memegang lilitan yang terhasil, tarik perlahan-lahan hujung tali yang berada di hujung cincin mata kail.
Step 6
Tarik sehingga habis dan pastikan lilitan pada teras mata kail tidak bertindih antara satu sama lain.
Step 7
Gunakan pengepit atau playar untuk bagi memperkuatkan jerutan ikatan ini.
Step 8
Setelah ikatan betul-betul kemas, potong lebihan tali dan ia sudah boleh digunakan untuk disambungkan ke pancing.
Dulu-dulu orang memancing dapat ikan. Sekarang kalau tersilap lubuk, memancing bukan dapat ikan tetapi dapat orang. Ini bukan lawak, tetapi kisah benar seperti yang terjadi suatu ketika di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang.
Seorang nelayan turun ke laut jam 6.30 petang untuk mencari ikan. Sebelum memulakan rutin harian, dia menemui mayat seorang kanak-kanak yang seminggu sebelumnya dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.
Tidak dapat dipastikan angkara siapa menyebabkan mayat kanak-kanak 6 tahun, yang telah reput terdampar di situ. Apa yang pasti kanak-kanak malang itu bukan yang pertama terapung di situ. Seperti yang dilaporkan media, banyak lagi mayat telah ditemui terapung di kawasan perairan tersebut.
Ini membuktikan bahawa manusia sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan dan menjadi lebih ganas daripada binatang buas. Mereka sanggup membunuh, dan mencampakkan mayat mangsa ke dalam sungai atau laut.
Sekiranya sungai dan laut boleh bercakap, pasti mereka menyatakan keluhan dan sesalan di atas perbuatan biadab manusia. Rupanya semakin tinggi peradaban, dan semakin canggih kehidupan, manusia menjadi semakin singkat fikiran. Semakin bodoh dan zalim.
Sungai dan laut yang sejak azali menjadi sumber utama kehidupan, sudah semacam tidak dihargai. Banyak sungai kita diletakkan pada status tidak selamat sebab airnya telah dicemari oleh pelbagai bahan toksik. Usahkan hendak digunakan untuk minuman, untuk dibuat mandi pun sudah tidak selamat.
Sungai dijadikan tempat buangan sisa industri. Kekotoran kilang dan pembangunan di hulu sungai, akan mencemarkan air. Sebab itu air sungai yang dulunya jernih dan dingin, kini sudah bertukar warna. Ada warna teh tarik, malah ada warna kopi-O. Tidak ada siapa yang berani mandi manda, apa lagi untuk minum air seperti itu.
Tidak sahaja sisa industri, sungai kita juga dicemari seribu satu sampah saraf. Orang kita tidak sedikit pun menghargai sungai. Semua yang tidak dikehendaki akan didamparkan dalam sungai – dari tisu pengelap peluh, kulit pisang, kulit durian, lampin bayi, tuala wanita, coli buruk, seluar dalam buruk, pendek kata apa sahaja dibuang ke dalam sungai.
Malah, akhir-akhir ini sungai juga menjadi tempat membuang bayi! Selalu kita membaca berita mengenai penemuan mayat bayi di dalam sungai. Insan tidak berdosa yang masih bertali pusat itu terapung-apung di dalam sungai. Alangkah zalimnya manusia.
Sebab itu memancing di kawasan yang dulu terkenal dengan pelbagai jenis ikan, kini mungkin tidak banyak ikan seperti dulu. Sepanjang hari memancing, ikan tidak menyambar umpan. Puas dan lenguh – malah ada yang terlena – memegang joran, tidak ada ikan yang sudi menghidu mata kail.
Kalau nasib baik, ada yang menyentap mata kail setelah menunggu sekian lama. Bukan main bersemangat melayan ikan di hujung joran. Terasa seperti menarik ikan besar, mungkin bapak haruan, atau paling tidak pun anak toman.
Rupa-rupanya nasib baik menjadi tidak baik, apabila yang ditarik dan melekat pada mata kail bukan anak toman, jauh sekali bapak haruan, sebaliknya seluar dalam yang koyak dan usang. Ku sangka ikan, rupanya seluar dalam saiz XXL. Kalau seluar dalam wanita boleh juga rendam dan airnya boleh buat ubat jerawat!
