Kejadian air mati dan air besar adalah dipengaruhi sepenuhnya dengan peredaran bulan. Oleh itu kalendar Islam ataupun Cina amat baik untuk dijadikan rujukan. Setiap pemancing wajib mengetahui fenomena air ini jika kerap memancing di laut. Sila rujuk dan hafal jadual yang disediakan ini:
Hari bulan (hijrah) Fasa air
28-3 Adalah air besar fasa pertama
4 -9 Adalah air mati fasa pertama
Ads
10 Air mulai bergerak fasa pertama atau digelar air penghulu pertama
10-12 Air mulai besar fasa kedua
13-16 Adalah air besar fasa kedua
17-22 Adalah air mati fasa kedua
Ads
23 Air mulai bergerak fasa kedua atau digelar air penghulu kedua
23-27 Air mulai besar fasa pertama
Tambahan
Ads
Jika anda ingin keluar memancing ke laut dalam pilihlah hari bulan 4-9 &10 bagi fasa pertama, hari bulan 17-22&23 bagi fasa kedua.
Hari bulan yang lain arus laut amat kuat dan laju jadi lebih sesuai memancing di pantai. Perlu diingatkan yang hari yang terbaik adalah kedua-dua hari bulan air penghulu iaitu hari bulan 10 & 23, kedua-dua hari ini amat sesuai untuk memancing laut dalam ataupun pantai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing di sungai terutamanya di sungai jeram pegunungan ini memang memberikan lebih kepuasan buat kaki pancing yang gemarkan cabaran. Namun, risiko bahaya juga memang tidak dapat dipisahkan dengan kawasan-kawasan sebegini. Antara tip keselamatan yang dapat penulis cadangkan ialah seperti berikut:
Pastikan keadaan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk trekking. Jika tidak berada di tahap 90% sebaiknya batalkan saja kerana ia bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah juga rakan-rakan trip yang lain.
Makanan, air, energy bar dan sebagainya harus disiapkan secukupnya untuk sepanjang tempoh trip. Tak mengapa jika lebih sedikit tetapi jangan berkurangan.
Amalkan memancing di dalam kumpulan dan jangan sesekali trekking seorang diri di dalam hutan atau di sungai pergunungan.
Pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat mengetahui anda keluar memancing, lokasi pancingan dan tempoh trip tersebut. Ia penting bagi melakukan tindakan lanjut sekiranya anda tidak pulang pada tarikh sepatutnya. Jika mampu, beli dan bawa telefon satelit itu lebih baik.
Pakailah pakaian lengkap termasuk kasut yang sesuai dan selesa untuk trekking. Sebaiknya juga pakailah pakaian yang kontra dengan alam semulajadi.
Waspada akan ancaman binatang berbisa dan buas. Elakkan melalui tempat yang ada jejak binatang buas seperti harimau, gajah dan sebagainya.
Waspada ketika mengharung air. Jangan terlalu berani mengharung air jika anda kurang yakin terutama di kawasan berarus deras. Juga perlu sentiasa berwaspada dengan kejadian kepala air.
Jika gewang yang anda gunakan tersangkut pada reba-reba kayu atau batu,jangan membahayakan diri berenang untuk menyelamatkan gewang tersebut. Ingat gewang tersangkut boleh dibeli, hilang nyawa tiada gantinya.
Setelah trekking berkilometer jauhnya, memikul beg berat muatan berjam-jam lamanya, panjat bukit redah denai randuk sungai sampai berjelir lidah dibuatnya, tetapi bila sampai di lubuk memancing, buat kerja yang boleh menyebabkan kumpau.
Jangan sia-siakan masa dan tenaga korang dengan melakukan perkara-perkara berikut…!
Macam berkelah!
Sesampai saja kat lubuk memancing korang terus celebrate kejayaan trekking dengan terjun, mandi-manda dan bergembira di kawasan lubuk.
Dah puas celebrate barulah bersedia untuk memancing. Memang cerahlah masa depan untuk kumpau sehingga balik.
Ikan-ikan liar ni kalau terkejut dan takut memang makan masa berhari-hari lamanya untuk kembali semula ke lubuk asal.
Berebut Spot!
Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip.
Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama.
Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.
Kedekut umpan!
Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja.
Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.
Masalah peralatan!
Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian.
Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.
Semangat down!
Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi.
Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down.
Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.
Tidur tak ingat dunia!
Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing.
Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu.
Berdasarkan pengkelasan ilmiah, ikan lampam tergolong dalam haiwan omnivor yang memakan variasi makanan dari sumber tumbuhan dan juga haiwan. Sumber haiwan yang dimakan oleh ikan omnivor ini lazimnya dari jenis ikan dan juga serangga.
Sebagaimana ikan temoleh dan kelah (juga omnivor), ikan lampam juga tergolong dalam keluarga ikan kap (carp fish). Tetapi pernah tak anda dengar ikan temoleh menyambar gewang. Saya sendiri hampir belum pernah mendengarnya.
Bagaimana pula dengan kelah? Adakah ikan menyambar gewang? Iya, memang benar. Saya sendiri pernah memperoleh kelah dengan menggunakan gewang sesudu dan juga gewang replika ikan. Jadi, ada kemungkinan atau tidak ikan lampam menyambar gewang?
Sebagaimana ikan kelah atau tengas, kejadian ikan lampam menyambar gewang bukanlah satu insiden kebetulan semata-mata.
Namun kita tidak boleh untuk menetapkan bahawa semua ikan lampam, tengas atau kelah akan menyambar gewang. Ini kerana mereka bukanlah tergolong dalam haiwan karnivor seperti mana keluarga ikan snakehead atau sebarau.
Apa yang menyebabkan ikan lampam menyambar gewang lebih kepada tabiat pemakanan dan habitat. Saya percaya ikan lampam yang menyambar gewang adalah ikan lampam yang hidup liar contohnya di sungai atau di habitat yang sumber makanannya amat terhad.
Dan ada kemungkinan juga ia menyangka gewang tersebut adalah sumber makanan yang hanyut bersama daunan atau sampah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...