Sebelum kita berbicara reel spinning boleh buat main casting atau tidak, sebaiknya kita fahami dulu apa itu casting. Casting atau mengilat sebenarnya adalah salah satu cabang teknik memancing. Ia digelar atau dinamakan casting berikutan tindakan melontar dan mengarau umpan berulang kali.

 

Sementara umpan itu tersendiri tidak semestinya pula gewang atau artificial lures. Oleh yang demikian ia tidak mewajibkan penggunaan sesuatu jenis kekili atau umpan untuk mempraktikkan teknik casting. Jika hendak casting wajib guna kekili menegak (baitcaster reel) adalah mitos yang tidak dikenal pasti kewujudannya. Walau bagaimana penggunaan kedua-dua jenis kekili ini ada keistimewaan tersendiri.

Ads

 

Berikut merupakan beberapa kelebihan penggunaan kekili mendatar (spinning reel) ketika casting.

Ads
  • Tali pancing yang keluar daripada gelendong kekili mendatar bergerak secara berpusing disebabkan gelendong pada kekili mendatar statik dan tidak bergerak. Oleh itu ia tidak akan kusut dengan senang berbanding dengan kekili menegak di mana pada jenis ini gelendong akan bergerak (berpusing). Dan sekiranya kita tak pandai kawal henti perjalanan tali ia akan mudah menjadi kusut atau birdnest.

 

Ads
  • Kekili mendatar lebih mudah untuk membuat balingan gewang ultra ringan dan mikro melawan angin berbanding kekili menegak.

 

  • Penggunaan kekili mendatar lebih senang dan tidak mengelirukan berbanding dengan kekili menegak di mana ia tidak mempunyai banyak alat dan fungsi tugas pada kekili.

 

  • Kekili mendatar lebih senang dan berkuasa apabila membuat karau laju di mana pusingan gelendong yang lebih besar serta nisbah gear akan menyebabkan lebih berkuasa dan pantas.

 

  • Terdapat kekili mendatar yang mempunyai dua atau lebih gelendong apabila dibeli, oleh itu pemancing dapat membawa pelbagai tali dan saiz tali dengan satu kekili.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI