Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini. Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia. Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapah biasa atau Wallago attu.
Ads
Ads
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia. Tidak seperti tapah biasa yang populasinya bertaburan di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Ads
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Taburan ikan patin banyak berada di Asia khususnya kawasan Asia Tenggara. Antara kawasan utama ialah Sungai Chao Phraya dan Lembah Sungai Mekong di mana cukup dikenali di serata dunia.
Selain itu, perairan di sungai-sungai di Thailand, Myanmar, Borneo, Malaysia, Kemboja dan Vietnam turut dihuni oleh spesies ikan patin.
Taksonomi
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Family: Pangasiidae
Genus: Pangasius (Valenciennes, 1840)
Spesies: Pangasius spp.
Berikut disenaraikan antara spesies ikan patin yang telah ditemui oleh para penyelidik yang kesemuanya ditemui di Asia.
(Nama saintifik – tahun ditemui – saiz maksimum)
Pangasius bocourti (1880) – 120 cm
Pangasius pangasius (1822) – Pangas catfish – 300 cm
Pangasius polyuranodon (1852) – 80 cm
Pangasius nieuwenhuisii (1904) – 60 cm
Pangasius djambal (1846) – 90 cm
Pangasius conchophilus (1991) – 120 cm
Pangasius hypophthalmus (1878) – 130cm
Pangasius krempfi (1949) – 120 cm
Pangasius kunyit (1999) – 70.2 cm
Pangasius larnaudii (1866) – Spot pangasius – 130 cm
Pangasius lithostoma (1989) – 25 cm
Pangasius elongatus (2002) – 28.2 cm
Pangasius humeralis (1989) – 38.9 cm
Pangasius kinabatanganensis (1991) – 23.8 cm
Pangasius macronema (1850) – 30 cm
Pangasius mahakamensis (2002) – 18.2 cm
Pangasius mekongensis 2003 – ?
Pangasius myanmar (1991) – 100 cm
Pangasius nasutus (1863) – 90 cm
Pangasius pangasius (1822) – Pangas catfish – 300 cm
Pangasius rheophilus (2000) – 77.5 cm
Pangasius sabahensis (2003) – ?
Pangasius sanitwongsei (1931) – Giant pangasius – 300 cm
Walaupun ikan ini mempunyai banyak nama gelaran tempatan, ia dipanggil sebagai sepat rawa dan dalam bahasa Inggeris ikan ini dikenal dengan nama three spot gourami, blue gourami, cosby gourami, gold gourami, golden gourami serta opaline gourami.
sepat siam
Ikan sepat ronggeng ini lazimnya mempunyai bentuk badan yang pipih dan meruncing sempit di mana ukuran panjang sehingga 120mm.
Ia mempunyai warna badan perak pudar atau kilat dengan sedikit warna kebiruan atau kehijauan Lazimnya terdapat beberapa jalur seakan bentuk pita yang senget berwarna gelap.
Kadang-kadang jelas berwarna kehitaman dengan hadir pada kedua-dua belah badan sepat ronggeng iaitu pada tengah sisi tubuh dan pada pangkal ekor.
Nama three spot gourami yang diberi adalah merujuk pada kedua bintik hitam pada badannya dan ditambah dengan mata sebagai bintik yang ketiga.
Sirip ekor berlekuk dangkal yang berbintik-bintik dengan jelas untuk pergerakan pantas dalam air.
Warna tubuh ikan ini amat bervariasi. Bergantung kepada spesies atau kualiti air, warna ikan sepat ini sama ada terang dan gelapnya mahu pun warna bintiknya pada tubuhnya amat berbeza.
Kalau diteliti juga bilangan jejari pada sirip-siripnya juga berbeza coraknya. Purata ikan sepat ronggeng sekitar 2.3-2.5 kali lebih panjang dari lebar badan.
Sepat ini agak unik kerana ia mempunyai sepasang sesungut yang ketara panjang dibadan dimana ia berkedudukan di depan pada sirip perut.
Ikan Sepat Rawa terdapat di Malaysia, Indonesia dan kawasan di Indochina, terutama di Lembah Sungai Mekong dalam air tawar.
sepat siam, sepat ronggeng, puyu dan selat
Ikan sepat Siam (T. pectoralis) atau dalam Bahasa Thai, pla salit adalah satu spesies ikan yang banyak dijadikan makanan atau ikan hiasan.
Ikan ini boleh ditemui di rawa-rawa, danau, sungai dan parit-parit yang berair tenang, terutama yang banyak ditumbuhi tumbuhan air.
Juga kerap terbawa oleh banjir dan masuk ke kolam-kolam serta saluran-saluran air hingga ke sawah-sawah.
