Tidak dinafikan peratus kejayaan untuk mendaratkan siakap adalah ketika melakukan hook up. Hook up atau selakukan sentapan balas selepas ikan membuat larian adalah praktikal. Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan digonggong siakap seketika, kemudian apabila tali pancing menegang menandakan umpan mungkin mula ditelan ikan.
Mata kail terlucut kebiasaannya berpunca daripada beberapa sebab. Pertama, saiz mata kail yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut ikan (siakap). Saiz dicadangkan adalah 3/0 atau 4/0.
Ads
Kedua, mata kail terlalu besar untuk mulut ikan. Kemungkinan kes ini adalah mustahil kerana saiz 2/0 memang muat untuk siakap sekecil 500 gram. Ketiga, mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.
Ads
Ads
Keempat, terlalu cepat merembat umpan kerana ikan mungkin hanya menggonggong ketika melarikan umpan. Bagi masa lama sedikit supaya umpan betul-betul berada sepenuhnya dalam mulut ikan.
Kelima, teknik pasang umpan. Jika cangkok di bahagian ekor kurang menjadi cuba pasang mata dekat bahagian kepala udang. Jika menggunakan isi ikan, pastikan mata kail menembusi kulit isi ikan yang kadangkala mata kail gagal menembusi kulit isi ikan berkeadaan apabila disambar siakap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Salam admin sifu… kome baru nak belajar. Kalau nak main casting, bagus pakai lure yang timbul atas air ker… dasar air ker… pertengahan air…. lure yang mana bagus? Untuk cepat ikan sambar lure. Mohon kongsi pengalaman admin.
JAWAPAN:
Sebenarnya, sebelum kita nak casting ni ada baiknya kita pelajari dulu sifat gewang dan habitat ikan. Justeru itulah lure dicipta pelbagai kedalaman air. Untuk casting ikan yang berlegar di bawah permukaan air, maka gewang aksi permukaan adalah yang terbaru.
(Harus diingat, semua gewang jenis terapung akan timbul apabila di lontar ke permukaan air. Termasuklah gewang selaman cetek dan selaman dalam, bukan gewang permukaan saja).
Bagi ikan yang habitatnya berada di sub-permukaan atau pertengah air maka lure yang bagus ialah gewang selaman cetek. Begitu juga dengan ikan yang hidup di dasar maka gewang selaman dalam adalah pilihan terbaik.
Contoh paling mudahnya begini, sekiranya kita ternampak ikan toman atau sebarau sedang memburu mangsa di permukaan air, maka lure yang paling ideal ialah gewang permukaan. Tidak kiralah sebagus mana pun sesuatu gewang itu, ia tidak akan membawa sebarang makna jika digunakan di tempat yang salah.
Oleh yang demikian, untuk cepat ikan sambar lure ialah mengetahui kedudukan ikan dan gewang yang sesuai untuk memasuki radius sambarannya.
Apa saja peralatan pasti ada tempoh masa kegunaannya. Begitu jugalah alatan pancing. Namun ia masih mampu bertahan lama jika kita tahu mengguna dan menjaganya dengan baik. Bagi penjagaan alatan pancing termasuk alatan terminal amat penting untuk jangka hayat yang panjang.
Secara asasnya, penjagaan perlu dibuat setiap kali selepas anda memancing terutama di kawasan air masin. Pastikan set pancing dibilas dengan air tawar termasuk tali dan cincin rod. Selain itu, pastikan anda membuat servis kekili anda secara berkala iaitu menambah minyak dan gris apabila merasakan kayuhan sudah tidak lancar.
Satu perkara lain yang jarang pemancing teliti ialah kesesuaian padang pancing dengan alatan pancing yang digunakan. Sekiranya kita memancing di laut contohnya, pastikan alatan pancing khusus untuk kegunaan air masin. Tidak kiralah sama ada kekili, joran atau peralatan lain.
Sekiranya kita tidak memancing untuk satu tempoh yang panjang, pastikan barangan pancing yang disimpan itu telah dibersihkan sepenuhnya. Apa saja kekotoran yang melekat pada barangan pancing akan menyebabkan ia terdedah pada kerosakan apatah lagi jika dibiarkan untuk tempoh yang lama tanpa digunakan.
Bercakap pasal boleh atau tidak ini agak subjektif sikit. Umpama memakai selipar terbalik. Tentu korang waktu kecil-kecil dulu pernah memakai selipar terbalik, kan? Boleh ke tak boleh pakai selipar terbalik? Boleh tu memanglah boleh cuma ia tidak selesa. Samalah keadaan jika menggunakan joran dan kekili yang tak sepadan.
Kekili menegak atau multiplier jika dipadankan dengan joran mendatar (spinning), kesannya akan mengurangkan kecekapan pada kekili dan juga joran. Salah satu sebabnya ialah kekili menegak memerlukan joran yang mempunyai cincin yang lebih rapat berbanding kekili mendatar.
Ini dapat kita lihat sendiri pada joran kekili mendatar dan joran kekili menegak yang sama panjang. Sebagai contoh, jika joran kekili mendatar sepanjang 6 kaki memiliki 7 cincin, joran kekili menegak pula memiliki 9 cincin.
Ketika joran melentur, tali pancing akan ikut lenturan pada joran. Semakin kuat tekanan lenturan diterima, tali akan melepasi joran menjadikan joran akan melentur dalam keadaan yang tidak seimbang. Kecekapan joran akan menurun dan tidak lagi mampu menampung daya lenturan yang dikenakan. Tali akan menyentuh joran ketika lenturan berlaku. Lenturan joran akan menjadi tidak seimbang.
Seperkara lagi, menggunakan kekili menegak dengan joran kekili mendatar umpama kita membongkok melawan arah. Apa akan jadi jika kita membongkok ke belakang?
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...