Boleh dikatakan semua ikan memiliki sisik sama ada di air tawar mahupun air masin. Dalam siri ini kami nak ketengahkan spesies ikan bersisik air masin gred tinggi yang menjadi buruan ramai pemancing serata negeri.

 

MERAH

Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus

Nama umum: Red Snapper

Nama tempatan: Merah pucat, Merah

Dikenali juga sebagai merah pucat. Ikan ini merupakan ikan yang paling banyak dicari oleh pemancing. Selain itu, saiz ikan ini yang kadang kala mencecah lebih 5kg mampu memberi daya juang yang mengasyikkan.

Ikan ini bergerak dalam kumpulan besar dan amat sensitif iaitu tidak lagi menjamah umpan yang dihulurkan, jika ada perambut putus ketika karauan sedang dilakukan.

Umpan: Umpan ikan merah amat mudah, isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, udang mati dan apa saja pasti akan dihentam ikan merah jika umpan dilabuhkan di kawasan yang di diaminya.

 

Spesies Merah Buruan Kaki Pancing

 

MERAH SUMAN

Nama Saintifik : Pinjalo pinjalo

Nama umum : Japanese red

Nama tempatan : Merah suman

 

Merah suman tergolong dari keluarga ikan merah, apa yang membezakannya ialah rupa bentuk kepalanya yang lebih bulat berbanding ikan merah. Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Ikan ini dianggap lebih sedap berbanding ikan merah.

Umpan: Sama seperti umpan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.

Pancingan : Dasar / jigging

IKLAN

 

Spesies Merah Buruan Kaki Pancing

 

RUBY SNAPPER

Nama saintifik: Etelis carbunculus

Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper

Nama tempatan: Ruby Snapper / merah ruby

 

Ruby snapper merupakan jenis ikan yang berhabitat di terumbu karang. Berbeza dengan keluarga snapper lainnya, Ruby Snapper lebih cenderung mendiami kawasan air laut dengan kedalaman 90-400 meter.

Ruby Snapper memiliki morfologi gigi tajam di dalam mulut besarnya yang dijadikan senjata untuk membaham mangsa, serta didukung oleh bentuk tubuh memanjang mirip torpedo yang menjadikan Ruby salah satu perenang handal.

Umpan: Ruby snapper boleh dipancing dengan menggunakan hirisan ikan dan sotong. Ia juga boleh dipancingan dengan menggunakan umpan besi melalui teknik jigging.

 

Spesies Merah Buruan Kaki Pancing

IKLAN

 

GUNTUR

Nama saintifik: Etelis coruscans

Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper

Nama tempatan: Kerisi bali / guntur

 

Perairan Sabah dan Sarawak merupakan destinasi pilihan pemancing untuk meneroka kekuatan kerisi bali. Terutamanya di lubuk yang dikenali sebagai Terumbu Lucornia dan Terumbu Layang-layang. Bentuk badannya seperti mana ibu kerisi dan ruby snapper tetapi berbeza dari corak warna badan, ekor dan bahagian mulut.

Umpan: Sama sebagaimana umpan untuk memancing ibu kerisi serta ruby snapper.

 

Spesies Merah Buruan Kaki Pancing

 

MERAH MENTIMUN

Nama saintifik: Symphorus nematophorus

IKLAN

Nama umum: Chinamanfish

Nama tempatan: Raja Sayang / merah mentimun

 

Ikan merah mentimun Chinaman atau lebih dikenali sebagai ikan raja sayang di kawasan Pantai Timur semenanjung amat sukar diperolehi pada masa kini. Ikan ini tinggal di kawasan perairan lubang dan karang berpasir yang mempunyai ke dalaman 60-100 meter sahaja.

Akibat sering menjadi sasaran, ikan ini kini telah menjadi semakin berkurangan di perairan kita. Pemancing perlu pergi jauh sehingga 200 batu dari pantai untuk menemui spesies ikan ini.

Umpan: Memancing ikan Raja Sayang tidak terlalu susah. Umpan yang sama yang digunakan untuk memancing ikan merah boleh digunakan. Cuma populasi ikan ini yang sukar ditemui menjadikan ikan ini sukar ditangkap.

 

Spesies Merah Buruan Kaki Pancing

 

MERAH CORENG

Nama Saintifik: Lutjanus sebae

Nama umum: Red Emperor

Nama tempatan: Merah coreng / loreng

 

Dikatakan sebagai raja segala ikan merah sesuai dengan namanya yang digelar Red Emperor. Ikan ini dikatakan amat sukar diperolehi terutamanya yang bersaiz besar. Ikan ini selalu dijadikan sebagai hidangan mewah terutamanya daripada kaum Cina serta mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran.

Umpan: Umpan hirisan isi ikan dan sotong banyak digunakan untuk memancing ikan ini. Umpan sotong hidup dan ikan hidup juga boleh digunakan untuk memperdaya ikan merah celoreng bersaiz besar.

Pancing : Dasar / Jigging

 

Spesies Merah Buruan Kaki Pancing

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI