Spesies Saiz Gergasi Yang Hampir Berstatus Naturalisasi

Share

 

Kebelakangan ini, kemasukan ikan berstatus pendatang ke perairan negara semakin meriah umpama pemain bola sepak. Jika dulu ia dibawa masuk untuk tujuan sumber makanan, kini ikan-ikan bersaiz gergasi dibawa masuk untuk memuaskan nafsu pemancing atas tiket sportfishing.

 

Baung Amazon

 

Nama lain : Amazon Redtail catfish / pirarara

Nama Saintifik : Phractocephalus hemioliopterus

Negara asal : Amerika Selatan; Amazon, Brazil, Colombia

 

 

Spesies baung ekor merah ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan. Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan.

 

Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka. Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.

 

Patin Mekong

 

Nama lain : Mekong giant catfish

Nama Saintifik : Pangasianodon gigas

Negara asal : Sungai Mekong, Thailand

 

 

Patin Mekong merupakan antara spesies ikan buruan kaki pancing yang terbesar. Patin Mekong berasal dari Sungai Mekong dan sehingga kini spesies ini dikatakan semakin berkurangan akibat eksploitasi tanpa kawalan.

 

Pengenalan spesies ini kepada perairan tempatan awalnya atas dasar penyelidikan perikanan dan akuakultur. Dewasa ini, spesies ini menjadi kegilaan bagi pemancing tempatan dan semakin banyak spesies ini boleh ditemui di kolam pancing komersial.

 

Tiada rekod jelas bagi spesies ini terlepas ke dalam ekosistem bebas, justeru tiada ancaman jelas terhadap spesies tempatan lain.

 

Baung Ekor Merah

Nama lain: Asian Redtail Catfish, Baung Siam

Nama saintifik: Hemibagrus wyckioides

Negara Asal: Lembangan Mekong, Chao Phraya dan Xe Bangfai serta beberapa negara Asia lain.

 

 

Hemibagrus wyckioides (Asian redtail catfish) adalah spesies ikan bermisai (order Siluriformes) dari famili Bagridae. Ikan baung ekor merah ini berasal dari Lembangan Mekong dan dilaporkan turut terdapat Lembangan Chao Phraya, Mae Klong dan sistem sungai Thailand.

Spesies ini pada asalnya diimport sebagai ikan akuarium. Ikan ini tidak memilih makanan dan akan memakan pelbagai jenis makanan ikan. Spesies ini turut dikatakan sebagai ikan air tawar paling agresif di dunia.

 

Kap Gergasi Siam

 

Nama lain: Siamese Carp, giant barb

Nama saintifik: Catlocarpio siamensis.

Negara asal: lembah Mae Klong, Mekong, dan Chao Phraya di Indochina.

 

 

Kap Siam atau nama umumnya Siamese giant carp, Siamese carp atau giant barb adalah spesies ikan air tawar dan merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia! Ikan kap gergasi terbesar di dunia ini tergolong dalam genus Catlocarpio dan keluarga besar Cyprinidae dengan membawa nama saintifik Catlocarpio siamensis.

 

Menurut Nationalgeographic.com, terdapat bukti bahawa Siamese giant carp ini pernah mencapai saiz 3 meter panjang dan 300 kilogram berat, tetapi hari ini spesimen walaupun separuh saiz sangat jarang berlaku.

 

Karak

 

Nama lain: Catla, Indian major carp

Nama saintifik: Catla catla

Negara Asal: India dan Asia Selatan

 

 

Di Malaysia, ikan kap India ini turut dikenali dengan nama karak oleh warga tempatan.Ikan kap India atau catla, yang turut dikenali dengan nama umum major carp atau major Indian carp (nama saintifiknya Catla catla) adalah ikan air tawar Asia Selatan yang penting dari segi ekonomi.

 

Kap India adalah ikan dengan kepala yang besar, rahang bawah yang menonjol besar, dan mulut terbalik. Ia mempunyai skala yang besar, berwarna kekelabuan di bahagian belakang badan dan keputihan pada perutnya.

 

Catla mencari makanan di permukaan dan pertengahan air. Catla dewasa memakan zooplankton, manakala catla muda atau juvenil memakan zooplankton dan fitoplankton.

Ia mencapai kematangan seksual pada usia purata dua tahun dan purata berat dua kilogram dan mampu membesar sehingga 38 kilogram.

Published by
Amang