Spesies Ikan Hiasan Cantik Tapi Berbisa

Share

 

Ikan-ikan ini memang cantik apatah lagi jika dijadikan ikan hiasan. Namun disebalik kecantikan itu tersembunyi senjata tajam dan berbisa pada bahagian tertentu. Oleh yang demikian korang kena hati-hati kalau nak bela ikan air masin ini.

 

Mandarin fish

Mandarin fish atau mandarin dragonet merupakan ikan yang kecil, berwarna-warni dan berasal dari keluarga dragonet yang amat popular dalam industri ikan hiasan air masin. Mandarin fish berasal dari perairan Pasifik antara selatan Kepulauan Ryukyu, Jepun hingga ke Australia.

 

 

Lion Fish

Lion Fish merupakan satu daripada beberapa spesies ikan marin yang berbisa dalam genus Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dan berasal dari famili Scorpaenidae. Ikan ini juga dikenali sebagai Turkey Fish, Scorpion atau Fire Fish. Mereka amat dikenali dengan durinya yang sangat panjang dan terpisah-pisah, dan mempunyai penampilan yang berjalur merah, hijau, hijau laut, coklat, oren, kuning, hitam,jingga atau putih.

 

 

Clown Triggerfish

Ikan triggerfish atau nama saintifiknya Balistoides conspicillum merupakan ikan yang berasal daripada order Tetraodontiformes. Ikan ini tertumpu di kawasan terumbu karang dan biasanya ditemui di perairan tropika Indo-Pasifik.

 

 

Emperor Angelfish

Emperor angelfish atau angelfish maharaja ini merupakan ‘maharaja’ dalam genus Pomacanthus dan merupakan spesies ikan hiasan marin. Ikan ini selalunya tertumpu pada kawasan terumbu karang dan berasal dari Lautan Hindi dan Pasifik, dari Laut Merah ke Hawaii dan Kepulauan Australia.

 

 

Moorish Idol

Ikan Moorish atau Zanclus cornutus merupakan ikan spesies marin yang kecil dan satu-satunya dari keluarga Zanclidae dalam order Perciformes. Merupakan penghuni tropika dan tertumpu kepada kawasan terumbu karang dan lagun subtropika, ikan ini dikenali kerana populasi meluas di seluruh Indo-Pasifik. Sesetengah butterflyfish hampir menyerupai ikan Moorish ini.

 

 

Clownfish

Clownfish atau anemonefish merupakan ikan yang berasal dalam subfamili Amphiprioninae dalam famili Pomacentridae. Lebih kurang 29 spesies telah dikenalpasti, satu dalam genus Premnas dan selebihnya dalam genus Amphiprion. Dalam persekitarannya mereka membentuk simbiosis dengan anemones. Bergantung kepada spesies, clownfish kebanyakannya berwarna kuning, oren, kemerah-merahan atau kehitam-hitaman dan garis-garis putih. Saiz terbesar mencapai 18 cm (7.1 inci) manakala yang terkecil kurang daripada 10 cm.

 

 

Parrot Fish

Ikan ini dinamakan parrot fish kerana mulutnya seakan paruh burung. Ikan ini menggunakan paruhnya untuk menghancurkan invertebrata kecil sebagai makanan di kawasan terumbu karang. Kebanyakan pasir dan terumbu karang di lantai dasar laut sebenarnya hasil makanan ikan parrot, ianya mengunyah terumbu karang, memakan invertebrata kecil dan meludah kembali kalsium yang berlebihan. Kebanyakan spesies pada awalnya berwarna merah, coklat atau kelabu tetapi pada fasa terminal ianya berubah kepada hijau terang atau biru dengan tompok-tompok merah jambu atau kuning terang.

 

 

Published by
Amang