Sebagian besar makanan sepat siam adalah tumbuh-tumbuhan air dan lumut. Namun ikan ini juga memangsa haiwan-haiwan kecil di air, termasuk ikan-ikan kecil yang muat di mulutnya.
Ikan ini sering ditemui di tempat yang terlindung oleh tumbuhan atau sampah-sarap yang tersangkut di tepi air. Ikan sepat siam menyimpan telur-telurnya dalam sebuah sarang buih yang dijaga oleh si jantan.
Sebagaimana kerabat dekatnya dalam keluarga gurami, sepat Siam tergolong dalam rumpun Anabantoidei. Taburan asli ikan ini adalah di wilayah Asia Tenggara, terutama di
lembah Sungai Mekong di Laos, Thailand, Kamboja dan Vietnam; juga dari lembah Sungai Chao Phraya. Ikan ini diperkenalkan ke Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Papua New Guenia, dan Sri Lanka.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Ramai yang menyangka hanya terdapat sejenis saja ikan belut air tawar, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya dua spesies. Belut sawah (belut air tawar yang hidup di lingkungan sawah) dan belut rawa (belut air tawar yang hidup di lingkungan rawa atau paya gambut) adalah sejenis belut atau spesies ikan air tawar yang tergolong dalam keluarga besar Synbranchidae.
Belut air tawar dengan nama umum Asian swamp eel atau swamp eel ini membawa nama saintifik yang berbeza meskipun tidak memiliki perbezaan yang ketara.
Belut sawah (Monopterus albus) dan belut rawa (Synbranchus bengalensis) ini berasal dari kawasan tropika dan subtropika utara India dan Burma ke China, Rusia Asiatik, Jepun, dan Indo-Malayan Archipelago. Ia adalah salah satu ikan biasa yang ditemui terutamanya di Asia, dari India, China Selatan ke Malaysia dan Indonesia.
Persekitaran yang digemari spesies belut sawah dah rawa ini termasuk pelbagai jenis air tawar cetek seperti air tawar, perairan, rawa, sungai, sungai, parit, terusan, tasik, takungan dan kolam. Walaupun mereka lebih suka air tawar, mereka juga dapat bertolak ansur dengan keadaan payau dan masin. Kedalaman kurang dari tiga meter adalah optimum.
Belut juga berupaya menahan suhu sejuk dan pelbagai tahap oksigen. Spesies ini boleh mendapat sehingga 25% oksigen dari udara melalui kulitnya jika tidak menggunakan insang di bawah air. Asian swamp eel atau swamp eel ini memiliki badan yang tidak berskala, anguilliform (seperti ular) yang mampu membesar panjang hingga satu meter, namun spesimen dewasa yang lazim ditemui sekitar 25 hingga 40 cm panjang.
Belut air tawar mempunyai ekor tirus dan muncung kepala tumpul, dan tidak mempunyai sirip anal dan sirip pelvik. Sirip dorsal, sirip anal dan sirip kaudal adalah asas, dengan sirip ekor hampir tidak hadir. Sirip ini berperanan untuk melindungi belut daripada berguling dan membantu dalam membelok secara mengejut dan berhenti. Membran insangnya bersatu, tetapi insang berbentuk `V’ terletak di bawah kepalanya. Bentuk sedemikian menghalang aliran terbalik.
Umumnya belut berwarna coklat kehitaman pada bahagian atas tubuh dan berwarna coklat keputihan kadang juga berwarna coklat kemerahan pada bagian bawah tubuh. Sesetengah berwarna terang dengan bintik kuning, hitam, dan emas. Belut ini memiliki mata yang kecil, mempunyai gigi-gigi yang tajam dan runcing dan memiliki bibir yang cukup lebar.
Belut juga tidak memiliki sisik namun tubuhnya memiliki lendir yang berguna untuk mengurangi geseran pada air ketika berenang. Dengan lendir yang licin juga ia mampu meloloskan belut daripada pemangsanya.
Belut adalah pemangsa ganas di lingkungan sawah dan rawa. Dietnya terdiri daripada ikan kecil, cacing serta krustasea. Kebiasaannya diam atau bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa untuk menyerang hendap.
Haiwan yang aktif pada waktu ini juga merupakan haiwan hermaprodit, yang mana ketika juvenil merupakan belut betina dan bersarang di lubang untuk meletakkan telur-telurnya pada buih-buih di air yang cetek.
Jika telur menetas, keluarlah anak belut yang semuanya betina. Dalam peningkatan usia dan ketika kekurangan belut jantan, belut-belut betina ini akan bertukar menjadi belut betina.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...