Bukan sahaja seluar dalam, ada juga benda-benda lain yang tersangkut pada mata kail, termasuk coli wanita, tuala wanita, lampin bayi. Kulit durian dan baldi buruk pun tersangkut pada mata kail. Puas dan bersemangat menarik joran rupa-rupanya yang melekat pada mata kail hanyalah selipar jepun putus tali. Begitulah kotornya sungai kita sekarang!
Maka teringat saya pada Sungai Ring di kampung saya di hulu Muar. Zaman kanak-kanak dulu sungai ini adalah sumber utama kehidupan seluruh penduduk kampung. Setengah abad dulu kampung saya – juga kampung-kampung lain sejiran – tidak ada bekalan air paip. Sungai inilah sumber air utama.
Air sungai ini digunakan untuk minuman, masakan segala makanan. Air sungai ini juga untuk cucian dan mandian harian. Di sini jugalah saya dan kawan-kawan sekolah menjadi ‘Tarzan’.
Setiap kali pulang dari sekolah, kami berhenti di permandian. Lempar beg sekolah di tebing, tanggal baju, tanggal seluar, berbogel kami terjun ke sungai, mandi dan berendam hingga semuanya kecut.
Kalau nasib tidak baik, apabila terlajak menjadi Tarzan dan tiba di rumah lewat, emak akan berleter. Lebih teruk lagi sekiranya abah tahu, saya akan di sesak dengan tali pinggang atau rotan. Ada amaran dari abah:
“Kalau engkau mandi lagi di sungai tu, aku repot rumah pasung, biar polis tangkap engkau!”
Amaran demi amaran, tetapi saya tidak ambil pot. Pertama, saya tahu mana ada polis yang hendak menangkap budak mandi sungai. Kedua, kalau betul polis tangkap dan dimasukkan dalam lokap rumah pasung (balai polis) mesti tidak cukup lokap sebab ramai budak-budak mandi sungai.
Jadi, walaupun kena rotan, saya tidak pernah serik untuk menjadi Tarzan di Sungai Ring. Airnya yang jernih lagi dingin itu terasa segar betul meresap ke seluruh tubuh. Kalau rasa dahaga ketika mandi, teguk terus air sungai itu, walaupun ada teman-teman berkata:
“Ahhh, engkau minum air kentut aku!”
Di sungai itu juga penduduk mendapat sumber protein. Abah memasang lukah sebelah petang – umpannya biji getah yang direbus – dan sebelah pagi sebelum ke sekolah saya mengangkat lukah, gembira sekali melihat haruan, puyu, terbul menggelepar di dalam lukah. Sekali sekala masuk juga ketam air tawar, di tempat saya dipanggil ‘kertah’.
Ada juga yang menjala. Mula-mula taburkan umpan kepala parut yang ditumbuk dan digaul dengan ubi rebus. Campakkan umpan dalam air, sepuluh minit kemudian tebar jala, dan akan tersangkut terbul, tonjeng, anak baung atau sebarau.
Bagi pemancing pula, umpannya cacing atau telur kerengga, pasti tidak akan kecewa. Tidak sampai setengah hari menghulur joran, pasti pulang dengan toman, baung, malah kalau nasib baik dapat pula udang galah sebesar lengan budak.
Sekali turun memancing, cukup makan sekeluarga. Musim air besar, atau bah, ada ikan-ikan besar seperti tapah, ketutu. Tetapi, silap-silap gaya buaya pun ada!
Pendek kata Sungai Ring adalah sumber rezeki untuk penduduk setempat. Itu setengah abad dulu! Hari ini orang gila pun tidak sanggup menjadi Tarzan di situ. Sungai itu telah diluruskan. Pembangunan telah mencemarkan air sungai tersebut. Tidak lagi jernih, airnya kita keruh sepanjang masa, bertoksik dan tidak boleh diminum.
Pelbagai spesies ikan sudah pupus. Jangankan seluang dan kertah, buaya tembaga pun tidak sanggup hidup di sungai tersebut. Kalau ada haruan dan puyu pun warnanya sudah hitam legam seperti besi. Orang tidak berani memakan ikan di situ sebab mengetahui ikan di situ makan sekian banyak toksik.
Saya percaya kalau pasang lukah sekarang tidak ada haruan atau terbul yang masuk. Kemungkinan besar lukah akan dipenuhi lampin bayi, tuala wanita atau coli buruk.
Manusia tidak menghargai sungai, maka sungai pun tidak lagi memberi rezeki. Bayangkan sekiranya satu hari nanti semua sungai dicemari, di mana kita hendak memancing? Fikirkan dengan serius!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...