Soal Jawab Memancing – Tali Paling Sesuai Untuk Pancing Siakap Kolam??

Share

 

Kesesuaian jenis tali untuk dipakai di kolam pancing bergantung kepada beberapa perkara. Perkara yang paling penting perlu tahu keadaan struktur dalam kolam. Sekiranya tiada banyak struktur seperti kolong atau tiang-tiang cerucuk, maka tali braided sesuai untuk digunakan.

 

Sekiranya banyak struktur dan berpermukaan tajam, sebaiknya gula tali mono saja. Ini kerana tali mono lebih tahan geseran berbanding tali braided. Sekiranya ingin pakai tali braided, sebaiknya guna leader yang lebih panjang. Ia lebih selamat sekiranya ikan melarikan tali masuk ke dalam kolong atau bergeser pada struktur tajam.

 

Teknik pancingan yang ingin digunakan juga memainkan peranan. Sekiranya main teknik casting, tali braided adalah pilihan utama. Ini kerana tali braided mampu menghasilkan jarak lontaran yang lebih jauh.

 

Seperkara lagi, teknik casting membolehkan anda terus menyentap ikan apabila menyambar umpan sekaligus menutup ruang untuk ikan membawa tali lari ke kolong. Namun pastikan leader yang digunakan juga panjang.

 

Sekiranya teknik bottom atau apungan maka tali mono adalah lebih sesuai. Bagi pemilihan tali mono, sebaiknya pilihlah tali mono berdiameter kecil dan lebih lembut tetapi kuat dan lasak.

Published by
Amang