Boleh dikatakan semua ikan memiliki sisik sama ada di air tawar mahupun air masin. Dalam siri ini kami nak ketengahkan spesies ikan bersisik air masin gred tinggi yang menjadi buruan ramai pemancing serata negeri.

 

KERTANG

Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus

Nama umum: Giant grouper

Nama tempatan: Kertang

 

Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan. Mata ikan kertang lebih terkeluar jika dibandingkan dengan boron. Ikan kertang mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa. Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya. Harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing.

Umpan: Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan, udang hidup, sotong dan ikan hidup seperti kembung, selar dan ikan belanak.

 

Spesies Demersal Bersisik Buruan Kaki Pancing

 

KERAPU BORON

Nama saintifik: Epinephelus malabaricus

Nama umum: Malabar grouper

Nama tempatan: Kerapu / boron / tong gas

 

Kerapu boron merujuk kepada saiz kerapu ini yang bersaiz besar dan mampu mencecah berat sehingga 40 kg. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam.

 

Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi kerapu boron. Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya.

Ads

 

Spesies Demersal Bersisik Buruan Kaki PancingSpesies Demersal Bersisik Buruan Kaki Pancing

 

KERAPU BARA

Nama Saintifik: Epinephelus retouti

Nama umum: Red-tipped grouper

Nama tempatan: Kerapu bara

 

Kerapu yang berwarna merah membara ini memang menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut. idak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.

Umpan: Umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan yang digunakan untuk memancing ikan kerapu. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.

 

Spesies Demersal Bersisik Buruan Kaki Pancing

 

Ads

KERAPU PISANG

Nama Saintifik : Plectropomus pessuliferus

Nama umum : Roving coralgrouper

Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh

 

Ikan kerapu pisang merupakan ikan yang paling bernilai tinggi di kalangan keluarga ikan kerapu. Ikan yang mempunyai bintik-bintik kuning ini mempunyai isi yang lazat untuk dijadikan hidangan telah membuatkan setiap pemancing pasti mengidamkan untuk memancing ikan kerapu pisang.

 

Umpan: Umpan isi ikan atau sotong boleh digunakan untuk memperdayakan ikan pisang. Ikan ini juga boleh dipancing menggunakan jig besi.

 

Spesies Demersal Bersisik Buruan Kaki Pancing

 

LOLONG BARA

Nama Saintifik: Priacanthus tayenus

Ads

Nama umum: Purple spotted bigeye

Nama Tempatan: Lolong bara

 

Kebanyakan ahli keluarga ini berasal dari bahagian tropika dan subtropika di lautan India dan Pasifik, tetapi empat spesies (Cookeolus japonicus, Heteropriacanthus cruentatus, Priacanthus arenatus, dan Pristigenys alta) dijumpai di Atlantik.

Mereka cenderung hidup berhampiran dengan gugur atau terumbu karang, walaupun sedikit diketahui mendiami perairan terbuka.

Umpan: Ia memakan apa sahaja umpan untuk pancingan ikan dasar seperti merah atau kerapu.

 

Spesies Demersal Bersisik Buruan Kaki Pancing

 

IBU GELAMA

Nama saintifik: Argyrosomus japonicus

Nama umum: Mulloway, Jewfish, Kingfish

Nama tempatan: Ibu gelama, temerih

 

Ibu gelama dianggap sebagai spesies buruan paling atas masa kini. Ia berikutan bukan sahaja kerana kesukaran untuk memperolehinya, bahkan disebabkan tahap kekuatan pertarungannya yang luar biasa berbanding spesies.

Ibu gelama adalah ikan besar berbentuk menirus. Memiliki kepala berwarna tembaga dan keperakan dengan permukaan belakang badan berwarna keunguan-hijau dan perut berwarna pucat. Ia memiliki dengan deretan bintik-bintik putih khas yang membentang di sepanjang garis lateral. Sirip kaudal bersudut pada juvenil tetapi menjadi lebih bulat pada spesimen dewasa.

Umpan: Biasanya dipancing dengan berumpankan ikan, udang atau sotong.

 

Spesies Demersal Bersisik Buruan Kaki Pancing

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI