Salam admin… saya nak tanya satu soalan, umpan apa yang sesuai untuk ikan patin yang terdapat di lombong, tasik atau sungai? Patin ni tak sama macam patin kolam sebab ia hidup di habitat liar.
JAWAPAN:
Ads
Ikan patin memang merupakan salah satu ikan yang popular di Malaysia terutama di Pahang, Perak dan juga negeri-negeri lain. Malah, boleh dikatakan patin merupakan ikan yang paling banyak dipancing di negara kita. Sama ada di habitat liar atau kurungan, ia adalah pancingan yang menghiburkan.
Walau bagaimana pun, memancing ikan patin di sungai lebih sukar berbanding pancingan patin kolam kerana faktor arus sungai. Jadi, kebanyakan umpan yang digunakan di kolam pancing berbayar tidak boleh digunakan kerana dibawa arus.
Ads
Biasanya pancingan spesies ikan liar dalam habitat semula jadi lebih tertumpu pada umpan semula jadi. Umpan seperti buah ara dan buah berembang merupakan antara pilihan, namun ramai juga pemancing menjadikan organ dalaman ayam sebagai umpan patin seperti hati ayam dan perutnya.
Ads
Selain itu, penggunaan umpan roti, pelet dan dedak sebenarnya boleh digunakan namun pastikan bancuhan umpan tidak peroi kerana mudah hilang dibawa arus sungai. Jika menggunakan campuran dedak dan pelet, pastikan lebih pekat dan gunakan teknik mata bom. Anda juga boleh bereksperimen dengan menggunakan roti canai atau bancuhan tepung.
Selain umpan, teknik persembahan umpan juga amat penting. Umpan perlu dipersembahkan seolah-olah makanan semulajadi yang hanyut di dalam sungai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tetraodontidae adalah merujuk kepada nama famili dari ikan laut, muara dan air tawar yang berasal dari order Tetraodontiformes. Famili yang terdiri dari pelbagai genus dan spesies ini memiliki nama umum seperti pufferfish, puffers, balloonfish, blowfish, blowies, bubblefish, globefish, swellfish, toadfish, toadies, honey toads, sugar toads, and sea squab. Di Malaysia, semua spesies ini kenali dengan nama ikan buntal.
Tetraodontidae terdiri dari sekurang-kurangnya 120 spesies ikan buntal yang tergolong dalam 20 genera. Ikan ini banyak ragamnya di perairan tropika dan tidak umum dalam di perairan son sederhana dan tidak ada di perairan sejuk. Mereka memiliki ukuran kecil hingga sederhana, meskipun beberapa spesies memiliki panjang lebih dari 100 sentimeter.
Secara morfologi, ikan-ikan yang termasuk dalam famili ini hampir serupa dengan ikan landak laut yang memiliki tulang belakang luas yang besar (tidak seperti tulang belakang Tetraodontidae yang lebih tipis, tersembunyi, dan dapat dilihat ketika ikan ini mengembungkan diri).
Walaubagaimana nama ilmiah bagi spesies ini merujuk kepada empat gigi besar yang terpasang pada rahang atas dan bawah yang digunakan untuk menghancurkan cengkerang krustasea dan moluska, mangsa alami mereka.
Ikan buntal secara umum dipercayai sebagai vertebrata paling beracun dan menduduki carta kedua di dunia selepas golden frog (katak racun emas).
Organ-organ dalam seperti hati dan kadang-kadang kulit mereka sangat beracun bagi sejumlah haiwan jika dimakan, namun daging beberapa spesies ikan ini dijadikan sebagai makanan di Jepun (disebut fugu) atau Korea (disebut bok) dan disiapkan oleh tukang masak yang pakar mengenai anggota badan yang selamar dimakan dan seberapa banyak kadarnya.
Ikan buntal memiliki ciri-ciri dapat mengembungkan badannya jika terkena mata pancing ataupun tertangkap jaring.
Ikan buntal biasanya juga mengganggu pemancingan karena ikan ini sering menyambar tali pancing dengan giginya yang tajam dan akan memutuskan tali pancing pancing anda sekaligus.
Ikan ini tidak dapat diambil sebagai tangkapan karena beracun dan berduri banyak sehingga para nelayan atau pemancing biasanya membuangnya saja.
Ikan buntal memiliki nama umum seperti porcupinefish (ikan landak, kerana berduri seperti landak) dan balloonfish dan globefish karena bentuknya yang mampu membesar seperti balon.
Hal itu berlaku pula saat ia berada di perairan di dalam laut, dimana jika ia merasa dalam bahaya maka ia akan menggelembungkan dirinya seperti balon untuk menakuti musuhnya.
Pertahanan diri seperti ini merupakan yang paling efektif selain racun yang terdapat dalam tubuhnya sehingga ikan predator tidak mahu memakannya.
Ikan haruan mempunyai banyak jenis dan gelaran yang mungkin sebahagian daripada kita tidak kenal. Jenis-jenis haruan adalah seperti haruan todak, haruan palas, toman bunga dan bujuk. Selain daripada 4 jenis ikan haruan di atas, saya juga pernah jumpa Ikan haruan tasik (jenis ikan di laut) dan ikan harun bodoh (ketutu).
Saya mengenali beberapa jenis ikan tersebut kerana memang ada terdapat pada sawah dan anak sungai di kampung dahulu. Kumpulan ikan ini adalah jenis ikan yang suka menyambar makanannya seperti anak ikan, katak, cicak dan umpan pada mata kain dan menarik dengan kuat ketika memancing.
Mulutnya yang besar dan pergerakannya yang sukar dikesan oleh mangsa menyebabkan ikan haruan merupakan ikan yang hebat dalam air. Saya memang suka memancing ikan haruan di kampung zaman remaja dulu dan jarang-jarang kecewa walaupun menggunakan mata kail buatan sendiri.
Ikan Haruan todak atau juga dikenali sebagai ikan kedak merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa gachua. Ikan haruan todak boleh didapati di kawasan air sungai berjeram dan berair jernih.
Diet utamanya adalah anak-anak udang, dan serangga kecil. Saya pernah mengail ikan ini dahulu di kawasan sungai di kaki Gunung Ledang dekat Sagil, Tangkak. Memang tidak mudah untuk mendapatkan ikan ini kerana pada air jernih ia amat sukar untuk ditangkap.
Ikan haruan palas pula merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa melasoma. Ikan Haruan palas mempunyai warna kebiru-biruan di sebelah bawah badannya sementara bahagian lain berwarna agak gelap atau sedikit coklat bergantung kepada kualiti air.
Ikan haruan palas mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan pH airnya rendah atau senang dikatakan agak berasid. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik dan cacing. Ikan jenis ini pernah saya dapat dikawasan Paya Serompong iaitu kawasan paya yang agak luas dan mempunyai habitat sesuai untuk ikan jenis ini.
Ikan toman bunga atau juga dikenali sebagai ikan jelai, jaloi, kuang, kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa marulloides. Ikan toman bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan seperti kepala ular.
Ikan toman bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan pH airnya rendah, sama seperti ikan haruan palas dan juga ikan bujuk.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing. Saya juga pernah menangkap ikan jenis ini yang tersangkut pada jaring yang dipasang di kawasan paya di Kg Batu 27, Lenga, Muar dan sangat puas hati apabila digoreng dan makan dengan nasi panas.
Ikan Bujuk adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN, termasuk di Malaysia. Nama saintifiknya Channa Lucius. Ikan ini suka mendiami anak sungai yang mengalir dan kawasan paya. Ikan bujuk mempunyai warna gelap di bahagian bawah (coklat kehitaman) dan agak terang sedikit di bahagian atasnya.
Ikan ini suka makan anak-anak ikan, serangga kecil, katak dan juga cengkerik serta bersifat seperti haruan lain yang cekap memburu mangsanya. Saya banyak kali memancing ikan bujuk di kawasan anak sungai Parit Pelampong depan rumah dan rasa ikan haruan jenis ini memang enak sekali.
Eleutheronema tetradactylum, juga dikenal sebagai fourfinger threadfin, Indian salmon, blue threadfin, atau Rawas, adalah ikan threadfin dari keluarga Polynemidae. Ia adalah spesies yang bernilai komersial, diketahui banyak digunakan dalam akuakultur.
Ia boleh ditemui di atas dasar berlumpur yang cetek di persisir pantai, sering hadir dalam kawanan yang kecil. Spesies dewasa dari spesies ini memasuki muara sungai ketika musim hujan. Spesies dewasa memakan udang, ikan, dan kadang-kadang polychaetes.
Sementara spesies juvenil memakan udang, udang, dan mysids. Spesies ini semakin berkurang populasinya berikutan penangkapan ikan berlebihan.
Taburan senangin agak meluas dari Teluk Parsi di sebelah barat, ke timur menyusuri Lautan Hindi hingga ke perairan Taiwan, China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, pantai-pantai Australia di sebelah utara serta bahagian selatan Jepun.
Secara umumnya senangin boleh dijumpai di perairan tropika dan subtropika semua lautan. Biasanya senangin hadir di perairan pantai berdekatan muara sungai.
Ada kalanya ia turut memasuki ke sistem sungai berair payau hingga ke sempadan air tawar. Sementara perairan dengan dasar berpasir atau berlumpur merupakan habitat lazim senangin.
Senangin atau threadfin yang bernaung dalam keluarga Polynemidae ini mudah dikenali berikutan penampilan yang hampir sama pada penampilan keseluruhan badan, saiz mata dan filamen pada sirip pektoral. Sirip pektoral senangin terbahagi kepada dua seksyen.
Sirip bahagian atas lengkap dengan filamen, manakala di bahagian bawah terdapat 3 hingga 16 sirip tunggal tanpa filamen. Sirip ini berfungsi sebagai agen deria untuk mengesan makanan di dalam perairan yang berlumpur.
Kebanyakan spesies senangin mendiami perairan pantai dan muara sungai, walaupun sesetengah hidup sepenuhnya dalam sungai air tawar.
Senangin lazimnya berhabitat di perairan yang bahagian dasarnya berpasir dan berlumpur di kedalaman kurang daripada 150 meter. Mereka menjadikan ikan kecil dan krustasea sebagai diet utama.
Beberapa spesies kecil memakan plankton. Terdapat 8 genera dan kira-kira 42 spesies di seluruh dunia. Sementara di Malaysia terdapat 5 genus dan kira-kira 12 spesies senangin atau threadfin.
Antara lain pengenalan diri senangin ialah memiliki bentuk tubuh sederhana memanjang dan dimampatkan. Senangin tidak memiliki bibir kecuali bibir yang lebih rendah berhampiran dengan sudut mulut.
Semua spesies senangin mempunyai mata yang besar (nisbah diameter mata empat hingga enam kali lebih panjang dari kepala).
Paling ketara bagi spesies senangin yang mendapat jolokan fourfinger threadfin berikutan memiliki 4 sirip tanpa filamen seperti jari di bahagian sirip pektoral di bawah badan.
Senangin lazimnya berwarna hijau keperakan di bahagian atas, punggung dan sirip ekor berwarna kelabu dan agak kehitaman di bahagian tepi, sirip pelvik dan sirip anal berwarna oren dan filamen dada berwarna putih comot. Dan senangin berkemampuan untuk besar memanjang sehingga 200 cm.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...