Tak dapat dinafikan lagi ikan siakap atau barramundi merupakan spesies sasaran casting nombor satu di muara. Ia juga disebabkan oleh kewujudannya yang bertaburan di merata muara seluruh negeri hingga ke Sabah dan Sarawak.

Kepuasan sebenar bagi kaki casting ialah melihat aksi akrobatiknya dalam usaha meloloskan diri apabila tercangkuk mata kail.

 

Spesies Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing!!

 

Walaupun saiznya tidak mampu mengatasi ikan siakap atau kakap putih, namun siakap merah atau mangrove jack (MJ) tetap menduduki ranking antara teratas spesies sasaran casting muara.

Sebagaimana siakap putih, ia juga spesies yang mudah ditemui di serata negeri dan aksinya melarikan gewang ke celah-celah bangkar kayu merupakan cabaran menyeronokkan bagi kaki casting.

 

Ads

Spesies Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing!!

 

Ikan bandang atau lebih popular dipanggil ladyfish merupakan ikan yang paling mencabar kesabaran pengilat. Selain taburan yang kurang meluas, ia juga antara ikan yang sulit untuk didaratkan.

 

Rahangnya yang bertulang keras dan kemampuan melibas gewang dari mulutnya membuatkan ia sukar untuk didaratkan. Namun ia memberikan satu kepuasan yang unik kepada sesiapa yang berjaya menewaskannya walaupun bersaiz kecil.

Ads

 

Spesies Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing!!

 

Ikan bulan atau tarpon bolehlah dianggap sebagai lesen P bagi pengilat muara. Selagi belum berjaya landed, maka anda belum boleh memiliki lesen penuh. Bagi lokasi yang mudah untuk mendaratkan siakap dan MJ, ikan bulan hanya dianggap sebagai hiburan semata.

Tetapi dalam method pancingan ultralight, ia merupakan spesies yang cukup menyeronokkan dan spesies sasaran utama.

Ads

 

Spesies Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing!!

 

Sebagaimana spesies siakap merah, ikan jenahak juga menjadikan kawasan estuari membiak dan membesar sebelum berhijrah ke laut lepas apabila matang. Namun, berbanding siakap merah yang lebih mudah, untuk memperoleh jenahak adalah lebih sukar.

 

Sebaliknya ia lebih mudah jika dipancing dengan teknik dasar atau casting dengan menggunakan umpan hidup. Atas sebab itu ia adalah satu bonus jika berjaya menjinakkan jenahak.

 

Spesies Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI